PAS MUAR BANTU PERSIAPAN DEEPAVALI


Pas bantu persiapan Deepavali








 
JALAN ABDUL RAHMAN – Pada 31.10.2010, Pas kawasan Muar terus aktif menjalankan aktiviti tahunannya dengan memberi sumbangan kepada 20 keluarga India di Taman Mawar di sini sebagai persiapan menyambut Perayaan Deepavali pada 5 November ini.

Yang Dipertuanya, Abu Bakar Mohd Lajat berkata, pemberian sumbangan itu adalah sebahagian daripada agenda Pas Kawasan itu mendekati masyarakat dan membantu keluarga miskin dalam menyambut perayaan itu nanti.

Menurutnya, sumbangan itu juga satu tanggungjawab yang diamanahkan membantu masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik.

“Antara sumbangan yang diberikan merupakan barangan keperluan harian dan juga wang ringgit.

“Menariknya selain memberikan sumbangan, kita turut memberikan rawatan perubatan percuma oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamad Taslim,” katanya.

Katanya, menerusi amalan kunjung mengunjungi dalam menyampaikan sumbangan secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan masyarakat.

Penerima sumbangan, Thilagawathi Velaguthan, 37, mengucapkan terima kasih kepada Pas Kawasan Muar kerana prihatin dengan memberi sumbangan tanpa mengira kaum dan agama.

Menurutnya, konsep tidak pilih kasih yang diamalkan membuatkan dia kagum dengan cara kepimpinan Pas.

“Saya berasa terharu kerana terpilih dan ini adalah pertama kali saya menerima sumbangan ini.

“Ia bermakna kepada saya sekeluarga dan berharap perayaan Deepavali kali ini lebih bermakna,” katanya.

Ibu kepada enam anak ini berkata, pendapatan suami sebagai pekerja kilang perabot kecil dan sekadar cukup untuk membiayai perbelanjaan seharian.

Sumbangan disampaikan Abu Bakar dan Ketua Wanita Dewan Muslimat Muar, Fatimah Ismail.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8363743.asp


sinarharian Rabu 3 November 2010


0