KRITERIA PEMIMPIN YANG ADIL & BERTANGGUNGJAWAB


Kriteria Pemimpin Yang Adil & Bertanggungjawab

Dari Jentera Kempen Ulamak PAS

Dasar sesebuah negara itu dan seluruh pendekatannya akan menentukan corak pemimpin. Jika sebuah negara itu bermatlamatkan mencari keredhaan Allah, maka ia akan memilih pemimpin yang tahu agama dan cintakan agama Allah supaya ia mampu merealisasikan wawasan itu. Tetapi jika negara itu bermatlamatkan dunia seperti matlamat kebangsaan, maka ia akan melantik pemimpin yang mampu menjayakan misi dunia itu.

Sehubungan dengan itu, kita harus sedar, bahawa pemimpin yang hanya mementingkan pembangunan duniawi semata-mata tanpa menghiraukan tuntutan Agama akhirnya akan memporak-perandakan masyarakat berbilang kaum. Angkatlah pemimpin yang adil yang bertanggunjawab iaitu pemimpin yang:

.Memelihara agama dari sebarang pencerobohan fahaman  dan ajaran yang boleh memesong aqidah dari ajaran Islam yang sebenar.

.Melantik jemaah menteri yang luhur, telus dan amanah  bagi membantu negara dalam menjalankan tugas-tugas pemerintahan.

.Menyediakan ketenteraan yang mampu mempertahankan   Negara dan Agama dari pencerobohan serta menjamin keamanan dalam negeri.

.Mewujudkan sistem kehakiman bagi menyelesaikan   pertikaian dan menegakkan keadilan.

.Mendirikan sembahyang lima waktu, sembahyang   Jumaat dan mengutamakan sembahyang terawikh dan sembahyang hari raya dengan mengimarahkan masjid-masjid.

.Mengendalikan dengan baik urusan ibadah mengerjakan   haji rakyat.

.Mengendalikan secara jujur urusan pungutan dan   pembahagian zakat seperti pelantikan amil dan sebagainya.

.Memungut hasil dari sumber-sumber yang ada dalam   negara dan dibahagikan dengan adil.

.Mengurus dengan teliti hal-hal yang berkaitan dengan   pengurusan dan pembangunan tanah.

.Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap bagi   mengendalikan urusan-urusan kewangan, harta benda kerajaan, pekerja dan juga pasukan bersenjata.

.Membanteras jenayah dan mengenakan hukuman  terhadap penjenayah dengan hukuman yang sesuai sama ada hudud (jenayah yang ditetapkan hukumannya oleh syara’ seperti zina, minum arak dan mencuri), qisas (jenayah nyawa dan anggota badan manusia), dan ta’zir (jenayah-jenayah lain yang diberi kuasa kepada pemerintah menentukan bentuk hukumannya).

.Melaksanakan tugas hisbah bertujuan memastikan  supaya adab-adab, akhlak dan syiar Islam serta peraturan-peraturan yang diwujudkan untuk kesejahteraan masyarakat dapat ditegakkan.

sumber: http://n45galas.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=134&Itemid=109



0