SOALAN TAMBAHAN ADUN MAHARANI DALAM DEWAN NEGERI JOHOR 12 NOVEMBER 2010


SOALAN LISAN oleh Y.B. Encik Munusamy a/l  Mareemuthu (Permas):

Masalah perceraian khasnya di kalangan pasangan muda di dalam masyarakat India semakin bertambah.Apakah langkah-langkah kerajaan untuk menjayakan program seperti ini selain dengan modul tertentu boleh dijalankan bagi kaum India?



JAWAPAN oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga,Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan:


YB Dato' Speaker, Lembaga Penduduk  dan Pembangunan Keluarga Malaysia telah membangunkan beberapa program dan perkhidmatan mengukuhkan institusi kekeluargaan dan perkahwinan melalui beberapa modul:
1. Pakej Modul Kasih.
2. Belaian Kasih :    itu adalah keibubapaan anak kecil.
3. Mutiara Kasih:    keibubapaan anak remaja.
4. Pancaran Kasih : kebapaan.
5  Bahtera Kasih :   persediaan perkahwinan dan pemantapan keluarga.
6. Permata Kasih :  adalah pembangunan remaja.

Selain itu, ada juga kursus ilmu keluarga LPPKN.Peserta kursus terdiri daripada kakitangan kerajaan,pihak swasta,NGO  dan rang persaorangan.Topiknya adalah
Pembangunan Remaja,
Keibibapaan Anak Remaja,
Keibubapaan Anak Kecil ,
Pemantapan Perkahwinan,
Kursus Keibubapaan Datuk dan Nenek,
Kursus Keluarga At Work ,  
Smart Belanja LPPKN,
LPPKN At Community ,
Kursus Smart Start.

SOALAN TAMBAHAN  oleh YB Dr Mohammad bin Taslim (Maharani)

YB Dato' Speaker,masalah perceraian ini tidak mengira bangsa dan agama , dan saya dapati ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam ada menyebut tentang strategi kelima untuk menerapkan nilai-nilai murni dan di antara langkah yang dicadangkan ialah memperkukiuhkan nilai kekeluargaan dengan mengadakan Program Mencari Pasangan Soleh dan Solehah,Anak Soleh Titian Ke Syurga dan juga Program Keluarga Cemerlang Ummah Gemilang.Bunyinya untuk masyarakat Islam sahaja? Adakah dalam strategi ini melibatkan melibatkan mereka yang bukan beragama Islam? Terima kasih.

YB Pengerusi Jawatankuasa Pemnbangunan Wanita  dan Keluarga , Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan:

Terima kasih Yang Berhormat.Dari segi perceraian perkahwinan ini memang kita merangkumi semua bangsalah dan agama.Jadi,untuk yang beragama Islam kita ada Modul Sakinah yang telah dibawa dan dilakukan jyuga. Jadi, apa,apa tu? Jadi,dalam Modul Sakinah....

YB Dato' Speaker: Yang Berhormat nak soal dia pulak...


YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan: Sebab soal ini adalah soal kaum India.Tapi kita kena sebut jugalah.


YB Dato' Speakear: Ha,yalah.Soalan dia soalan India.

YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga , Kebajikan Masyarakat bdan Kesihatan: Tak pelah, saya akan....


YB Dr Mohammad bin Taslim (Maharani) : Soalan yang nak ni, program baru yang kerajaan cadangkan dalam...


YB Dato' Speaker: Yang Berhormat, dia ni soalan tambahan  dia tak ada bahas.


YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan : Insya-Allah...


YB Dr Mohammad bin Taslim (Maharani) : Maksud itu yang program baru, apakah ,adakah ini melibatkan masyarakat Islam sahaja atau pun boleh gunakan untuk masyarakat bukan Islam tentang anak soleh, solehah semua ini.Terima kasih.


YB Pengerusi Jawatankuasa  Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan: Insya-Allah.Agama , boleh diaplikasikan kepada agama-agama lain.Mereka ini kalau dia ada agama , dia akan ikut yang terbaik. Jadi,anak solehah dan sebagainya kita akan aplikasikan kepada kaum-kaum lain juga.Insya-Alah modul...

YB Dato' Speaker: Macam anulah....


YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga , Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan : Kita sama-samalah...

YB Dato' Speaker : Macam PAS  dengan DAP lah.


YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan : Insya-Allah,macam modul Sakinah pun kita akan buat translation dalam bahasa lain supaya ereka ini lebih memahami, kalau boleh dia akan terapkan kepada agama-agama lain.



0