PKR PERLU SELESAI MASALAH - ADUN MAHARANI


PKR perlu selesaikan masalah parti segera



SENAI - Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa selesai masalah yang melanda parti bagi memastikan keyakinan rakyat dan pengundi tidak berubah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, merangkap Ketua Penerangan Pas kawasan Muar, Dr Mohamad Taslim berkata, sebagai parti politik yang masih baru, PKR perlu menyelesaikan masalah yang melanda parti secepat mungkin.

“PKR perlu kembali kepada matlamat perjuangan parti iaitu memperjuangkan kepentingan dan hak rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berpendapat, idea yang dilemparkan ketua parti bukan setakat bagus tetapi juga perlu diterima oleh ahli dan perbincangan dalam situasi ini amat diperlukan.

“Sebagai seorang ketua, bukan setakat memberi idea, tetapi juga perlu mendengar pendapat yang diberikan ahli lain,” katanya.

Beliau turut berpendapat isu yang dibangkitkan sesetengah ahli dengan menggunakan saluran media sejak kebelakangan ini disifatkan tidak matang dan mengeruhkan lagi keadaan.

“Penggunaan media oleh sesetengah pihak tidak wajar kerana apa yang dikehendaki tidak akan tercapai malahan merugikan lagi parti,” katanya.

Namun begitu, Mohamad percaya isu yang melanda PKR tidak akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR).

“Pengundi tetapkan mahukan pembaharuan yang dibawa PR,” katanya.

Edisi Johor
Berita Am
PKR perlu selesaikan masalah parti segera

SENAI - Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa selesai masalah
yang melanda parti bagi memastikan keyakinan rakyat dan pengundi tidak berubah.
» selanjutnya..

SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/SH/johor/ 






0