PAS MUAR BANTU MANGSA RIBUT


Pas terus optimis bantu mangsa ribut


JALAN JUNID – Pas Kawasan Muar terus optimis menabur bakti dengan membantu dan mendekati masyarakat setempat terutamanya mereka yang ditimpa kesusahan.

Terbaru, mereka menziarahi sebuah keluarga yang menjadi mangsa ribut sehingga mengakibatkan kedai makan milik mangsa mengalami kerosakan teruk rentetan daripada kejadian tersebut.

Yang Dipertuanya, Abu Bakar Mohd Lajat menyampaikan sumbangan wang kepada keluarga itu bagi meringankan beban mereka dalam usaha meneruskan agenda membantu masyarakat yang ditimpa kesusahan.

“Kami sentiasa bersedia untuk membantu masyarakat dalam kesusahan sama ada melalui sumbangan dalam bentuk tenaga mahupun wang ringgit.

“Bantuan diberikan ini membuktikan kam sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan seterusnya mengurangkan jurang antara pemimpin dengan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

Menariknya, kunjungan itu turut disertai kira-kira lima ahli Unit Amal Pas Kawasan Muar bagi membantu membersihkan bumbung kedai yang tercabut dipukul ribut.

Sementara itu, mangsa ribut, Abd Rauf Abd Rahman berkata, dia terkejut melihat kepulan angin berpusing-pusing menghala ke kedai makan miliknya dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 petang itu.

Menurutnya, ketika kejadian, terdapat empat pelanggan yang sedang menikmati hidangan.

“Semasa kejadian, keadaan kucar kacir dan peralatan seperti pinggan mangkuk bertaburan.

“Saya sangat bersyukur kerana tiada pelanggan yang cedera dan kerugian dianggarkan sebanyak RM 10,000,” katanya.


sumber : http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8387966.asp


0