MAJLIS PERBANDARAN MUAR - LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009




MAJLIS PERBANDARAN MUAR

10. PENGURUSAN KEMUDAHAN AWAM

10.1 LATAR BELAKANG

10.1.1 Majlis Perbandaran Muar (Majlis) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1976 di bawah Akta
Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang terdiri daripada gabungan Majlis Bandaran
Bandar Maharani dan tujuh penguasa tempatan iaitu Majlis Tempatan Bukit Bakri, Parit
Jawa, Bukit Pasir, Pancor, Pagoh, Bukit Kepong dan Lenga.

Luas kawasan pentadbiranMajlis meliputi 1,376 km persegi dan sejumlah 616 km persegi daripadanya merupakan kawasan operasi. Objektif Majlis adalah untuk menguatkuasakan kawalan pembangunan
dan perkhidmatan kebersihan serta mempertingkat dan menggalakkan pembangunan yang
komprehensif bagi memastikan kemajuan dan keutuhan sistem fizikal, sosial dan ekonomi di
seluruh kawasan pentadbirannya.

10.1.2 Bagi mencapai objektif tersebut, salah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
adalah memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat termasuk membuat
perancangan, pembangunan, pengawalan dan penyenggaraan kemudahan awam.
Sehubungan itu, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta telah menetapkan dalam piagam
pelanggannya untuk memastikan semua kemudahan awam berada dalam keadaan baik dan
selamat digunakan. 

Bagaimanapun, fungsi merancang dan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan terletak di bawah Jabatan Kejuruteraan. Kemudahan awam merupakan kemudahan tempat, kawasan, bangunan atau prasarana yang penggunaannya dikongsi oleh masyarakat setempat yang meliputi tiga kategori utama iaitu kemudahan pengurusan kejiranan, kemudahan rekreasi dan riadah serta kemudahan prasarana seperti di


Jadual 10.1.

Jadual 10.1
Kategori Kemudahan Awam

Bil. Kategori Kemudahan

1. Kemudahan Pengurusan Kejiranan Dewan orang ramai, balai raya, stadium dan
dataran perbandaran

2. Kemudahan Rekreasi dan Riadah Padang permainan kanak-kanak,
gelanggang permainan, padang bola, laluan siar kaki/jogging, kolam renang dan wakaf

3. Kemudahan Prasarana Perhentian bas dan teksi, tandas awam,
pondok menunggu bas, tempat letak kereta, jeti dan jejantas


Sumber: Rekod Majlis Perbandaran Muar

10.1.3 Bagi tahun 2007 hingga 2009, Majlis telah membelanjakan sejumlah RM1.57 juta
atau 52.9% daripada RM2.97 juta peruntukan yang diluluskan bagi pembangunan dan
pengurusan penyenggaraan kemudahan awam.



10.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada pengurusan kemudahan awam
oleh Majlis telah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi piagam
pelanggan yang ditetapkan.

10.3 SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN

Skop pengauditan meliputi pengurusan perancangan kemudahan awam, pembinaan,
penyenggaraan dan pemantauan terhadap projek kemudahan awam sedia ada dan yang baru dibina bagi tahun 2007 hingga 2009 di jabatan-jabatan Majlis seperti Jabatan
Kewangan, Jabatan Perancangan dan Pembangunan, Jabatan Landskap, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan serta Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan.

Kaedah pengauditan adalah dengan menyemak fail dan dokumen mengenai pengurusan kemudahan awam. Lawatan ke projek kemudahan awam yang dipilih dalam kawasan pentadbiran Majlis juga dilakukan. Temu bual dengan pegawai Majlis dan orang awam telah dibuat untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Selain itu, soal selidik Audit telah digunakan untuk menilai tahap kepuasan pengguna
terhadap kemudahan awam yang disediakan. Sampel jenis kemudahan awam dipilih secara rawak berdasarkan lawatan ke tapak-tapak kemudahan awam.

10.4 PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara Ogos hingga November 2009 mendapati pada
keseluruhannya pengurusan kemudahan awam Majlis ini tidak memuaskan dan mempunyai
ruang untuk penambahbaikan di mana terdapat beberapa kelemahan yang menyebabkan
kemudahan yang disediakan tidak boleh dimanfaatkan oleh orang awam. 

Antara kelemahan yang diperhatikan adalah
.  38 jenis kemudahan awam serta komponennya tidak disenggara dengan sempurna, penyediaan kemudahan awam yang tidak digunakan atau tidak mencukupi,

. berlaku pencerobohan di 29 tapak kemudahan awam yang terdiri daripada lot permainan dan tanah lapang serta kemudahan awam yang dirancang tidak dilaksanakan.
Penjelasan lanjut mengenai kelemahan yang diperhatikan adalah seperti di perenggan
berikut:

10.4.1 Penyenggaraan Kemudahan Awam

Penyenggaraan merupakan elemen terpenting dalam pengurusan kemudahan awam.
Oleh itu, satu mekanisme yang baik perlu diwujudkan di samping mengamalkan budaya
penyenggaraan berterusan bagi memastikan kemudahan awam diuruskan dengan cekap.
Pada keseluruhannya, prestasi penyenggaraan kemudahan awam oleh Majlis adalah tidak
memuaskan seperti berikut:

a) Kemudahan Awam Tidak Disenggara Dengan Sempurna

Kemudahan awam hendaklah disenggara apabila rosak, usang dan tidak berfungsi.
Lawatan Audit bersama pegawai Majlis pada September dan Oktober 2009 di sekitar
kawasan pentadbiran Majlis mendapati 38 atau 71.7% daripada 53 kemudahan awam
dan komponennya tidak disenggara sewajarnya. Kerosakan fizikal terhadap kemudahan
awam yang diperhatikan semasa lawatan Audit adalah seperti di Jadual 10.2.

Jadual 10.2

Kemudahan Awam Yang Tidak Disenggara
Bil. Kemudahan Awam Dilawati Tidak
Disenggara Jenis Kerosakan

1. Dewan Orang Ramai dan Balai Raya  8 7

Struktur bangunan telah reput
Pintu pagar utama rosak
Cermin tingkap dan pintu pecah
Sistem paip air tidak berfungsi

2. Taman Permainan Kanak-kanak    24 17

Komponen peralatan permainan
patah, hilang dan tertanggal

3. Gelanggang Permainan   13 11

Permukaan gelanggang retak
Basketball ring patah
Garisan gelanggang pudar/hilang
Lampu gelanggang tidak
berfungsi

4. Stadium (komponen )  4 1 

   4 lampu limpah tidak berfungsi
5. Siar Kaki   4 2

Laluan siar kaki retak
Tembok condong dan hampir
runtuh
Tiang tempat berteduh berkarat
Jumlah 53 38

Sumber: Jabatan Audit Negara

Kerosakan ketara ditemui semasa pemeriksaan adalah seperti berikut:

i) Dewan Orang Ramai Dan Balai Raya - Kerosakan besar ke atas Balai Raya Lenga
yang merupakan tempat mengutip bayaran cukai taksiran ditunjukkan seperti di

Foto 10.1 dan Foto 10.2.

Foto 10.1
Sebahagian Struktur Binaan Balai Raya
Lenga Yang Telah Runtuh
Foto 10.2
Dewan Mengalami Kerosakan Dinding Dan
Siling

Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Balai Raya Lenga, Muar
Tarikh: 21 Oktober 2009
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Balai Raya Lenga, Muar
Tarikh: 21 Oktober 2009

ii) Taman Permainan Kanak-Kanak - Komponen atau peralatan yang biasa
disediakan di taman permainan kanak-kanak adalah alatan permainan kanak-kanak
bersepadu, spring item, buaian, papan gelongsor dan papan jongkang-jongket.
Kerosakan pada peralatan tersebut adalah seperti di Foto 10.3 dan Foto 10.4.

Foto 10.3

Tangga Peralatan Permainan Kanak-Kanak
Bersepadu Yang Tanggal

Foto 10.4

Alat Permainan Yang Rosak

Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Taman Cempaka, Parit Jawa, Muar
Tarikh: 17 September 2009
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Taman Pertama, Sungai Abong, Muar
Tarikh: 17 September 2009

iii) Gelanggang Permainan - Pelbagai jenis gelanggang permainan juga didapati
mengalami kerosakan seperti permukaan gelanggang permainan retak dan tidak
rata, lampu tidak berfungsi, garisan gelanggang yang pudar dan hilang serta
basketball ring patah.
Contoh kerosakan gelanggang permainan adalah seperti di Foto 10.5 dan Foto 10.6.

Foto 10.5

Permukaan Gelanggang Permainan Retak Dan Tidak Rata

Foto 10.6

Kerosakan Pendawaian Elektrik Pada Kotak Suis Utama

Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Gelanggang Permainan Taman Ibrahim, Muar
Tarikh: 17 September 2009
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Gelanggang Permainan Taman Ibrahim, Muar
Tarikh: 17 September 2009

iv) Komponen Kemudahan Awam Di Stadium Sultan Ibrahim  
 Empat unit lampu limpah Stadium Sultan Ibrahim didapati tidak berfungsi dan kotak suis utamanya tidak ditutup dan menyebabkan pendawaian elektrik terdedah kepada panas dan
hujan.

v) Laluan Siar Kaki

Tapak laluan siar kaki di Tanjung Emas mengalami pergerakan akibat runtuhan kecil struktur tembok yang telah terhakis oleh arus sungai.
Pergerakan tapak tersebut menyebabkan laluan siar kaki retak dan runtuh manakala tembok penghadang telah condong ke laut dan berkemungkinan akan runtuh seperti di Foto 10.7 dan Foto 10.8.

Foto 10.7 Foto 10.8

Laluan Siar Kaki Yang Retak Siar Kaki Yang Telah Runtuh

Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Tanjung Emas, Muar
Tarikh: 15 September 2009
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Tanjung Emas, Muar
Tarikh: 15 September 2009

Tindakan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan tersebut tidak
dapat dilakukan disebabkan Majlis tidak menyediakan jadual perancangan penyenggaraan di samping peruntukan kewangan yang tidak dibelanjakan sepenuhnya.
Keadaan kerosakan tersebut jika dibiarkan akan membahayakan keselamatan pengguna.

Menurut Majlis, tindakan penyenggaraan tidak dapat dilakukan dengan segera kerana
perlu mematuhi prosedur yang telah ditetapkan seperti berikut:
Melaporkan kerosakan yang ditemui kepada Jabatan Kejuruteraan Majlis untuk
tindakan.
Kerja pembaikan kecil boleh dilaksanakan dengan segera melalui anggota Unit
Bengkel dan Stor Majlis.
Mendapatkan kelulusan peruntukan dan menyediakan spesifikasi kerja jika kerja
penyenggaraan perlu dilaksanakan secara kontrak.
Memohon peruntukan daripada jabatan dan agensi kerajaan yang lain jika
kerosakan melibatkan projek di bawah bidang kuasa jabatan atau agensi yang
berkaitan.

b) Kerja-kerja Penyenggaraan Projek Pembangunan Dan Pemuliharaan Paya Bakau
Di Jeti Tanjung Ketapang Tidak Dilaksanakan

Skop kerja utama projek adalah untuk membina laluan pelantar dan wakaf, membekal
dan menanam 1,500 pokok bakau dan kerja-kerja penyenggaraan projek pembangunan
dengan kos sejumlah RM197,400. 

Skop kerja penyenggaraan projek pembangunan dan
pemuliharaan paya bakau di Jeti Tanjung Ketapang termasuk pengairan, membaja,
memangkas, membersihkan rumput rampai serta mencegah dan melindungi semua
tanaman daripada serangan makhluk perosak untuk memastikan ia tumbuh dengan
sihat. Kerja penyenggaraan perlu dilakukan selepas kerja utama disiapkan.

Semakan Audit mendapati kontrak utama disahkan siap pada 28 November 2008 tetapi kerja
penyenggaraan selama 12 bulan seperti yang dipersetujui dalam sebut harga tidak
ditentukan oleh pegawai penguasa. Tiada sebarang bukti yang menunjukkan pihak
kontraktor telah melaksanakan kerja penanaman sebanyak 1,500 batang pokok bakau
dan enam batang pokok kelapa gading serta kerja penyenggaraan seperti berikut:

i) Pengairan pada semua tanaman yang dilakukan dua kali sehari;

ii) Memelihara tanaman di tempat yang bebas dari rumput rampai yang tidak
diperlukan;

iii) Mengawal tanaman daripada sebarang perosak dan penyakit dengan menggunakan
kaedah kimia atau biologi sekurang-kurangnya sekali sebulan;

iv) Memangkas dahan dan ranting yang mati;
v) Kerja-kerja membaja pokok;

vi) Penggantian pokok yang mati atau tidak sihat; dan

vii) Memancang dengan menggunakan bahan yang sesuai bagi membetulkan keadaan
tumbuhan tanaman.

Perkara ini berlaku disebabkan Majlis tidak mengambil kira tempoh kerja penyenggaraan semasa mengesahkan projek siap. Oleh itu, bayaran kontrak yang telah dijelaskan sepenuhnya adalah termasuk pembayaran bagi kerja membekal dan menanam enam pokok kelapa gading, 800 pokok bakau minyak dan 700 pokok bakau kurap bernilai RM8,500 di tapak projek serta kerja penyenggaraan lain berharga RM40,000 yang tidak dilaksanakan.
Menurut Majlis, kerja penyenggaraan yang tidak dilaksanakan itu telah digantikan
dengan kerja-kerja menambak tanah untuk tujuan tempat letak kereta, pembersihan
sampah, mengecat semula jeti dan wakaf, menggantikan bumbung wakaf serta
menebang pokok nipah berhampiran tapak projek dengan nilai harga yang sama dan
diselia oleh jurutera perunding yang dilantik iaitu Tetuan Ira Teknik Consulting
Engineers

Selain daripada tempat letak kereta, kerja-kerja yang lain tidak dapat disahkan kerana arahan kerja secara bertulis tidak dikeluarkan kepada kontraktor.
Bagaimanapun, tarikh sebenar tempat letak kereta disiapkan tidak dapat disahkan kerana tiada perakuan siap kerja diserahkan kepada pihak Audit sebaliknya pengesahan dibuat melalui lawatan fizikal ke tempat letak kereta tersebut pada 5 Mac 2010.

c) Kompleks Kolam Renang Terbiar

Kompleks kolam renang Majlis dibina di atas tanah rizab kerajaan seluas 1.4 hektar
terletak di Jalan Sultanah pada tahun 1977 dengan kos RM1.50 juta.

Projek ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan orang awam dalam aktiviti renang dan
mempelbagaikan kemudahan rekreasi di kawasan Majlis.

Penyenggaraan yang perlu dilakukan adalah terhadap komponen seperti bangunan utama, kolam renang, mesin pam air dan peralatan lain. Bangunan utama kolam renang perlu disenggara jika terdapat kerosakan manakala penyenggaraan di bahagian kolam dan mesin pam air perlu dilakukan secara berterusan untuk menjaga kualiti air kolam renang.
Semakan Audit mendapati kompleks kolam renang Majlis kini terbiar dan ditinggalkan semenjak penutupannya pada tahun 1998. Struktur bangunan utama didapati telah rosak. Sebuah kolam renang bersaiz olimpik yang berada di dalamnya tidak boleh digunakan lagi kerana air tercemar dan mengalami kemerosotan kualiti air. 

Pemeriksaan terhadap mesin pam air juga tidak dapat dilakukan kerana rekod berkaitan dengannya
tidak diselenggara. 

Antara usaha yang dilakukan oleh Majlis ialah memohon peruntukan untuk cadangan membaik pulih sejumlah RM2 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2001 dan sejumlah RM2.20 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2003. Selain itu, Majlis pernah membuka tawaran kepada mana-mana syarikat yang sanggup membangunkan semula kolam renang tersebut tetapi tidak mendapat sambutan. Keadaan ini berlaku disebabkan Majlis kurang membuat kerja penyenggaraan pada peringkat awal terutamanya semasa tempoh pengurusan kompleks kolam renang ini dipajak kepada sebuah syarikat swasta dari tahun 1986 hingga 1992 dan seterusnya sehingga tarikh pengauditan dilakukan.
Akibatnya, kompleks kolam renang tersebut tidak ekonomik untuk dibaiki kerana kos membaik pulih dianggarkan berjumlah RM3 juta. Apabila kompleks kolam renang Majlis ditutup kepada orang awam, pengguna dan peminat sukan renang yang ingin menggunakan kemudahan kompleks ini tidak dapat meneruskan aktiviti riadah tersebut.
Kolam renang yang terbiar adalah seperti di Foto 10.9 dan Foto 10.10.

Foto 10.9

Struktur Bangunan Utama Yang Telah Rosak

Foto 10.10

Kolam Renang Terbiar

Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kompleks Kolam Renang Tanjung Ketapang,
Muar
Tarikh: 16 September 2009
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kompleks Kolam Renang Tanjung Ketapang,
Muar
Tarikh: 16 September 2009

Majlis memaklumkan telah membuat permohonan kepada Pejabat Tanah Daerah Muar
supaya tapak kolam renang tersebut dijadikan sebagai hak milik Majlis dan dijadikan
tapak bangunan pejabat baru Majlis
.
Pada pendapat Audit, penyenggaraan terhadap kemudahan awam adalah tidak
memuaskan kerana tidak mematuhi piagam pelanggan. Kemudahan awam sedia
ada yang tidak disenggara dan ditambah baik menyebabkan ia tidak dapat
digunakan oleh orang awam.

10.4.2 Penyediaan Kemudahan Awam

a) Dewan Orang Ramai Yang Dibina Tidak Digunakan

Pembinaan dewan orang ramai dan balai raya adalah bertujuan untuk digunakan bagi
menjalankan pelbagai aktiviti seperti majlis perkahwinan, pertandingan kebudayaan,
pameran, perhimpunan dan perjumpaan serta aktiviti sukan berbentuk riadah seperti
badminton dan sepak takraw. 

Semakan Audit terhadap rekod penggunaan dewan orang ramai dan balai raya milik Majlis antara tahun 2007 hingga 2009 mendapati Dewan Raya Pancor telah digunakan sehari sahaja manakala Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah pula tidak pernah digunakan langsung.

Semakan Audit selanjutnya mendapati Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah kurang disenggara di mana terdapat kerosakan pada siling dewan, lampu dan pendawaian elektrik menyebabkan ia terbiar dan tidak dapat digunakan oleh penduduk setempat seperti di Foto 10.11 dan Foto 10.12.

Foto 10.11


Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah

Foto 10.12

Dewan Terbiar, Kerosakan Pada Siling Dan
Pendawaian Elektrik

Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Taman Tun Sulaiman Ninam Shah, Muar
Tarikh: 21 Oktober 2009
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Taman Tun Sulaiman Ninam Shah, Muar
Tarikh: 21 Oktober 2009

Dewan orang ramai yang tidak disenggara ini menyebabkan ia tidak dapat
digunakan oleh penduduk setempat untuk tujuan aktiviti kemasyarakatan dan
riadah.

Lawatan Audit ke Dewan Raya Pancor pula mendapati ia tidak digunakan walaupun kerja menaik taraf dewan orang ramai ini telah dilakukan pada tahun 2007 melibatkan kos sejumlah RM193,200. Ini disebabkan tiada promosi penggunaan yang dilakukan oleh Majlis menyebabkan tiada tempahan daripada penduduk setempat.

Menurut penjelasan Majlis, kedudukan dewan orang ramai ini yang terletak di
taman perumahan menyebabkan kawalan sukar dilakukan dan kerap berlaku
perbuatan vandalisme. Oleh itu, Majlis bercadang untuk menyerahkan pengurusan
dewan orang ramai ini kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan
Kampung/Taman.

b) Kemudahan Pondok Perhentian Bas Tidak Mencukupi

Jalan raya hendaklah dilengkapkan dengan kemudahan awam seperti siar kaki dan
laluan basikal yang diasingkan daripada jalan berturap, lintasan pejalan kaki yang
mudah dilihat dan dikenali serta pondok menunggu bas yang lengkap dengan ruang bas
berhenti (bus lay by).

Pemerhatian Audit di sepanjang laluan bas awam di antara pusat bandar Maharani dengan kawasan perindustrian Bukit Bakri mendapati pondok perhentian bas kurang disediakan terutamanya di Jalan Sungai Abong. Lokasi yang tidak mempunyai pondok perhentian bas di sepanjang laluan tersebut dan merupakan tempat tumpuan orang ramai adalah seperti di Jadual 10.3.

Jadual 10.3

Lokasi Yang Tidak Mempunyai Pondok Perhentian Bas
Bil. Laluan Bas Awam Lokasi Yang Tiada Pondok Perhentian Bas

1. Jalan Sungai Abong

Di hadapan Pejabat Lembaga Hasil Dalam
Negeri
Kampung Kenangan Tun Dr. Ismail 2
Di hadapan Masjid Jamek Sungai Abong
Taman Pertama

2. Jalan Kampung Tengah Di hadapan Pejabat Pelajaran Daerah

Taman Sri Terap

3. Jalan Bukit Batu Taman Acid dan Taman Jeram Mewah

4. Jalan Parit Wahid Hulu Taman Bakri Permai

5. Jalan Batu Nampak

Taman Pertiwi
Taman Bakri Jaya
Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia

Sumber: Jabatan Audit Negara

Hasil temu bual Audit dengan pemandu bas awam mendapati orang awam yang ingin
menggunakan perkhidmatan bas terpaksa menunggu di bawah pokok atau di tempat
teduh terutamanya di kawasan tumpuan ramai seperti Kampung Kenangan Tun Dr.
Ismail 2 dan kawasan berhampiran persimpangan Kampung Tengah dan Jalan
Kampung Jeram. Keadaan ini berlaku disebabkan Majlis tidak membuat kajian
mengenai keperluan pondok menunggu bas di sepanjang laluan bas awam tersebut dan
pondok menunggu bas hanya akan disediakan berdasarkan permintaan daripada orang
awam. Ini menyebabkan orang awam terpaksa menunggu bas di tepi jalan seperti di
Foto 10.13.

Foto 10.13

Orang Awam Menunggu Bas
Di Kawasan Yang Tidak Mempunyai
Pondok Menunggu Bas

Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kampung Kenangan Tun Dr.Ismail 2, Muar
Tarikh: 21 Oktober 2009

Pada pendapat Audit, fungsi penggunaan kemudahan awam di Majlis boleh
dipertingkatkan lagi sekiranya kemudahan yang diperlukan disediakan
secukupnya. Kemudahan sedia ada pula boleh dinaik taraf dan disenggara
sewajarnya supaya dapat digunakan oleh orang awam.
10.4.3 Pencerobohan Tapak Kemudahan Awam

Peruntukan Undang-undang Kecil Taman (MDMS) 1987 menyatakan tiada sesiapa boleh mengalih, memindah, merosakkan atau mencacatkan mana-mana perabot landskap,peralatan permainan kanak-kanak, membuang atau menimbun apa jua kekotoran sampahsarap, mengalih rumput padang atau mengorek tanah serta mendirikan apa jua struktur ditaman awam tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Yang DipertuaMajlis. Selain itu, semua jenis kenderaan tidak boleh diletakkan dalam sesuatu taman.

Lawatan Audit di sekitar kawasan pentadbiran Majlis mendapati 29 atau 40.3% daripada
72 lot permainan dan tanah lapang di kawasan perumahan telah diceroboh oleh orang awam yang menjalankan pelbagai aktiviti yang bertentangan dengan Undang-undang Kecil Taman (MDMS) 1987 seperti bercucuk tanam, membina garaj meletak kereta dan mendirikan bangsal kerja. Antara lot permainan dan tanah lapang yang diceroboh telah digunakan untuk mengusahakan tanaman kekal seperti pokok mangga, rambutan, kelapa dan nangka. Selain itu, terdapat bangsal kerja dan garaj kenderaan dibina di atas rizab tanah lapang Majlis.
Contoh pencerobohan adalah seperti di Foto 10.14 dan Foto 10.15

Foto 10.14

Pencerobohan Taman Permainan
Kanak-Kanak Dengan Aktiviti Tanaman

Foto 10.15

Stor Dan Garaj Kenderaan Yang
Di Bina Atas Lot Tanah Lapang

Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Taman Meranti I, Bakri, Muar
Tarikh: 15 September 2009
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Taman Tun Dr. Ismail 2, Sungai Abong,
Muar
Tarikh: 15 September 2009

Kes pencerobohan lot permainan dan tanah lapang berlaku disebabkan tindakan penguatkuasaan tidak dilakukan terhadap mana-mana orang awam yang melakukan kesalahan. Selain itu, tindakan pencegahan seperti notis larangan menceroboh tidak dipamerkan di kawasan taman tersebut. Setiap tanah lapang yang telah diceroboh sama ada sebahagian atau keseluruhan kawasan telah menghilangkan fungsi rekreasi iaitu sebagaitempat berehat dan menggalakkan interaksi sosial antara masyarakat.

Pada pendapat Audit, pemantauan Majlis terhadap tanah lapang dan lot permainanadalah tidak memuaskan kerana penguatkuasaan tidak dilaksanakan berasaskanUndang-undang Kecil Taman (MDMS) 1987.10.4.4 Perancangan Dan Pelaksanaan Penyediaan Kemudahan Awam

Penyediaan kemudahan awam merupakan salah satu daripada tanggungjawab Majlis yang perlu dilaksanakan kepada orang awam. Sehubungan itu, kajian menyeluruh mengenai keperluan kemudahan awam di sesuatu kawasan perlu dibuat bagi memastikan orang awam dapat menikmati faedah yang diperoleh daripada penyediaan kemudahan awam tersebut.

a) Tapak Kemudahan Awam Untuk Pusat Kejiranan Tidak Mencukupi

Jabatan Perancang Bandar Dan Desa telah menetapkan pemaju hendaklah merizabkan
10% daripada keluasan tapak pembangunan sebagai kawasan lapang bagi setiap
permohonan pembangunan hartanah. Sebanyak 7% daripada rizab tersebut adalah
untuk kawasan lapang mutlak dan selebihnya untuk rizab kemudahan awam yang perlu
diserahkan kepada kerajaan. Selaras dengan itu, Piawaian Perancangan Negeri Johor
telah dirangka bagi memudahkan Majlis merancang penyediaan tapak untuk
pembangunan kemudahan awam. Keperluan menyediakan rizab tapak kemudahan
awam mengikut piawaian perancangan tersebut adalah seperti di Jadual 10.4.

Jadual 10.4

Piawaian Menyediakan Rizab Tapak Kemudahan Awam
Bil.Tapak UntukSeunit Kemudahan Awam
Luas Tapak Piawaian Keperluan
Penduduk (Hektar) (Orang

1. Lot Permainan      0.066 - 0.4 500 – 2,000
2. Balai Raya           0.3 - 1 (ekar) 1,000 - 5,000
3. Klinik                   0.1 2,000 - 4,000
4. Tadika                 0.1 2,500
5. Padang Permainan  0.8-3.2 2,000 - 5,000
6. Sekolah Rendah      2.3 7,500
7. Sekolah Agama      0.6 7,500
8. Surau/Tempat Ibadah 0.1 5,000
9. Dewan Orang Ramai  0.25 - 1.5 (ekar) 3,000 - 10,000
10. Padang Kejiranan    3.2 - 12 5,000 - 10,000
11. Balai Polis              1.0 10,000 - 15,000
12. Pejabat Pos Kecil    0.1 - 0.2 3,000 - 15,000
13. Sekolah Menengah  3.6 15,000

Sumber: Piawaian Perancangan Negeri Johor

Pematuhan terhadap piawaian di atas akan memudahkan Majlis dan jabatan kerajaan
yang lain untuk menyediakan kemudahan awam di atas rizab yang ditentukan.

Lawatan Audit ke kawasan kejiranan Jalan Jonid dan Jalan Sungai Abong mendapati tapak untuk kemudahan awam hanya disediakan sebanyak 39 atau 45.3% berbanding 86 tapak yang sepatutnya untuk keperluan piawaian penduduk seramai 39,785 orang. Bilangan tapak yang tidak disediakan bagi kedua-dua kawasan kejiranan tersebut adalah sebanyak 47 lot iaitu 24 lot di kawasan kejiranan Jalan Jonid untuk penduduk seramai 16,110 orang dan 23 lot di kejiranan Jalan Sungai Abong untuk penduduk seramai 23,675 orang. Keperluan tapak berbanding tapak sedia ada di kawasan kejiranan Jalan Jonid dan Jalan Sungai Abong adalah seperti di Jadual 10.5.

Jadual 10.5

Keperluan Tapak Berbanding Dengan Tapak Sedia Ada
Kawasan
Kejiranan
Penduduk Keperluan
Piawaian
Sedia
Ada Kurang Kurang
(Orang) (Bil. Lot) (Bil. Lot) (Bil. Lot) (%)
(a) (b) (c)=(a)-(b) (d)=(c)/(a)
Jalan Jonid 16,110 36 12 24 66.7
Sungai Abong 23,675 50 27 23 46.0
Jumlah 39,785 86 39 47 54.7

Sumber: Jabatan Audit Negara

Sebanyak 47 lot tapak kemudahan awam yang kurang disediakan adalah untuk 12 lot
tadika, sembilan lot klinik, enam lot padang permainan, empat lot sekolah rendah, empat
lot sekolah agama, tiga lot padang kejiranan, tiga lot balai raya, dua lot surau/tempat
ibadah, dua lot untuk pejabat pos kecil, satu lot balai polis dan satu lot dewan orang
ramai.

Semakan Audit juga mendapati kedudukan tapak kawasan lapang, dewan orang ramai
dan surau/tempat ibadah tidak diagihkan mengikut kepadatan penduduk dan keluasan
sesuatu sektor kejiranan dalam tap

awam yang mencukupi tidak dapat disediakan bagi kedua-dua kejiranan mengikut
pertambahan penduduk kerana saiz 10% tanah lapang yang diluluskan antara 0.032
hingga 1.715 hektar setiap satu hanya dirizab untuk keluasan lot permainan atau
kawasan lapang mutlak berbanding saiz lot yang ditentukan oleh piawaian iaitu antara
0.066 hektar hingga 12 hektar.

Majlis juga tidak mengambil kira keperluan penyediaan lot tanah lapang yang berskala besar mengikut jenis rizab tanah lapang untuk penyediaan kemudahan awam pada masa akan datang semasa meluluskan sesuatu permohonan. Oleh kerana rizab tapak yang mencukupi tidak dapat disediakan oleh pemaju, Majlis dan jabatan kerajaan yang lain tidak dapat menyediakan kemudahan
awam mengikut piawaian perancangan yang telah ditetapkan bagi manfaat penduduk di seluruh kawasan tersebut.

Menurut Majlis, tapak kemudahan awam sukar disediakan kerana kebanyakan tanah
dimiliki oleh pemilik yang berlainan dan dibangunkan secara usahasama dengan pemaju
perumahan dalam skala kecil.

Analisis Audit terhadap 100 borang soal selidik yang diedarkan kepada penduduk di
kedua-dua kejiranan tersebut mengenai kemudahan awam yang diperlukan oleh orang
awam tetapi tidak disediakan oleh Majlis adalah seperti di Carta 10.1.

Carta 10.1

Kemudahan Awam Yang Diperlukan Oleh Orang Awam
Bagi Kejiranan Jalan Jonid Dan Jalan Sungai Abong

Sumber: Borang Soal Selidik Jabatan Audit Negara

Carta 10.1 menunjukkan sebanyak 44% responden memerlukan kemudahan padang
bola sepak dan pondok menunggu bas, 37% memerlukan peralatan permainan kanak-kanak dan 33% memerlukan balai raya di kawasan kediaman mereka. Sebanyak 10%
responden pula memerlukan kemudahan awam yang lain seperti surau, perpustakaan
awam dan telefon awam.

b) Perancangan Pembinaan Balai Raya Dan Dewan Orang Ramai Tidak Dilaksanakan

Rancangan Tempatan Daerah Muar yang disediakan mengikut Akta Perancang Bandar
dan Desa 1976 (Akta 172) menyatakan Majlis perlu membina sebanyak 37 unit balai
raya dan 23 unit dewan orang ramai dalam tempoh 12 tahun iaitu dari tahun 2004
hingga 2015. Kos keseluruhan pembangunan projek adalah sejumlah RM22.53 juta
yang akan dilaksanakan melalui tiga fasa.

Pembinaan fasa satu bermula dari Januari 2004 hingga Disember 2007 melibatkan sebanyak 18 unit balai raya dan 18 unit dewan orang ramai. Pembinaan fasa dua bermula dari Januari 2008 hingga Disember 2011 melibatkan sebanyak lapan unit balai raya dan dua unit dewan orang ramai dan fasa tiga bermula dari Januari 2012 hingga Disember 2015 melibatkan sebanyak 11 unit balai raya dan tiga unit dewan orang ramai.

Semakan Audit mendapati pembinaan sebanyak 18 unit balai raya dan 18 unit dewan
orang ramai tidak dilaksanakan di tiga blok perancangan yang telah ditentukan sehingga
akhir tahun 2009. Semakan selanjutnya mendapati tiada sebarang rekod diselenggara
bagi menunjukkan status kemajuan projek bagi fasa satu dan fasa dua.

Majlis tidak dapat melaksanakan pembinaan balai raya dan dewan orang ramai yang dirancang
kerana lokasi sebenar tapak projek belum ditentukan dan tiada kajian semula dibuat
terhadap keperluan balai raya atau dewan orang ramai di sesuatu tempat yang telah
dirancang. 

Selain itu, Majlis tidak menyediakan peruntukan kewangan dalam bajet tahunannya untuk projek berkaitan. Kelewatan melaksanakan rancangan yang dibuat menyebabkan orang awam tidak dapat menggunakan kemudahan awam yang telah dirancang.

Menurut Majlis, Rancangan Tempatan yang disediakan adalah sebagai garis panduan dalam melaksanakan pembangunan di mana pembinaan balai raya dan dewan orang ramai ini akan dilaksanakan apabila perlu dan Majlis mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi.

Pada pendapat Audit, perancangan Majlis untuk mengadakan rizab tapak kemudahan awam adalah tidak memuaskan kerana bilangan tapak kemudahan awam yang disediakan tidak mencukupi dan tidak mengambil kira keperluan masa hadapan selaras dengan pertambahan penduduk.

10.5 RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

Secara keseluruhannya, pengurusan kemudahan awam di Majlis Perbandaran Muar
adalah tidak memuaskan dan boleh dipertingkatkan melalui tindakan bersepadu antara
jabatan dalam Majlis.

 Antara kelemahan yang ditemui adalah aspek penyenggaraan kurang diberikan perhatian menyebabkan kemudahan awam tidak boleh digunakan lagi. Terdapatjuga kolam renang yang terbiar dalam keadaan yang terlalu usang. Kemudahan awam yang dirancang tidak dilaksanakan dan kemudahan awam yang disediakan tidak dimanfaatkan.

Selain itu, tanah lapang dan kawasan permainan
tindakan penguatkuasaan dilakukan terhadap penceroboh.

Sehubungan itu, syor berikut boleh dipertimbangkan oleh pihak Majlis:

a) Menyediakan rancangan penyenggaraan kemudahan awam untuk tujuan kerja
penyenggaraan secara berkala (regular), pencegahan (preventive) dan pembaikan
(corrective) melalui penyediaan satu daftar kemudahan awam.

b) Membuat kajian menyeluruh terhadap keperluan kemudahan awam di seluruh kawasan pentadbiran Majlis berdasarkan permintaan orang awam.

c) Meningkatkan rondaan dan mengambil tindakan terhadap aktiviti yang bertentangan
Undang-Undang Kecil Taman (MDMS) 1987 di atas tanah lapang dan kawasan
permainan kanak-kanak di seluruh kawasan pentadbiran Majlis.

d) Menggalakkan skim perumahan yang berskala besar untuk mengelakkan konflik guna
tanah dan masalah kekurangan kemudahan awam terutama di kawasan yang
mempunyai ramai penduduk. Skim ini boleh dilaksanakan dengan menggabungkan lotlot
kecil agar kawasan boleh dibangunkan secara bersepadu dengan penyediaan
kemudahan awam yang lengkap sebagaimana yang disarankan dalam Rancangan
Tempatan Daerah Muar.








0