WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR : PINDAAN UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TAHUN 1895
Posted in: Dewan Negeri JohorWarta Kerajaan Negeri Johor Jil. 53 No. 17 Tambahaan No. 3 diterbitkan pada 13 hb Ogos 2009.
By: Maharani
Rang Undang-Undang ini dibawa ke dalam Dewan Negeri Johor pada 8 September 2009.
RANG UNDANG-UNDANG
b e r n a m a
Suatu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Tahun 1895.
BAHAWASANYA adalah didapati suai manafaat supaya suatu peruntukan dalam Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Tahun 1895 dipinda;
DAN BAHAWASANYA adalah diperuntukkan oleh Pecahan Fasal (6) bagi Fasal (5) dalam Bahagian Ketiga Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 bahawa mana-mana peruntukan Fasal dalam bahagian Kedua boleh dipinda oleh suaatu Enakmen yang diluluskan oleh badan Perundangan Negeri tetapi tidak boleh dipinda dengan cara-cara lain;
BAHAWA DENGAN INI ADALAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut:
Tajuk ringkas
1. Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 (Pindaan) 2009.
Pindaan Fasal 23 Bahagian Kedua
2. (1) Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh 1895,yang disebut "Undang-Undang Tubuh" dalam Enakmen ini,dipinda dengan menggantikan Pecahan Fasal (5) dengan Pecahan Fasal (5) baru yang berikut:
" (5) Sesuatu kekosongn luar jangka hendaklah diisi dalam masa enam puluh hari dari tarikh yang dipastikan oleh Suruhanjaya pilihanraya kekosongan itu berlaku:
Dengan syarat bahawa jika sesuatu kekosongan luar jangka dipastikan pada suatu tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh Dewan Negeri hendaklah mengikut Pecahan Fasal (3) menjadi bubar, maka kekosongan luar jangka itu tidak boleh diisi melainka jika Speaker memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya secara bertulis bahawa kekuatan dari segi bilangan parti yang membentuk majoriti semua ahli Dewan Negeri adalah terjejas oleh kekosongan itu, dan dalam keadaan itu kekosongan itu hendaklah diisi dalam masa enam puluh hari dari tarikh pemberitahuan it diterima".
HURAIAN
Rang Undang-Undang ini bertujuan meminda Undang-Undang Tuboh Kerajaan 1895 (selepas ini disebut sebagai "Undang-Undang Tubuh").
2. Fasal 2 bertujuan memperuntukkan tatacara pengisian sesuatu kekosongan luar jangka yang terdapat di Dewan Negeri agar selaras dengan peruntukan yang terdapat di dalam Undang-Undang Tubuh negeri lain dan Perkara 54 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan.
IMPLIKASI KEWANGAN
Rang Undang-Undang ini akan melibaatkan Kerajaan dengan perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya pada masa ini tidak dapat ditentukan
JOHOR BAHRU
[PUNJ.N. 700-1/202(2)(1)
PETIKAN UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN 1895 sebelum dipinda:
Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh 1895
(Memanggil,menangguh dan memansuhkan Dewan Negeri)Pecahan Fasal (5)
Sebuah kerusi yang kosong dengan mngejut itu hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh berlakunya kekosongan itu:Melainkan jika didapati suatu kekosongan biasa pada suatu tarikh didalam enam bulan dari tarikh Dewan Negeri terbubar mengikut Pecahan Fasal (3) dalam Fasal ini, maka kekosongan itu tidaklah dikehendaki diisi.
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2010
(259)
-
▼
Januari
(31)
- MAJLIS MESRA RAKYAT ADUN MAHARANI SEMPENA TAHUN BA...
- GOD IS GOD TO BOTH ISLAM AND CHRISTIAN
- MAJLIS MESRA RAKYAT DUN MAHARANI SEMPENA TAHUN BAR...
- PERASMIAN PUSAT ADUAN RAKYAT DUN SG BALANG & BA...
- OUR NEW KING : SULTAN iBRAHIM JOHOR
- OUR NEW SULTAN : SULTAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL. DAUL...
- SULTAN JOHOR DIMASHURKAN
- SULTAN JOHOR MANGKAT
- ALFATIHAH : SULTAN JOHOR MANGKAT
- SURAU DI MUAR DIBAKAR
- KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT TENTANG PEMBAKARA...
- KEBAKARAN 2 BUAH SURAU DI MUAR - ADUN PAKATAN RAK...
- ARSON SUSPECTED IN TWO MUAR SURAU FIRE
- PINDAAN TERHADAP PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-...
- WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR : PINDAAN UNDANG-UNDAN...
- DR MAHATHIR : KONTROVERSI KALIMAH 'ALLAH'
- NAZRI : BUKAN ISLAM BOLEH GUNA KALIMAH 'ALLAH' di...
- PENGHAKIMAN 'KALIMAH ;ALLAH'
- MELAKA/PAHANG : PERKATAAN LARANGAN
- JAKIM : KALIMAH ALLAH
- JAIS : 25 KALIMAH LARANGAN
- PERUNTUKAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG
- PINDAAN PERLEMBAGAAN JOHOR -erapakatan
- JOHOR PINDA PERLEMBAGAAN 1895 - ADUN MAHARANI
- NIK AZIZ KUNJUNGI GEREJA
- JOHOR BAKAL MUFLIS ??
- TIADA GERAN TANAH HAK MILIK KEKAL DI JOHOR
- PENGGUNAAN KALIMAH 'ALLAH' MENGIKUT PRINSIP ASAS I...
- KALIMAH 'ALLAH' - PANDANGAN PAKATAN RAKYAT
- KALIMAH 'ALLAH' - PENDIRIAN PAS
- CERAMAH ADUN MAHARANI BERSAMA USTAZ KAMAL ASHARI D...
-
▼
Januari
(31)
0