JAIS : 25 KALIMAH LARANGAN


 
25 kalimah larangan – Jais
Fri, Jan 15, 2010

SHAH ALAM 2 NOV 2009_Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi mengadakan sidang media di Jabatan Agama Islam Selangor, Seksyen 5 Shah Alam mengenai tangkapan Bekas Mufti Negeri Perlis, Dr Mohd  Asri Zainal Abidin yang mengajar tanpa tauliah di sebuah rumah di Taman Seri Ukays , Hulu Klang.Gambar Digital: Mohd shaharani Saibi / Pemberita: Sedek / Norlida    NOTA  TERBITAN  UTUSAN  RABU  4 NOVEMBER 2009  MUKA 9 SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini menyenaraikan 25 kalimah yang dilarang digunakan oleh orang bukan Islam di negeri ini.
“Mereka boleh dikenakan tindakan sekiranya terdapat aduan berhubung dengan perkara itu,” kata Pengarahnya Datuk Mohammed Khusrin Munawi (gambar) pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA)2009 di sini semalam.

Menurut beliau, tindakan boleh diambil mengikut (Enakmen Agama Bukan Islam Kawalan dan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.


Antara perkataan itu ialah Allah, firman Allah, nabi, mubaligh, syariat, wahyu, mufti, Kaabah, hadis, rasul, iman, ibadah, fatwa, haji, kiblat, Ilahi, Injil, ulama, khalifah, wali, syeikh, iman dan dakwah.

Mohamed Khusrin berkata, gesaan itu dibuat untuk memberi peringatan kepada bukan Islam supaya menghormati agama Islam.
“Kita harap mereka tidak akan guna pakai perkataan-perkataan yang telah disenaraikan itu dalam apa jua keadaan sama ada percakapan atau penulisan dalam mana-mana penerbitan bukan Islam,” katanya.

Sumber: freemalaysiatoday



0