KEBAKARAN 2 BUAH SURAU DI MUAR - ADUN PAKATAN RAKYAT BERTINDAK


 SURAU DI MUAR DIBAKAR

By: Maharani

Hari ini, Khamis 21 Januari 2010 , rakyat Muar khususnya dikejutkan dengan peristiwa kebakaran  di dua buah surau dalam Kawasan DUN Bentayan dalam Daerah Muar.Surau yang terbakar  ialah  Surau Silaturrahim Jalan Ismail,Muar (dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani Muar dan Medan Ikan Bakar Sabak Awor)  dan Surau Pt. Beting Jalan Salleh,Muar (bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak Muar).

Ketiga-tiga ADUN Pakatan Rakyat,YB Dr. Mohammad Taslim  (Maharani) , YB Gwee Tong Hiang (Bentayan), YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh  (Sungai Abong) dan beberapa  orang ahli jawatankuasa daripada PAS dan DAP telah bersama-sama bergegas melawat di tempat kejadian tersebut pada tengahari tadi. Mereka adalah wakil rakyat yang terawal sampai di tempat kejadian.

Dalam lawatan tersebut mereka melahirkan rasa terkejut dan simpati di atas kejadian yang  tidak disangka.Mereka mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka yang tidak bertanggung jawab yang bertujuan merosakkan perpaduan rakyat.Mereka juga memberi sumbangan segera  untuk membantu  jawatankuasa surau tersebut  membaiki kerosakan.Pengerusi Jawatankuasa surau tersebut mengucapkan terima kasih di atas sumbangan segera dan keperhatinan ADUN Maharani, Bentayan dan Sungai Abong ketika mereka ditimpa musibah.

Seorang ahli jawatankuasa Surau Silaturrahim Jalan  Ismail memberitahu kemungkinan kebakaran  berlaku pada waktu pagi sekitar 2.00pagi hingga 4.00.pagi  setelah disedari oleh pengunjung  Medan Ikan Bakar di Sabak Awor tidak jauh dari tempat kejadian.. Kerosakan  berlaku dengan langsir surau terbakar dan dinding surau hangus.Jawatankkuasa surau merasa kecewa kerana ada manusia yang sanggup melakukan perbuatan khianat  ini terutama di tempat ibadat.

Di Surau Parit Beting, Pn. Rukamah Samon ,Guru Quran di surau tersebut , terkejut  apabila beliau datang ke surau jam 11.00 pagi mendapati  permaidani dan pintu masuk ke bilik surau tersebut hangus terbakar.Tingkap cermin bilik tersebut juga pecah.Beliau terus melaporkan perkara tersebut kepada Pengerusi  Surau. Pihak polis telah dihubungi dan menyiasat  di tempat kejadian.

Surau Silaturrahim,Jalan Ismail, Muar

 
Bahagian beranda/anjuang Surau Silaturrahim yang terbakar 
   


 Bekas petrol dan kesan kebakaran

 YB Dr Mohammad,YB Gwee dan YB Dr Sheikh Ibrahim diberi  penerangan  oleh 
Pengerusi Surau, Tn Hj. Sihat b. Atan

 YB Gwee menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Surau

 
 YB Dr Mohammad menghulurkan  sumbangan 
kepada Pengerusi Surau Silaturrahim


 
Surau Parit Beting, Jalan Salleh
Keadaan di Surau Pt Beting selepas kejadian

 
Pandangan sisi surau

 Pintu masuk surau terbakar

 
 Pintu masuk surau dan karpet hangus terbakar

 
 Close up kerosakan

 
 Pintu bahagian dalam surau juga hangus

 
 Tingkap surau pecah dibaling objek keras

 
Cermin tingkap bertaburan dalam surau
 
Keadaan dalam bilik surau
 
 
  Pn. Rukamah Bte Samon,guru alQuran Surau Pt Beting
 
  YB Dr. Mohammad menghulurkan sambangan kepada 
Pengerusi Surau Pt Beting, En. Isnin b. Othman

YB Gwee ADUN  Bentayan turut menghulurkan sumbangan
kepada Pengerusi Surau Pt Beting
 
 
Bomba turut memantau keadaan di surau


 DALAM KEADAAN SUSAH ATAU SENANG ADUN PAKATAN RAKYAT SENTIASA
BERPADU TENAGA BERSAMA  RAKYAT

BUKTI KAMI TIGA SERANGKAI ADUN MAHARANI,BENTAYAN DAN SUNGAI ABONG
DAPAT  BEKERJASAMA DEMI KEPENTINGAN RAKYAT YANG KAMI WAKILI
__________________________________________________________________________________
Di bawah ini sumber daripada : carigold.com 

 Surau Parit Beting Muar

YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani) datang melawat
dan sembahyang berjemaah di surau taman beting
_________________________________________________________________________________
 
Old 22-01-2010, 05:42 PM






haudli haudli is offline
Well-Known
Member

haudli's Avatar



Quote:
Originally Posted by kawecool View Post
tp xde pula menteri2 yg bergegas pg melawat surau tu..

sedey betol..
yg cepat dtg adun maharani YB M.Taslim..singgah tengok n sembahyang berjemaah skali kat sana...wkil DAP 3 org datang gak n bagi sedikit sumbangan ikhlas pada pengerusi surau.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 lihat blog ini:  http://pulakdah.blogspot.com/2010/01/dap-pas-beri-sumbangan-surau-terbakar.html
_________________________________________________________________________________







0