PINDAAN TERHADAP PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP BAGI DEWAN NEGERI JOHOR


 By: Maharani

JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR dalam suratnya  Ruj. : SUKJ.DN.Bil.331/1/2/12/2/3(26)
bertarikh 3 Disember 2009 memaklumkan bahawa dalam Mesyuarat Kelima Bagi Penggal Pertama Persidangan Dewan Negeri yang Ke-12 pada 26 Februari 2009 telah meluluskan pindaan sebagaimana perkara-perkara berikut:

1.       PT Bil. 25(2)  Adalah dipinda dengan memasukkan  selepas sub peraturan (i) dengan sub
          peraturan yang berikut:

          "(j)      Sesuatu soal itu tidak boleh ditanya berkenaan kenyataan-kenyataan dalam media
                     atau yang dikeluarkan oelh seseoarang bagi dirinya  sendiri atau badan-badan
                     kewangan adalah tepat."

          "(j)      A question shall not be asked  as to whether ststements in the media or of private
                    individuals or financial bodies are accurate.'

2.       PT Bil. 26(2) adalah dipinda denga menggantikan PT Bil. 26 (2) baru ang berikut:

          "(2)  Seseorang ahli  yang berkehendakkan jawab mulut kepada sesuatu soal itu
                 hendaklah menandakan di atas  pemberitahunya "Jawab Mulut". Jika soal itu
                 tidak ditandakan demikian, maka Menteri Besar atau ahli yang dialamatkan kepada
                 -nya soal itu hendaklah memberi jawab yang bertulis melalui Jurutulis Dewan Negeri.

                  Dengan syarat  pada sekali mesyuarat:

                 (i)    Seseorang ahli tidak boleh mengemukakan lebih daripada enam soalan yang
                        mengkehendaki "Jawab mulut" dan lebih daripada lima soal yang mengkehendaki
                        jawapan bertulis;

                 (ii)    Sesuatu soal itu tidak boleh mengandungi pecahan soal atau dua soal yang
                        berlainan; atau

                 (iii)    Sesuatu soal itu tidak boleh melebih empat puluh perkataan."

        "(2)   A member who desires an oral  answer to a question shall mark his notice "Oral
                Reply". If the question is not so marked, the Menteri Besar or the member to whom
                it is addressed shall submit a written reply through the clerk.

                Provided that in the same meeting:

                (i)   A member may not ask more than six questions for "Oral Reply" and more than five
                      questions for "Written Reply".

                (ii)  Each question shall not contain sub-question or two different questions; or

                (iii)  Each question may not exceed forty words."


Perintah-Perintah Tetap Bagi Dewan Negeri Johor sebelum dipinda adalah seperti berikut:

PT Bil. 26(2) berkenaan Cara-cara Menyoal:
        Seseorang ahli yang berkehendakkan jawab mulut kepada sesuatu soal itu hendaklah
   menandakandi atas pemberitahunya "Jawab Mulut".Jika soal itu tidak ditandakan
   demikian maka Menteri Besar atau ahli yang dialamatkan kepadanya soal itu hendaklah 
   memberi jawab yang bertulis melalui Jurutulis Dewan Negeri.Tidak lebih daripada enam soalan     
   sahaja yang boleh ditandakan oleh seseorang ahli untuk "Jawab Mulut" pada sekali mesyuarat.

NOTA: Peratuaran lima TIDAK menghadkan jumlah soal bertulis.


 
                     



0