JOHOR BAKAL MUFLIS ??
Posted in: johor muflisJohor Bakal Muflis 2012
Posted on Thursday, January 07 @ 17:44:18 PST
Dilulus untuk paparan oleh brucekk
Oleh: Jundullah-PASJB
"
- Tahukah anda menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, kecairan tunai (Liquidity Ratio) kerajaan Negeri Johor adalah rendah kerana jumlah Aset Semasa hanyalah berjumlah RM 201.53 juta (Tunai RM36.37 juta & Pelaburan RM165.16 juta) berbanding dengan Tanggungan Semasa yang berjumlah RM 943.54 juta. Dengan kata lain jumlah Aset Semasa tidak dapat menampung jumlah Tanggungan Semasa. Tahukah anda jumlah Aset Semasa Negeri Selangor adalah RM 1,424.66 juta manakala Pulau Pinang adalah RM 1,025.89 juta. Jumlah ini jauh lebih banyak dari Negeri Johor. Tahukah anda siapakah yang mentadbir Negeri Selangor dan Pulau Pinang?
- Tahukah anda perbelanjaan/Bajet Negeri Johor lebih kurang RM 785 Juta setahun @ RM 65 Juta sebulan. Ini bermakna jika tiada pendapatan baru diterima maka jumlah Aset Semasa sebanyak RM 201.53 juta hanya membolehkan kerajaan Negeri Johor bertahan selama 3 bulan sahaja sebelum ....!!
- Tahukah anda keadaan kewangan kerajaan Negeri Johor adalah lemah sehinggakan bajet bagi tempoh 3 tahun berturut-turut adalah defesit iaitu perbelanjaan lebih banyak daripada pendapatan. Kekurangan atau defisit bajet adalah sebanyak RM2.04 juta (Bajet 2008), RM2.746 juta (Bajet 2009) dan RM1.5 juta (Bajet 2010).
- Tahukah anda hutang kerajaan Negeri Johor kepada kerajaan Persekutuan meningkat 20.6% dari RM 841.13 juta (2007) kepada RM1,010 juta atau RM1.01 bilion (2008).
- Tahukah anda hutang terkumpul Johor Corporation (JCorp) adalah berjumlah RM4.032 bilion. Pada tahun 2002, JCorp telah menerbitkan Bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 bilion dengan kerajaan Negeri Johor sebagai penjaminnya. Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007, 2009 dan 2012. Dalam Sidang DUN Johor pada 8/9/2009, JCorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009). Jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai, 2012 adalah RM 3.58 bilion !!
- Tahukah anda keuntungan sebelum Cukai JCorp adalah lebih kurang RM 600 juta setahun. Ini bermakna menjelang tahun 2012, adalah dijangkakan JCorp hanya mampu mengadakan sejumlah RM 1.5 bilion bagi menebus bayar bon. Persoalannya bagaimanakah JCorp hendak menampung kekurangan sebanyak RM 2 bilion atau RM 2,000 juta?
- Tahukah anda kerajaan Negeri Johor sebagai penjamin kepada bon-bon (surat hutang) yang dterbitkan oleh JCorp perlu membayar kekurangan berjumlah RM 2 bilion atau RM 2,000 juta tersebut pada tahun 2012? Tetapi persoalannya, dimana kerajaan negeri nak cari duit dalam keadaan kewangan negeri yang tenat??
- Tahukah anda kegagalan kerajaan Negeri Johor membayar RM 2 bilion atau RM 2,000 juta ini boleh menyebabkan kerajaan Negeri Johor dibawa ke mahkamah dan diisytiharkan "MUFLIS" pada tahun 2012? Kecuali kerajaan negeri dan JCorp "TERPAKSA" mengambil "JALAN PINTAS" dengan menjual aset-aset ataupun hartanah strategik mereka. Tentu anda boleh agak jawapannya kenapa JCorp menjual Menara Pejabat Plaza Kotaraya kepada Iskandar Investment Berhad (IIB) dan kenapa kerajaan negeri menjual tapak CIQ di Stulang juga kepada IIB. Bukankah kedua-dua aset atau hartanah tersebut mempunyai lokasi yang sangat strategik dan sangat baik untuk disimpan sebagai pelaburan jangka panjang? Selepas ini apa pulak yang akan dijual?? Tahukah anda aset atau hartanah milik kerajaan negeri dan JCorp adalah sebenarnya milik khazanah atau pusaka rakyat Johor dan bukannya milik UMNO/BN? Lu fikirlah sendiri........
Layari : http://www.pasjohorbahru.com/
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2010
(259)
-
▼
Januari
(31)
- MAJLIS MESRA RAKYAT ADUN MAHARANI SEMPENA TAHUN BA...
- GOD IS GOD TO BOTH ISLAM AND CHRISTIAN
- MAJLIS MESRA RAKYAT DUN MAHARANI SEMPENA TAHUN BAR...
- PERASMIAN PUSAT ADUAN RAKYAT DUN SG BALANG & BA...
- OUR NEW KING : SULTAN iBRAHIM JOHOR
- OUR NEW SULTAN : SULTAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL. DAUL...
- SULTAN JOHOR DIMASHURKAN
- SULTAN JOHOR MANGKAT
- ALFATIHAH : SULTAN JOHOR MANGKAT
- SURAU DI MUAR DIBAKAR
- KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT TENTANG PEMBAKARA...
- KEBAKARAN 2 BUAH SURAU DI MUAR - ADUN PAKATAN RAK...
- ARSON SUSPECTED IN TWO MUAR SURAU FIRE
- PINDAAN TERHADAP PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-...
- WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR : PINDAAN UNDANG-UNDAN...
- DR MAHATHIR : KONTROVERSI KALIMAH 'ALLAH'
- NAZRI : BUKAN ISLAM BOLEH GUNA KALIMAH 'ALLAH' di...
- PENGHAKIMAN 'KALIMAH ;ALLAH'
- MELAKA/PAHANG : PERKATAAN LARANGAN
- JAKIM : KALIMAH ALLAH
- JAIS : 25 KALIMAH LARANGAN
- PERUNTUKAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG
- PINDAAN PERLEMBAGAAN JOHOR -erapakatan
- JOHOR PINDA PERLEMBAGAAN 1895 - ADUN MAHARANI
- NIK AZIZ KUNJUNGI GEREJA
- JOHOR BAKAL MUFLIS ??
- TIADA GERAN TANAH HAK MILIK KEKAL DI JOHOR
- PENGGUNAAN KALIMAH 'ALLAH' MENGIKUT PRINSIP ASAS I...
- KALIMAH 'ALLAH' - PANDANGAN PAKATAN RAKYAT
- KALIMAH 'ALLAH' - PENDIRIAN PAS
- CERAMAH ADUN MAHARANI BERSAMA USTAZ KAMAL ASHARI D...
-
▼
Januari
(31)
0