SURAU DI MUAR DIBAKAR


Surau Pula Jadi Sasaran Serangan
 
Nampaknya serangan demi serangan ke atas rumah ibadat berlaku di negara ini. Dan polis kelihatan belum berjaya membendungnya.

Terbaru surau Silaturrahim Jln Ismail dan surau Pt. Beting Jln. Salleh, Muar JOHOR jadi mangsa. Surau Silaturahim di Jalan Ismail mengalami kebakaran pada langsir dan cermin manakala Surau Parit Beting pula mengalami kebakaran di ruang solat wanita, permaidani dan pintu.
“Ada tanda hitam pada pintu,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Lee Choon Guan di surau Parit Beting.
Tetapi pihak polis mengambil langkah berhati-hati dalam mengesahkan sama ada dua kejadian terbaru ini juga ada kaitan dengan isu kontroversi kalimah “Allah”.
“Pasukan forensik saya ada menemui kesan-kesan minyak, yang kemungkinan dibawa dari luar,” kata beliau.
Terdahulu Ketua Polis Daerah Muar, Mohammed Nasir Ramli enggan mengesahkan sama ada insiden ini adalah akibat tindakan khianat.

YB Gwee Adun Bentayan, bersama YB Dr. Sheikh Ibrahim Adun Sg. Abong, YB Dr. Mohammad Taslim Adun Maharani dan beberapa jawatankuasa dari DAP dan PAS telah melawat di tempat kejadian tersebut pada tengahari tadi. Semasa lawatan, pihak dari ke tiga-tiga dun telah memberi sumbangan untuk membaiki kerosakan.
Jawatankuasa surau memberitahu kemungkinan kebakaran dilakukan pada waktu pagi sekitar 2.00pagi hingga 4.00.pagi. Jawatankuasa surau ini mengucapkan terima kasih diatas kunjungan dari YB dan bersyukur kerana surau ini masih boleh digunakan untuk solat.Jawatankkuasa surau merasa kecewa kerana ada manusia yang sanggup melakukan perbuatan keji ini terutama di tempat ibadat.

Pn. Rukamah Samon yang datang ke surau Parit Beting  jam 11.00pagi merasa terkejut bila tempat beliau mengajar mengaji kepada kanak-kanak telah terbakar dan tingkap cermin pechah. Beliau terus melaporkan perkara tersebut kepada Pengerusi surau. Pihak polis turut hadir di tempat kejadian dan sedang membuat siasatan.

Sejak 8 Januari lalu, beberapa tempat ibadat- sebahagian besarnya gereja – menjadi sasaran serangan bom api dan perbuatan vandalisme.
Ianya dipercayai ekoran keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang mengetepikan larangan kerajaan ke atas bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan bagi perkataan ‘God’.
Ekoran itu, mahkamah berkenaan memutuskan bahawa mingguan Katholik, Herald, boleh menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Malaysianya.
Bagaimanapun, keputusan itu ditangguhkan sementara menunggu selesai rayuan oleh kerajaaan terhadapnya.

Sumber : sabahdaily.com



0