SULTAN JOHOR DIMASHURKAN



Sultan Johor, Tunku Ibrahim Ismail mengesat air mata selepas dimashurkan sebagai Sultan Johor di Istana Besar pada jam 10.21 pagi tadi. Pengisytiharan itu dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Sejurus itu, Tunku Ibrahim Ismail mengangkat sumpah sebagai Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya. Baginda mengaku akan memerintah dengan adil dan saksama serta bertimbang rasa kepada rakyat.
Saturday, January 23, 2010

Pelbagai Peringkat Ziarah Jenazah Almarhum Sultan Iskandar

JOHOR BAHARU: Kerabat diraja, orang kenamaan dan rakyat daripada segenap lapisan masyarakat membanjiri pekarangan Istana Besar di sini, hari ini untuk menziarahi jenazah Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat semalam.

Jenazah Sultan Iskandar Selamat DisemadikanTerkini

JOHOR BARU: Jenazah Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail selamat disemadikan di sebelah makam ayahanda baginda dalam satu istiadat pemakaman diraja di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini hari ini.

Sumber : mstar online 23 Januari 2010

0