TIADA GERAN TANAH HAK MILIK KEKAL DI JOHOR


Kerajaan Johor Tidak Akan Serah Geran Hak Milik Kekal
Posted on Thursday, January 07 @ 05:28:11 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Info Semasa Oleh: Jundullah-PASJB

"Tahniah rakyat Johor kerana terus menyokong UmnoBN selama ini."

Kerajaan Negeri tidak akan memberikan status hak milik kekal atau geran tanah kepada penduduk di negeri ini seperti yang dicadangkan oleh Ahli Dewan Negeri (Pas-Maharani), Dr. Muhamad Taslim. 

Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan Negeri, Dato'Abdul Ghani Othman yang juga Menteri Besar Johor, berkata cadangan itu tidak dapat dilaksanakan kerana ia akan menjejaskan pendapatan kerajaan negeri yang hanya bergantung kepada pendapatan cukai dan premium tanah sahaja.

"Jika Kerajaan Negeri memberikan hak milik tanah kekal, ia tidak adil kepada generasi serta kerajaan akan datang kerana mereka akan kehilangan sumber hasil untuk mentadbir dan membangunkan Johor.

"Demi kesejahteraan rakyat, Kerajaan Negeri akan mempertahankan sumber hasil agar dapat menampung kos pentadbiran dan pembangunan negeri," katanya ketika sesi penggulungan pada sidang dewan di sini, baru-baru ini.

Mengenai tempoh pajakan, beliau berkata bahawa 60 atau 99 tahun yang diberikan adalah adil, sementara pembaharuannya pula mengikut pilihan pemohon sendiri.

Berita ini bertarikh 04 Disember 2009, Tahniah rakyat Johor kerana terus menyokong UmnoBN selama ini.

Sumber : Pejabat Menteri Besar Johor

Layari : http://www.pasjohorbahru.com/










0