PINDAAN PERLEMBAGAAN JOHOR -erapakatan

Pinda Perlembagaan : BN Gusar Johor Dirampas Pakatan

Tuesday, 12 January 2010 11:28 AM Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) Johor mengambil langkah meminda Undang-undang tubuh negeri itu yang telah sekian lama digunapakai. BN yang diketuai Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman mengambil langkah meminda bahagian perlembagaan negeri itu yang berkaitan dengan kekosongan kerusi yang melibatkan pilihan raya kecil.
Adun Maharani, Dr. Mohammad Taslim ketika dihubungi Era Pakatan berkata, mereka telah menggubal Fasal 5 : Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang sudah termaktub dan dilaksanakan sejak 1985 lagi.
"Speaker haruslah adil dan amanah dalam melaksanakan tugas. Mereka tidak seharusnya berat sebelah dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan. Tindakan begini memberi tanggapan yang Speaker tidak mempunyai kreadibiliti dengan menyerahkan tugas kepada badan lain. Di sini kita lihat seolah-olah SPR yang buat keputusan dan bukannya speaker," tegas Taslim.
Mengikut fasal yang telah ditetapkan itu, pilihan raya kecil boleh diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi dalam tempoh 60 hari dan kuasa menentukan pilihan raya boleh dijalankan adalah Speaker, namun pada sidang dewan yang terbaru september lalu, mereka  membuat pindaan dan menetapkan kuasa menentukan sama ada pilihan raya boleh diadakan atau tidak, ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukan lagi Speaker.
“Sekarang ini mereka berkuasa dan mempunyai majoriti dalam dewan, mereka boleh buat apa sahaja untuk meminda undang-undang itu demi kepentingan mereka. Itulah amalan orang Umno-BN yang kini semakin takut kehilangan kuasa mereka” katanya.
Beliau berkata, dalam isu itu, enam orang Adun PR tidak dapat berbuat apa-apa kerana Adun BN mempunyai majoriti besar dalam Dun Johor. Tetapi, kehadiran enam wakil rakyat PR sejak Mac tahun lalu telah menggusarkan mereka kerana banyak suara rakyat telah dikeluarkan oleh Adun PR.

Kongsi berita ini.

Sumber: erapakatan.com
del.icio.us Favicon Digg Favicon Facebook Favicon Google Favicon LinkedIn Favicon StumbleUpon Favicon TwitThis Favicon

0