MAJLIS MESRA RAKYAT ADUN MAHARANI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2010



   YB Dr. Mohammad Taslim dan AJK DUN Maharani bersama Lujnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan  Muar lebih awal telah mengadakan majlis mesra rakyat bersama masyarakat  Cina sempena Tahun Baru  Cina yang akan disambut pada 14 Februari  2010. Majlis ini diadakan pada hari Rabu, 27 Januari 2010 jam 6.00 petang di  Kedai Makan Jia Fa Taman Aman, Parit Bakar, Jalan Abdul Rahman, Muar.
   Lebih kurang 70 orang  Cina  yang memerlukan bantuan  dan ibu tunggal telah dijemput ke majlis tersebut. Mereka dijamukan makanan dan diberi hamper serta wang saguhati. YB Dr. Mohammad juga telah memberikan sumbangan wang  kepada 3 orang pelajar Cina yang mendapat 8A, 6A dan 3A dalam Peperiksaan PMR  2009 yang tinggal di Taman tersebut.
   Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Sdr. Vincent Lee , Ketua Penyelaras Dewan Himpunan Penyokong PAS Malaysia. Dalam ucapannya, beliau menerangkan dengan terperinci  isu-isu semasa yang melibatkan masyarakat bukan Islam kepada para hadirin. Menurut beliau terdapat ratusan cawangan Dewan Himpunan Penyokong PAS/ Kelab Penyokong PAS  di seluruh negara dengan keahlian melebihi  50,000 orang di seluruh Malaysia.Beliau juga  menerangkan bagaimana Kerajaan PAS Kelantan berjaya mentadbir negeri  dengan adil kepada semua kaum.Rakyat bukan Islam selesa tinggal di Kelantan.Mereka juga terkejut apabila diberitahu bahawa patung Buddha yang terbesar  di Asia Tenggara (dalam keadaan duduk,baring atau berdiri)   terdapat di Kelantan.Pada sebelah malamnya beliau akan berceramah bersama YB Salahuddin Ayub di Markas PAS Jeram Tepi,Bakri.

Penerima sumbangan bergambar YB Dr Mohammad,
Sdr Vincent Lee,Us Abu Bakar,Sdr A. Bakar Ismail

Lagi penerima bantuan

YB Dr Mohammad sedang berucap
 
Tetamu dan penerima sumbangan menjamu selera

Tetamu dan VIP yang hadir tekun mendengar amanat Dr mohammad

Pemimpin PAS bersama tetamu

Sdr Vincent Lee memberi penerangan

Pelajar cemerlang PMR bersama YB Dr Mohammad dan Sdr Vincent Lee

Gembira menerima sumbangan

Sdr Vincent Lee menyampaikan hamper

YDP PAS Muar Us Abu Bakar menyampaikan hamper

Ang Pow untuk Tahun Baru

Kami perihatin

Pemimpin PAS menghargai kehadiran Sdr Vincent Lee

Terima kasih para wartawan yang membuat liputan.
Berita program ini disiarkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau,
Sin Chew Daily dan China Press pada hari Jumaat 29 Januaru 2010



0