PENGGUNAAN KALIMAH 'ALLAH' MENGIKUT PRINSIP ASAS ISLAM - HADI
Posted in:Kenyataan berdasarkan prinsip Islam bukan kerana keputusan mahkamah - Abdul Hadi |
Harakahdaily 6 Januari 2010/ 20 Muharram 1431H |
KUALA LUMPUR, 6 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kenyataan medianya berkaitan isu penggunaan nama 'Allah' baru-baru ini tidak merujuk kepada penghakiman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap kes penggunaan kalimat 'Allah’ untuk penerbitan Herald. Apa yang dimaksudkan oleh beliau adalah "prinsip asas yang digunakan oleh Islam dalam menentukan kaedah penggunaan kalimat ”Allah” itu secara sebenar." Beliau membuat penjelasan ini ekoran laporan akhbar The Star yang melaporkan seolah-olah beliau menyokong keputusan mahkamah tinggi itu. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Penjelaskan artikel berita akhbar The Star 6 Januari 2010 Satu artikel berita yang bertajuk “Word Allah not restricted only to Muslims, says Hadi” sebagaimana yang diterbitkan oleh akhbar The Star, muka N12 bertarikh 6 Januari 2010 adalah dirujuk. Dalam para keempat ianya ditulis sebagai : “In supporting the High Court’s decision that allowed the weekly Herald to use the word 'Allah', he said the principle of freedom of religion was championed by Islam because human beings could not be forced to profess any religion except through their own freewill”. Ingin dijelaskan disini bahawa kenyataan akhbar yang dikeluarkan secara rasmi oleh Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 4 Januari 2010 itu tidak merujuk kepada penghakiman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap kes penggunaan kalimat ‛Allah’ untuk penerbitan Herald. PAS hanya menjelaskan prinsip asas yang digunakan oleh Islam dalam menentukan kaedah penggunaan kalimat ”Allah” itu secara sebenar. Oleh yang demikian, maksud yang difahami dari para keempat terutamanya merujuk kepada ayat ”In supporting the High Court’s decision..” yang ditulis itu adalah tidak tepat sama sekali. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Setiusaha Politik Presiden PAS 6 Januari 2010 |
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2010
(259)
-
▼
Januari
(31)
- MAJLIS MESRA RAKYAT ADUN MAHARANI SEMPENA TAHUN BA...
- GOD IS GOD TO BOTH ISLAM AND CHRISTIAN
- MAJLIS MESRA RAKYAT DUN MAHARANI SEMPENA TAHUN BAR...
- PERASMIAN PUSAT ADUAN RAKYAT DUN SG BALANG & BA...
- OUR NEW KING : SULTAN iBRAHIM JOHOR
- OUR NEW SULTAN : SULTAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL. DAUL...
- SULTAN JOHOR DIMASHURKAN
- SULTAN JOHOR MANGKAT
- ALFATIHAH : SULTAN JOHOR MANGKAT
- SURAU DI MUAR DIBAKAR
- KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT TENTANG PEMBAKARA...
- KEBAKARAN 2 BUAH SURAU DI MUAR - ADUN PAKATAN RAK...
- ARSON SUSPECTED IN TWO MUAR SURAU FIRE
- PINDAAN TERHADAP PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-...
- WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR : PINDAAN UNDANG-UNDAN...
- DR MAHATHIR : KONTROVERSI KALIMAH 'ALLAH'
- NAZRI : BUKAN ISLAM BOLEH GUNA KALIMAH 'ALLAH' di...
- PENGHAKIMAN 'KALIMAH ;ALLAH'
- MELAKA/PAHANG : PERKATAAN LARANGAN
- JAKIM : KALIMAH ALLAH
- JAIS : 25 KALIMAH LARANGAN
- PERUNTUKAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG
- PINDAAN PERLEMBAGAAN JOHOR -erapakatan
- JOHOR PINDA PERLEMBAGAAN 1895 - ADUN MAHARANI
- NIK AZIZ KUNJUNGI GEREJA
- JOHOR BAKAL MUFLIS ??
- TIADA GERAN TANAH HAK MILIK KEKAL DI JOHOR
- PENGGUNAAN KALIMAH 'ALLAH' MENGIKUT PRINSIP ASAS I...
- KALIMAH 'ALLAH' - PANDANGAN PAKATAN RAKYAT
- KALIMAH 'ALLAH' - PENDIRIAN PAS
- CERAMAH ADUN MAHARANI BERSAMA USTAZ KAMAL ASHARI D...
-
▼
Januari
(31)
0