PERASMIAN PUSAT ADUAN RAKYAT DUN SG BALANG & BANTUAN PERSEKOLAHAN


      Pada hari Ahad 24 Januari 2010, PAS Kawasan Muar secara rasminya telah membuka pejabat Pusat Aduan Rakyat (PAR) DUN Sungai Balang (dalam Parlimen Muar) bertempat  di:


D/A PASTI ATTAUFIQIAH SUNGAI PULAI,
84160,PARIT JAWA MUAR. JOHOR
NO. TEL : 06 9881710 / FAX : 06 9883276

H/P : 019 9109376 - MALIK / 013 6167808 - ABU
Masa beroperasi : 9.30 pagi hingga 5.30 petang dan 
                             9.00 malam hingga 12.00 malam

       Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor , Tn. Hj. Aminolhuda  b Hj. Hassan jam 10.00 pagi.Dengan ini  PAS Kawasan Muar mempunyai sebuah Pusat Aduan Rakyat di DUN Sg Balang di samping Pusat Khidmat ADUN Maharani di Pekan Parit Bakar.

      Walaupun pejabat ini baru dirasmikan tetapi Pusat ini telah beroperasi beberapa bulan yang lalu dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.Ini adalah kesinambungan gerakkerja Majlis Tindakan  DUN  (MTD) Sg Balang yang berkhidmat kepada masyarakat sepanjang masa sebelum dan selepas pilihanraya.Pengarah Pusat PAR , Sdr. Malik b. Mohamed Diah yang juga memegang jawatan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Muar dan bekas calon PAS DUN Sg Balang memberitahu, AJK ini telah mengadakan beberapa aktiviti kemasyarakatan. Antaranya melawat ke kampong-kampong untuk mengenal pasti mereka yang susah dan miskin, memberi bantuan kepada yang mendapat musibah dan sebagainya. Pusat ini juga mempunyai sebuah Van untuk kegunaan masyarakat.

Matlamat Pusat PAR :-
* MENJADI ALTERNATIF PUSAT KOMUNITI MASYARAKAT MENYALURKAN SEGALA 
   PENGADUAN DALAM BENTUK INDIVIDU / UMUM
* MENAWARKAN KHIDMAT KEPADA RAKYAT DALAM MENGHADAPI, MENGATASI ATAU
   MENYALURKAN SEGALA PERMASAALAHAN INDIVIDU / KELUARGA
* MENAWARKAN KHIDMAT BAGI MENGATASI PERMASAALAHAN YANG MELIBATKAN 
   KOMUNITI MASYARAKAT UNTUK DISALURKAN KEPADA PIHAK TERTENTU AGAR 
   DIAMBIL PERHATIAN DAN TINDAKAN.

Fungsi Pusat PAR :-
* MENERIMA SEMUA JENIS ADUAN RAKYAT
*MENJADI PUSAT MAKLUMAT MENGENAI JABATAN DAN AGENSI-AGENSI KERAJAAN
*MENJADI PUSAT MAKLUMAT MENGENAI SYARIKAT-SYARIKAT SWASTA, BADAN 
  BERKANUN, NGO DAN PERSATUAN
*MENYALURKAN MAKLUMAT ATAU PERMOHONAN KEPADA PIHAK BERKENAAN
*MENGENALPASTI PERMASAALAHAN RAKYAT TERUTAMA BAGI MEREKA YANG  
  KURANG ARIF DALAM BIDANG TERTENTU
*MENCARI DAN MENYALURKAN DANA KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN
  BANTUAN SEGERA
*MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN
*MENYEDIAKAN PASUKAN KHIDMAT SOSIAL SEPERTI SOLAT HAJAT DAN DOA
  SELAMAT KEPADA KELUARGA YANG DITIMPA MUSIBAH
*MENYEDIAKAN KHIDMAT NASIHAT DAN PERUNDING CARA DALAM HAL-HAL
  TERTENTU

        Aktiviti yang berteraskan kebajikan kepada masyarakat di DUN Sg. Balang khususnya telah berjalan sepanjang masa. Kewujudan Pusat ini adalah sebagai usaha penambahbaikan bagi memperkasa aktiviti kebajikan, perkhidmatan dan pembelaan kepada masyarakat. Melalui pejabat operasi yang diketuai seorang Penyelia DUN ia akan memberi alternatif kepada rakyat untuk menyalurkan segala aduan serta mendapat pembelaan yang sewajarnya

      Pada majlis itu juga, pihak MTD  Sg Balang dengan kerjsama Dewan Muslimat PAS Kawasan Muar telah memberikan sumbangan persekolahan kepada 85 pelajar yang susah dan miskin di kawasan DUN Sg. Balang. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani),Ust. Hj Abu Bakar b. Mohd Lajat  (YDP PAS Muar),  Tn. Hj. Abu Musa B. Abd. Rahim ( Mantan YDP Muar ) dan Pn. Fatimah Ismail  (Ketua Dewan Muslimat PAS Muar.)


Tn Hj Aminolhuda diapit oleh Ustaz Abu Bakar dan Sdr Malik


Tetamu dan penerima bantuan


Lagi tetamu dan penerima sumbangan


Tuan Hj Aminolhuda menyampaikan sumbangan


Sdr Malik menyampaikan sumbangan
 





Sumbangan oleh Puan Fatimah




Van Pusat Aduan Rakyat DUN Sg Balang bersedia berkhidmat

0