MAJLIS MESRA RAKYAT ADUN MAHARANI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2010
Posted in: tahun baru cina 2010 YB Dr. Mohammad Taslim dan AJK DUN Maharani bersama Lujnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Muar lebih awal telah mengadakan majlis mesra rakyat bersama masyarakat Cina sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 14 Februari 2010. Majlis ini diadakan pada hari Rabu, 27 Januari 2010 jam 6.00 petang di Kedai Makan Jia Fa Taman Aman, Parit Bakar, Jalan Abdul Rahman, Muar.
Lebih kurang 70 orang Cina yang memerlukan bantuan dan ibu tunggal telah dijemput ke majlis tersebut. Mereka dijamukan makanan dan diberi hamper serta wang saguhati. YB Dr. Mohammad juga telah memberikan sumbangan wang kepada 3 orang pelajar Cina yang mendapat 8A, 6A dan 3A dalam Peperiksaan PMR 2009 yang tinggal di Taman tersebut.
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Sdr. Vincent Lee , Ketua Penyelaras Dewan Himpunan Penyokong PAS Malaysia. Dalam ucapannya, beliau menerangkan dengan terperinci isu-isu semasa yang melibatkan masyarakat bukan Islam kepada para hadirin. Menurut beliau terdapat ratusan cawangan Dewan Himpunan Penyokong PAS/ Kelab Penyokong PAS di seluruh negara dengan keahlian melebihi 50,000 orang di seluruh Malaysia.Beliau juga menerangkan bagaimana Kerajaan PAS Kelantan berjaya mentadbir negeri dengan adil kepada semua kaum.Rakyat bukan Islam selesa tinggal di Kelantan.Mereka juga terkejut apabila diberitahu bahawa patung Buddha yang terbesar di Asia Tenggara (dalam keadaan duduk,baring atau berdiri) terdapat di Kelantan.Pada sebelah malamnya beliau akan berceramah bersama YB Salahuddin Ayub di Markas PAS Jeram Tepi,Bakri.
Penerima sumbangan bergambar YB Dr Mohammad,
Sdr Vincent Lee,Us Abu Bakar,Sdr A. Bakar Ismail
Lagi penerima bantuan
YB Dr Mohammad sedang berucap
Tetamu dan penerima sumbangan menjamu selera
Tetamu dan VIP yang hadir tekun mendengar amanat Dr mohammad
Pemimpin PAS bersama tetamu
Sdr Vincent Lee memberi penerangan
Pelajar cemerlang PMR bersama YB Dr Mohammad dan Sdr Vincent Lee
Gembira menerima sumbangan
Sdr Vincent Lee menyampaikan hamper
YDP PAS Muar Us Abu Bakar menyampaikan hamper
Ang Pow untuk Tahun Baru
Kami perihatin
Pemimpin PAS menghargai kehadiran Sdr Vincent Lee
Terima kasih para wartawan yang membuat liputan.
Berita program ini disiarkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau,
Sin Chew Daily dan China Press pada hari Jumaat 29 Januaru 2010
MAJLIS MESRA RAKYAT DUN MAHARANI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2010
Posted in: tahun baru cina 2010SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2010
DR MOHAMMAD TASLIM,ADUN MAHARANI,
DAN AHLI JAWATANKUASA DUN MAHARANI
SERTA AHLI-AHLI PAS KAWASAN MUAR
MENGUCAPKAN 'GONG XI FA CAI'
KEPADA RAKAN-RAKAN KAUM TIONGHUA
DR MOHAMMAD TASLIM,ADUN MAHARANI,
DAN AHLI JAWATANKUASA DUN MAHARANI
SERTA AHLI-AHLI PAS KAWASAN MUAR
MENGUCAPKAN 'GONG XI FA CAI'
KEPADA RAKAN-RAKAN KAUM TIONGHUA
Tetamu Khas : Sdr Vincent Lee,Ketua Penyelaras Dewan Himpunan Penyokong PAS
bersama Dr Mohammad Taslim , ADUN Maharani
Taman Aman,Parit Bakar,
Jalan Abdul Rahman,Muar
Tempat:
Kedai Makan Jia Fa Taman Aman,Parit Bakar,
Jalan Abdul Rahman,Muar
Program:
6.00 petang : Majlis ramah mesra dan dialog
Penyampaian sumbangan kepada masyarakat Cina
dan pelajar cemerlang PMR 2009
Jamuan
Semua dipersilakan hadir
PERASMIAN PUSAT ADUAN RAKYAT DUN SG BALANG & BANTUAN PERSEKOLAHAN
Posted in: PAR Sg Balang Pada hari Ahad 24 Januari 2010, PAS Kawasan Muar secara rasminya telah membuka pejabat Pusat Aduan Rakyat (PAR) DUN Sungai Balang (dalam Parlimen Muar) bertempat di:
D/A PASTI ATTAUFIQIAH SUNGAI PULAI,
84160,PARIT JAWA MUAR. JOHOR
84160,PARIT JAWA MUAR. JOHOR
NO. TEL : 06 9881710 / FAX : 06 9883276
H/P : 019 9109376 - MALIK / 013 6167808 - ABU
Masa beroperasi : 9.30 pagi hingga 5.30 petang dan
9.00 malam hingga 12.00 malam
Masa beroperasi : 9.30 pagi hingga 5.30 petang dan
9.00 malam hingga 12.00 malam
Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor , Tn. Hj. Aminolhuda b Hj. Hassan jam 10.00 pagi.Dengan ini PAS Kawasan Muar mempunyai sebuah Pusat Aduan Rakyat di DUN Sg Balang di samping Pusat Khidmat ADUN Maharani di Pekan Parit Bakar.
Walaupun pejabat ini baru dirasmikan tetapi Pusat ini telah beroperasi beberapa bulan yang lalu dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.Ini adalah kesinambungan gerakkerja Majlis Tindakan DUN (MTD) Sg Balang yang berkhidmat kepada masyarakat sepanjang masa sebelum dan selepas pilihanraya.Pengarah Pusat PAR , Sdr. Malik b. Mohamed Diah yang juga memegang jawatan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Muar dan bekas calon PAS DUN Sg Balang memberitahu, AJK ini telah mengadakan beberapa aktiviti kemasyarakatan. Antaranya melawat ke kampong-kampong untuk mengenal pasti mereka yang susah dan miskin, memberi bantuan kepada yang mendapat musibah dan sebagainya. Pusat ini juga mempunyai sebuah Van untuk kegunaan masyarakat.
Matlamat Pusat PAR :-Walaupun pejabat ini baru dirasmikan tetapi Pusat ini telah beroperasi beberapa bulan yang lalu dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.Ini adalah kesinambungan gerakkerja Majlis Tindakan DUN (MTD) Sg Balang yang berkhidmat kepada masyarakat sepanjang masa sebelum dan selepas pilihanraya.Pengarah Pusat PAR , Sdr. Malik b. Mohamed Diah yang juga memegang jawatan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Muar dan bekas calon PAS DUN Sg Balang memberitahu, AJK ini telah mengadakan beberapa aktiviti kemasyarakatan. Antaranya melawat ke kampong-kampong untuk mengenal pasti mereka yang susah dan miskin, memberi bantuan kepada yang mendapat musibah dan sebagainya. Pusat ini juga mempunyai sebuah Van untuk kegunaan masyarakat.
* MENJADI ALTERNATIF PUSAT KOMUNITI MASYARAKAT MENYALURKAN SEGALA
PENGADUAN DALAM BENTUK INDIVIDU / UMUM
* MENAWARKAN KHIDMAT KEPADA RAKYAT DALAM MENGHADAPI, MENGATASI ATAU
MENYALURKAN SEGALA PERMASAALAHAN INDIVIDU / KELUARGA
* MENAWARKAN KHIDMAT BAGI MENGATASI PERMASAALAHAN YANG MELIBATKAN
KOMUNITI MASYARAKAT UNTUK DISALURKAN KEPADA PIHAK TERTENTU AGAR
DIAMBIL PERHATIAN DAN TINDAKAN.
Fungsi Pusat PAR :-
* MENERIMA SEMUA JENIS ADUAN RAKYAT
*MENJADI PUSAT MAKLUMAT MENGENAI JABATAN DAN AGENSI-AGENSI KERAJAAN
*MENJADI PUSAT MAKLUMAT MENGENAI SYARIKAT-SYARIKAT SWASTA, BADAN
BERKANUN, NGO DAN PERSATUAN
*MENYALURKAN MAKLUMAT ATAU PERMOHONAN KEPADA PIHAK BERKENAAN
*MENGENALPASTI PERMASAALAHAN RAKYAT TERUTAMA BAGI MEREKA YANG
KURANG ARIF DALAM BIDANG TERTENTU
*MENCARI DAN MENYALURKAN DANA KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN
BANTUAN SEGERA
*MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN
*MENYEDIAKAN PASUKAN KHIDMAT SOSIAL SEPERTI SOLAT HAJAT DAN DOA
SELAMAT KEPADA KELUARGA YANG DITIMPA MUSIBAH
*MENYEDIAKAN KHIDMAT NASIHAT DAN PERUNDING CARA DALAM HAL-HAL
TERTENTU
Aktiviti yang berteraskan kebajikan kepada masyarakat di DUN Sg. Balang khususnya telah berjalan sepanjang masa. Kewujudan Pusat ini adalah sebagai usaha penambahbaikan bagi memperkasa aktiviti kebajikan, perkhidmatan dan pembelaan kepada masyarakat. Melalui pejabat operasi yang diketuai seorang Penyelia DUN ia akan memberi alternatif kepada rakyat untuk menyalurkan segala aduan serta mendapat pembelaan yang sewajarnya
Pada majlis itu juga, pihak MTD Sg Balang dengan kerjsama Dewan Muslimat PAS Kawasan Muar telah memberikan sumbangan persekolahan kepada 85 pelajar yang susah dan miskin di kawasan DUN Sg. Balang. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani),Ust. Hj Abu Bakar b. Mohd Lajat (YDP PAS Muar), Tn. Hj. Abu Musa B. Abd. Rahim ( Mantan YDP Muar ) dan Pn. Fatimah Ismail (Ketua Dewan Muslimat PAS Muar.) Tn Hj Aminolhuda diapit oleh Ustaz Abu Bakar dan Sdr Malik
Tetamu dan penerima bantuan
Lagi tetamu dan penerima sumbangan
Tuan Hj Aminolhuda menyampaikan sumbangan
Sdr Malik menyampaikan sumbangan
Sumbangan oleh Puan Fatimah
Van Pusat Aduan Rakyat DUN Sg Balang bersedia berkhidmat
OUR NEW KING : SULTAN iBRAHIM JOHOR
Posted in: SULTAN IBRAHIM JOHORMonday January 25, 2010
Sultan Ibrahim has the right qualities to lead Johor, says friend
By NELSON BENJAMIN
nelson@thestar.com.my
JOHOR BARU: The new Sultan of Johor Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar is regarded as a caring person who will ensure no one is left out in the development of the state.
Seen as a jack-of-all-trades, his close friend Ungku Mokhsin Ungku Mohamed said Sultan Ibrahim, 51, had numerous business-savvy ideas to boost progress here.
Outreach convoy: Sultan Ibrahim leading off a
KMJ convoy in Johor Baru on April 26, 2004 when he was still the Tunku Mahkota. Riding as passenger is Johor Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.
Mokhsin, who was a former schoolmate at English College, now known as Maktab Sultan Abu Bakar, described the new Sultan as a person who cared about the people, including orang asli.“He really takes a keen interest in the people’s well-being,” he said when contacted.
Sultan Ibrahim was appointed Johor’s Ruler following the passing of his father Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail on Friday.
He was proclaimed the new Ruler in accordance with the Johor State Constitution 1895.
Mokhsin, a businessman, said that Sultan Ibrahim had reached out to countless people through his Kembara Mahkota Johor (KMJ) programme, which has been running for years.
He also said that Sultan Ibrahim was a family man who enjoyed spending time with his loved ones.
“He really adores his wife and children,” said Mokhsin.
All his six children were well-mannered and mingled well with the people, he said, adding that his eldest son, Tunku Ismail Idris, who is the Raja Muda, received his military education at the Indian Military Academy in India.
Asked about his business ventures, Mokhsin quipped: “Almost anything that he touches seem to turn into gold.”
He also said that Sultan Ibrahim loved cars and was fond of animals like his father.
Born in 1958 in Johor Baru, Sultan Ibrahim was appointed Tunku Mahkota of Johor on July 4, 1981.
He was the Regent between 1984 and 1989 when Sultan Iskandar served his term as the eighth Yang di-Pertuan Agong.
He studied at SK Temenggong Abdul Rahman before leaving for Trinity Grammar School in Australia in 1968. In 1970, he continued his studies at Maktab Sultan Abu Bakar.
He also obtained his religious education from Sekolah Agama Bukit Zaharah and Sekolah Agama Air Molek.
After completing his secondary education, Sultan Ibrahim underwent basic military training at Pusat Latihan Darat in Kota Tinggi for three months.
He also received military training in the United States at Fort Benning, Georgia, and later at Fort Bragg, North Carolina.
He was appointed deputy commander of the Johor Military Force upon completing his military training overseas.
OUR NEW SULTAN : SULTAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL. DAULAT TUANKU !
Posted in: SULTAN JOHORPublished: Saturday January 23, 2010 MYT 11:08:00 AM
Updated: Saturday January 23, 2010 MYT 5:14:24 PM
Tunku Ibrahim Ismail proclaimed new Johor Sultan (Update)
JOHOR BARU: Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar was on Saturday proclaimed as the new Sultan of Johor.
The proclamation, made in accordance with the Johor State Constitution 1895, was officially announced by Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman at Istana Besar Johor Baru at 10.21am on Saturday.
“In keeping with the Johor State Constitution 1895, the Sultan’s heir, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar, is hereby proclaimed as the King and Sultan under the same law,” Abdul Ghani said.
Soon after the proclamation, Tunku Ibrahim Ismail, 51, took his oath as the Sultan of Johor and pledged to rule with fairness, justice and compassion.
Donning a white Baju Melayu, the new ruler also pledged to respect and protect Islam and Malay customs and to be steadfast in upholding the Johor State Constitution 1895 as well as the laws of the state of Johor.
The oath-taking ceremony was witnessed by Sultanah Zanariah, his wife Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah and all of his children and siblings.
Also present were Johor Religious Council advisor Datuk Nooh Gadot, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad and state executive council members.
The proclamation was following the death of his father, the Sultan of Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, at Puteri Specialist Hospital here at 7.15pm on Friday.
The proclamation took place just hours before the late Sultan Iskandar’s remains were buried at the Bukit Mahmoodiah Royal Mausoleum here.
At 1.36pm, the official announcement of the new Sultan of Johor at the steps of Istana Besar was made.
Tunku Ibrahim received three shouts of Daulat Tuanku to mark his appointment as the next sultan.
On Friday, Tunku Ibrahim Ismail was appointed the Regent of Johor when the Sultan of Johor was admitted to the hospital due to illness.
Tunku Ibrahim Ismail and Raja Zarith Sofiah, who were married in 1982, have five children - Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar, Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman and Tunku Iman.
Tunku Ibrahim Ismail was proclaimed crown prince of Johor on July 3, 1981.
He was also appointed the Regent on April 25, 1984 when Sultan Iskandar was elected the eighth Yang di-Pertuan Agong by his brother rulers.
Tunku Ibrahim Ismail, who was born on Nov 22, 1958 at the Sultanah Aminah Hospital in Johor Baru, is the eldest of 10 siblings and had his early education at the Sekolah Temenggong Abdul Rahman Satu, Johor.
His father then sent him to the Trinity Grammar School in Australia where he studied from 1968 to 1970 before continuing his secondary education at the Sultan Abu Bakar College.
Tunku Ibrahim Ismail received his religious education at the Sekolah Agama Bukit Zaharah and Sekolah Agama Air Molek in Johor Baru.
After completing his secondary education, he was sent to the army training centre in Kota Tinggi where he received basic military training for three months.
He was also sent to Fort Bening, Georgia, in the United States to acquire more military knowledge. He also attended military training in Fort Bragg in the US.
On his return to Malaysia, Tunku Ibrahim Ismail was appointed the deputy commander of the Johor Military Force.
He also attended helicopter training at the Kluang military base where he earned his wings. He also attended a two-month training stint with the Royal Malaysian Navy.
Tunku Ibrahim Ismail is a keen sportsman, excelling in polo which has taken him to international competitions abroad, such as Singapore, the Philippines and Brunei.
He is also a tennis player, windsurfer, and a shooting and motoring enthusiast. - Bernama
SULTAN JOHOR DIMASHURKAN
Posted in:Sultan Johor, Tunku Ibrahim Ismail mengesat air mata selepas dimashurkan sebagai Sultan Johor di Istana Besar pada jam 10.21 pagi tadi. Pengisytiharan itu dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Sejurus itu, Tunku Ibrahim Ismail mengangkat sumpah sebagai Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya. Baginda mengaku akan memerintah dengan adil dan saksama serta bertimbang rasa kepada rakyat.
Saturday, January 23, 2010 Pelbagai Peringkat Ziarah Jenazah Almarhum Sultan Iskandar
JOHOR BAHARU: Kerabat diraja, orang kenamaan dan rakyat daripada segenap lapisan masyarakat membanjiri pekarangan Istana Besar di sini, hari ini untuk menziarahi jenazah Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat semalam.Jenazah Sultan Iskandar Selamat Disemadikan
JOHOR BARU: Jenazah Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail selamat disemadikan di sebelah makam ayahanda baginda dalam satu istiadat pemakaman diraja di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini hari ini.Sumber : mstar online 23 Januari 2010
SULTAN JOHOR MANGKAT
Posted in: SULTAN JOHOR MANGKAT22 Januari, 2010 23:42 PM
Sultan Johor Mangkat
JOHOR BAHARU, 22 Jan (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat pada Jumaat malam selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.
Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.
Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.
Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.
Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
Petang ini, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.
Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.
Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden Almarhum Sultan Abu Bakar.
Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Baharu, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.
Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.
Nama Almarhum terpahat pada sekolah, acara sukan seperti Kejohanan Golf Terbuka Iskandar dan juga koridor pembangunan selatan Johor iaitu Iskandar Malaysia.
Abdul Ghani turut ditanya pemberita tentang punca kemangkatan baginda, tetapi enggan menjelaskan lebih lanjut.
"Semoga dicucuri rahmat yang berlebih-lebihan ke atas roh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan itu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Abdul Latif Yusof dan Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli.
Turut berada pada sidang media itu ialah Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.
Menteri Besar berkata, perangkatan jenazah baginda Sultan Johor ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah akan bermula pada 1.30 petang hari ini.
Rakyat Johor menurut beliau, boleh menziarah jenazah baginda di Istana Besar mulai 9 pagi hari ini, manakala tempoh ziarah bagi orang kenamaan dijadualkan bermula pada 11 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Sementara itu dalam sidang medianya, beliau turut meminta rakyat dan penduduk negeri ini supaya berkabung mulai hari ini sehingga pemakaman jenazah Almarhum Duli Yang Maha Mulia selama tujuh hari.
Manakala bagi kerabat-kerabat diraja pula katanya, tempoh perkabungan adalah selama 40 hari mulai hari ini.
Abdul Ghani berkata, bendera negeri dinaikkan separuh tiang mulai malam semalam selama tujuh hari dan membatalkan segala bentuk hiburan dan permainan sepanjang hari pemakaman baginda.
Beliau juga mengarahkan semua masjid dan surau negeri ini supaya mengadakan majlis bacaan tahlil dan doa ke atas roh baginda selepas fardu Maghrib selama tujuh hari mulai hari ini.
Sementara itu, jenazah almarhum Sultan Iskandar kelihatan dibawa ke Istana Besar pada 11.22 malam.
Van jenazah yang membawa jenazah baginda dilihat meninggalkan Hospital Pakar Puteri sambil diiringi berpuluh buah motosikal pengiring trafik, kenderaan kerabat diraja Johor, anggota-anggota exco kerajaan negeri Johor dan Timbalan Setia Negeri Johor (JMF).
Perkarangan hospital tersebut dikawal ketat oleh anggota polis, JMF dan juga Rela berikutan kehadiran ramai petugas media termasuk dari Singapura dan juga rakyat jelata.
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah merupakan yang terawal menziarahi almarhum.
Turut melawat almarhum adalah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Datuk Halimah Sadique, dan Ketua Eksekutif Johor Corporation Tan Sri Muhammad Ali Hashim.
-- BERNAMA

YB Gwee dan YB Dr Mohammad di majlis pengkebumian Almarhum Sultan Iskandar
ALFATIHAH : SULTAN JOHOR MANGKAT
Posted in:Sultan Johor mangkat
JENAZAH Sultan Iskandar dibawa ke Istana Besar dari Hospital Pakar Puteri, semalam. |
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.
Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.
Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.
Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.
Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.
Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi.
Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.
Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja.
Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.
Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.
"Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya.
Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.
"Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya.
Sumber: beritaharianonline 23 Jan. 2010
SURAU DI MUAR DIBAKAR
Posted in: surau terbakar
Surau Pula Jadi Sasaran Serangan
Terbaru surau Silaturrahim Jln Ismail dan surau Pt. Beting Jln. Salleh, Muar JOHOR jadi mangsa. Surau Silaturahim di Jalan Ismail mengalami kebakaran pada langsir dan cermin manakala Surau Parit Beting pula mengalami kebakaran di ruang solat wanita, permaidani dan pintu.
“Ada tanda hitam pada pintu,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Lee Choon Guan di surau Parit Beting.
Tetapi pihak polis mengambil langkah berhati-hati dalam mengesahkan sama ada dua kejadian terbaru ini juga ada kaitan dengan isu kontroversi kalimah “Allah”.
“Pasukan forensik saya ada menemui kesan-kesan minyak, yang kemungkinan dibawa dari luar,” kata beliau.
Terdahulu Ketua Polis Daerah Muar, Mohammed Nasir Ramli enggan mengesahkan sama ada insiden ini adalah akibat tindakan khianat.
YB Gwee Adun Bentayan, bersama YB Dr. Sheikh Ibrahim Adun Sg. Abong, YB Dr. Mohammad Taslim Adun Maharani dan beberapa jawatankuasa dari DAP dan PAS telah melawat di tempat kejadian tersebut pada tengahari tadi. Semasa lawatan, pihak dari ke tiga-tiga dun telah memberi sumbangan untuk membaiki kerosakan.
Jawatankuasa surau memberitahu kemungkinan kebakaran dilakukan pada waktu pagi sekitar 2.00pagi hingga 4.00.pagi. Jawatankuasa surau ini mengucapkan terima kasih diatas kunjungan dari YB dan bersyukur kerana surau ini masih boleh digunakan untuk solat.Jawatankkuasa surau merasa kecewa kerana ada manusia yang sanggup melakukan perbuatan keji ini terutama di tempat ibadat.
Pn. Rukamah Samon yang datang ke surau Parit Beting jam 11.00pagi merasa terkejut bila tempat beliau mengajar mengaji kepada kanak-kanak telah terbakar dan tingkap cermin pechah. Beliau terus melaporkan perkara tersebut kepada Pengerusi surau. Pihak polis turut hadir di tempat kejadian dan sedang membuat siasatan.
Sejak 8 Januari lalu, beberapa tempat ibadat- sebahagian besarnya gereja – menjadi sasaran serangan bom api dan perbuatan vandalisme.
Ianya dipercayai ekoran keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang mengetepikan larangan kerajaan ke atas bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan bagi perkataan ‘God’.
Ekoran itu, mahkamah berkenaan memutuskan bahawa mingguan Katholik, Herald, boleh menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Malaysianya.
Bagaimanapun, keputusan itu ditangguhkan sementara menunggu selesai rayuan oleh kerajaaan terhadapnya.
Sumber : sabahdaily.com
Read More
Oleh: admin | 22 January, 2010 | Posted in berita | 16 Comments
Nampaknya serangan demi serangan ke atas rumah ibadat berlaku di negara ini. Dan polis kelihatan belum berjaya membendungnya.Terbaru surau Silaturrahim Jln Ismail dan surau Pt. Beting Jln. Salleh, Muar JOHOR jadi mangsa. Surau Silaturahim di Jalan Ismail mengalami kebakaran pada langsir dan cermin manakala Surau Parit Beting pula mengalami kebakaran di ruang solat wanita, permaidani dan pintu.
“Ada tanda hitam pada pintu,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Lee Choon Guan di surau Parit Beting.
Tetapi pihak polis mengambil langkah berhati-hati dalam mengesahkan sama ada dua kejadian terbaru ini juga ada kaitan dengan isu kontroversi kalimah “Allah”.
“Pasukan forensik saya ada menemui kesan-kesan minyak, yang kemungkinan dibawa dari luar,” kata beliau.
Terdahulu Ketua Polis Daerah Muar, Mohammed Nasir Ramli enggan mengesahkan sama ada insiden ini adalah akibat tindakan khianat.
YB Gwee Adun Bentayan, bersama YB Dr. Sheikh Ibrahim Adun Sg. Abong, YB Dr. Mohammad Taslim Adun Maharani dan beberapa jawatankuasa dari DAP dan PAS telah melawat di tempat kejadian tersebut pada tengahari tadi. Semasa lawatan, pihak dari ke tiga-tiga dun telah memberi sumbangan untuk membaiki kerosakan.
Jawatankuasa surau memberitahu kemungkinan kebakaran dilakukan pada waktu pagi sekitar 2.00pagi hingga 4.00.pagi. Jawatankuasa surau ini mengucapkan terima kasih diatas kunjungan dari YB dan bersyukur kerana surau ini masih boleh digunakan untuk solat.Jawatankkuasa surau merasa kecewa kerana ada manusia yang sanggup melakukan perbuatan keji ini terutama di tempat ibadat.
Pn. Rukamah Samon yang datang ke surau Parit Beting jam 11.00pagi merasa terkejut bila tempat beliau mengajar mengaji kepada kanak-kanak telah terbakar dan tingkap cermin pechah. Beliau terus melaporkan perkara tersebut kepada Pengerusi surau. Pihak polis turut hadir di tempat kejadian dan sedang membuat siasatan.
Sejak 8 Januari lalu, beberapa tempat ibadat- sebahagian besarnya gereja – menjadi sasaran serangan bom api dan perbuatan vandalisme.
Ianya dipercayai ekoran keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang mengetepikan larangan kerajaan ke atas bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan bagi perkataan ‘God’.
Ekoran itu, mahkamah berkenaan memutuskan bahawa mingguan Katholik, Herald, boleh menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Malaysianya.
Bagaimanapun, keputusan itu ditangguhkan sementara menunggu selesai rayuan oleh kerajaaan terhadapnya.
Sumber : sabahdaily.com
KEBAKARAN 2 BUAH SURAU DI MUAR - ADUN PAKATAN RAKYAT BERTINDAK
Posted in: surau terbakar
SURAU DI MUAR DIBAKAR
YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani) datang melawat
dan sembahyang berjemaah di surau taman beting
_________________________________________________________________________________
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
lihat blog ini: http://pulakdah.blogspot.com/2010/01/dap-pas-beri-sumbangan-surau-terbakar.html
_________________________________________________________________________________
Read More
By: Maharani
Hari ini, Khamis 21 Januari 2010 , rakyat Muar khususnya dikejutkan dengan peristiwa kebakaran di dua buah surau dalam Kawasan DUN Bentayan dalam Daerah Muar.Surau yang terbakar ialah Surau Silaturrahim Jalan Ismail,Muar (dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani Muar dan Medan Ikan Bakar Sabak Awor) dan Surau Pt. Beting Jalan Salleh,Muar (bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak Muar).
Ketiga-tiga ADUN Pakatan Rakyat,YB Dr. Mohammad Taslim (Maharani) , YB Gwee Tong Hiang (Bentayan), YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (Sungai Abong) dan beberapa orang ahli jawatankuasa daripada PAS dan DAP telah bersama-sama bergegas melawat di tempat kejadian tersebut pada tengahari tadi. Mereka adalah wakil rakyat yang terawal sampai di tempat kejadian.
Dalam lawatan tersebut mereka melahirkan rasa terkejut dan simpati di atas kejadian yang tidak disangka.Mereka mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka yang tidak bertanggung jawab yang bertujuan merosakkan perpaduan rakyat.Mereka juga memberi sumbangan segera untuk membantu jawatankuasa surau tersebut membaiki kerosakan.Pengerusi Jawatankuasa surau tersebut mengucapkan terima kasih di atas sumbangan segera dan keperhatinan ADUN Maharani, Bentayan dan Sungai Abong ketika mereka ditimpa musibah.

Seorang ahli jawatankuasa Surau Silaturrahim Jalan Ismail memberitahu kemungkinan kebakaran berlaku pada waktu pagi sekitar 2.00pagi hingga 4.00.pagi setelah disedari oleh pengunjung Medan Ikan Bakar di Sabak Awor tidak jauh dari tempat kejadian.. Kerosakan berlaku dengan langsir surau terbakar dan dinding surau hangus.Jawatankkuasa surau merasa kecewa kerana ada manusia yang sanggup melakukan perbuatan khianat ini terutama di tempat ibadat.
Di Surau Parit Beting, Pn. Rukamah Samon ,Guru Quran di surau tersebut , terkejut apabila beliau datang ke surau jam 11.00 pagi mendapati permaidani dan pintu masuk ke bilik surau tersebut hangus terbakar.Tingkap cermin bilik tersebut juga pecah.Beliau terus melaporkan perkara tersebut kepada Pengerusi Surau. Pihak polis telah dihubungi dan menyiasat di tempat kejadian.

Surau Silaturrahim,Jalan Ismail, Muar
Bahagian beranda/anjuang Surau Silaturrahim yang terbakar
Bekas petrol dan kesan kebakaran
YB Dr Mohammad,YB Gwee dan YB Dr Sheikh Ibrahim diberi penerangan oleh
Pengerusi Surau, Tn Hj. Sihat b. Atan
YB Gwee menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Surau
YB Dr Mohammad menghulurkan sumbangan
kepada Pengerusi Surau Silaturrahim
Surau Parit Beting, Jalan Salleh
Keadaan di Surau Pt Beting selepas kejadian
Pandangan sisi surau
Pintu masuk surau terbakar
Pintu masuk surau dan karpet hangus terbakar
Close up kerosakan
Pintu bahagian dalam surau juga hangus
Tingkap surau pecah dibaling objek keras
Cermin tingkap bertaburan dalam surau
Keadaan dalam bilik surau
Pn. Rukamah Bte Samon,guru alQuran Surau Pt Beting
YB Dr. Mohammad menghulurkan sambangan kepada
Pengerusi Surau Pt Beting, En. Isnin b. Othman
Pengerusi Surau Pt Beting, En. Isnin b. Othman
YB Gwee ADUN Bentayan turut menghulurkan sumbangan
kepada Pengerusi Surau Pt Beting
Bomba turut memantau keadaan di surau
DALAM KEADAAN SUSAH ATAU SENANG ADUN PAKATAN RAKYAT SENTIASA
BERPADU TENAGA BERSAMA RAKYAT
BUKTI KAMI TIGA SERANGKAI ADUN MAHARANI,BENTAYAN DAN SUNGAI ABONG
DAPAT BEKERJASAMA DEMI KEPENTINGAN RAKYAT YANG KAMI WAKILI
__________________________________________________________________________________
Di bawah ini sumber daripada : carigold.com
Surau Parit Beting Muar
YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani) datang melawat
dan sembahyang berjemaah di surau taman beting
_________________________________________________________________________________
Quote: |
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
lihat blog ini: http://pulakdah.blogspot.com/2010/01/dap-pas-beri-sumbangan-surau-terbakar.html
_________________________________________________________________________________
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2010
(259)
-
▼
Januari
(31)
- MAJLIS MESRA RAKYAT ADUN MAHARANI SEMPENA TAHUN BA...
- GOD IS GOD TO BOTH ISLAM AND CHRISTIAN
- MAJLIS MESRA RAKYAT DUN MAHARANI SEMPENA TAHUN BAR...
- PERASMIAN PUSAT ADUAN RAKYAT DUN SG BALANG & BA...
- OUR NEW KING : SULTAN iBRAHIM JOHOR
- OUR NEW SULTAN : SULTAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL. DAUL...
- SULTAN JOHOR DIMASHURKAN
- SULTAN JOHOR MANGKAT
- ALFATIHAH : SULTAN JOHOR MANGKAT
- SURAU DI MUAR DIBAKAR
- KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT TENTANG PEMBAKARA...
- KEBAKARAN 2 BUAH SURAU DI MUAR - ADUN PAKATAN RAK...
- ARSON SUSPECTED IN TWO MUAR SURAU FIRE
- PINDAAN TERHADAP PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-...
- WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR : PINDAAN UNDANG-UNDAN...
- DR MAHATHIR : KONTROVERSI KALIMAH 'ALLAH'
- NAZRI : BUKAN ISLAM BOLEH GUNA KALIMAH 'ALLAH' di...
- PENGHAKIMAN 'KALIMAH ;ALLAH'
- MELAKA/PAHANG : PERKATAAN LARANGAN
- JAKIM : KALIMAH ALLAH
- JAIS : 25 KALIMAH LARANGAN
- PERUNTUKAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG
- PINDAAN PERLEMBAGAAN JOHOR -erapakatan
- JOHOR PINDA PERLEMBAGAAN 1895 - ADUN MAHARANI
- NIK AZIZ KUNJUNGI GEREJA
- JOHOR BAKAL MUFLIS ??
- TIADA GERAN TANAH HAK MILIK KEKAL DI JOHOR
- PENGGUNAAN KALIMAH 'ALLAH' MENGIKUT PRINSIP ASAS I...
- KALIMAH 'ALLAH' - PANDANGAN PAKATAN RAKYAT
- KALIMAH 'ALLAH' - PENDIRIAN PAS
- CERAMAH ADUN MAHARANI BERSAMA USTAZ KAMAL ASHARI D...
-
▼
Januari
(31)