ADUN MAHARANI TARAWIKH BERSAMA MASYARAKAT


PROGRAM YASIN MALAM JUMAAT DI SURAU, SOLAT JUMAAT DI MASJID DALAM DUN MAHARANI DAN TARAWIKH DI SURAU DAN MASJID merupakan program rutin yang dilakukan oleh YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, bersama-sama Pegawai Khas beliau, Sdr Hamidun Omar dan AJK DUN Maharani  dan ahli-ahli PAS. Inilah peluang terbaik untuk YB mendekati rakyat, memahami masalah dan harapan mereka serta membantu menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi.Sambutan sungguh baik dan masyarakat dapat manafaat daripada aktiviti YB turun npadang ini.
Sebagai seorang doktor sudah menjadi kebiasaan beliau sebelum menjadi YB pun sudah  memberi rawatan percuma kepada penduduk setempat.
 Seperti tahun-tahun yang lepas, sempena bulan Ramadhan al Mubarak YB Dr. Mohammad  Taslim telah mengatur jadualnya untuk bertarawikh bersama masyarakat dalam DUN Maharani.Beliau sentiasa diiringi oleh Sdr Hamidun dan sahabat-sahabat yang lain. Hampir setiap malam mereka bergilir bertarawikh di surau /masjid yang berlainan.

Selepas tarawikh  biasanya adalah juadah (moreh) yang disediakan oleh jamaah surau masjid sebelum sebahagian mereka bertadarus.
Baru-baru ini dalam ziarah tarawikh di Surau Al-Mahdi Jalan Junid Muar , majlis tahlil arwah dan  doa selamat  untuk seorang ahli surau yang akan menunaikan umrah telah dijalankan selepas tarawikh.


YB. bertarawikh di Surau Al-Mahdi, Jalan Joned, Muar

Tahlil dan doa selamat selepas tarawikh.

Ahli qariah surau khusyuk bertahlil.


Amiin....moga Allah kabulkan doa kami.

Menjamu selera..moreh.



Sekarang telah masuk tarawikh 10 malam terakhir. Biasanya YB sebok menunaikan  jemputan daripada surau dan masjid  untuk  Majlis Khatam Al-Quran . Semoga amal kita yang sedikit ini diterima Allah, Amiin.

0