KUNJUNGAN HORMAT ADUN MAHARANI DAN BENTAYAN KE MAJLIS PERBANDARAN MUAR



 Bangunan MPM tersegam indah di tepi Sungai Muar.

Pagi ini, Rabu 10 Ogos 2011, ADUN  Maharani  YB Dr Mohammad Taslim dan ADUN Bentayan YB Gwee Tong Hiang, berpeluang untuk membuat kunjungan hormat ke Majlis Perbandaran Muar sempena perlantikan baru YDP MPM dan Setiausaha MPM. Mereka diiringi oleh Pegawai Khas masing-masing, Sdr Hamidun Omar (Maharani) dan Cik Norasyikin (Bentayan).
Pertemuan mesra selama lebih 30 minit  bersama YDP MPM, Tuan HajiZulkiflee bin Abbas, merapatkan hubungan wakil rakyat dan Ketua Jabatan untuk memudahkan urusan menyelesaikan masalah rakyat. Ia membuahkan hasil yang sangat berharga kepada ADUN Pakatan Rakyat kerana mereka tidak dilibatkan dalam aktiviti-aktivit yang melibatkan jabatan kerajaan sedangkan ia penting untuk sama membantu kerajaan menyampaikan maklumat, menyampaikan permasalahan rakyat dan memberi idea yang bernas untuk kepentingan rakyat.Dalam kesempatan ini ADUN sempat bertukar-tukar pandangan dengan YDP MPM
Terima kasih Tuan Haji Zulkiflee di atas sambutan mesra tuan dan kesediaan tuan untuk menyelesaikan masalah rakyat.


YB Dr Mohammad dan YB Gwee bersama Tuan Haji Zulkiflee di pejabatnya.
Menyentuh kebersihan kawasan MPM, YB Dr Mohammad mencadangkan supaya setiap rumah diwajibkan menyediakan tong sampah bertutup yang sesuai. Rakyat diminta bekerjasama menjaga kebersihan di kawasan masing-masing. SWM yang bertanggungjawab mengangkut sampah pula diminta menjalankan tugas dengan sempurna.Satu berita baik daripada YDP kemungkinan masalah ini dapat diselesaikan mulai bulan hadapan apabila pengurusan sisa pepejal ini dijangka akan diambil alih oleh Kerajaan Pusat. Kita tunggu...

YB Gwee menyentuh tentang kebersihan di Tanjung Ketapang yang menimbulkan kemurkaan DYMM Sultan.Tempat tersebut sangat terkenal dengan kehadiran monyet-monyet yang menjadi tarikan pengunjung tempatan dan luar negara. MPM mohon kerjasama pengunjung untuk bekerjasa menjaga kebersihan, membuang sampah di tempatnya dan tidak memberi makan kepada monyet dengan menggunakan plastik.

MPM mempunyai laman sesawangnya sendiri    http://www.mpmuar.gov.my/web/guest/perutusan tetapi YB Dr Mohammad mencadangkan supaya lebih maklumat tentang MPM disediakan supaya ia lebih mesra pelanggan. Senarai Ahli Majlis   contohnya hendaklah disertakan dengan kawasan atau zon yang dipertanggungjawabkan kepada mereka supaya mudah dihubungi rakyat.

Kami dimaklumkan bahawa HARI BERTEMU PELANGGAN MPM ialah setiap hari Khamis di waktu pejabat di Pejabat YDP di tingkat satu Bangunan MPM. Mungkin ramai rakyat tidak mengetahunya kera mengikut rekod MPM  dalam bulan Januari hingga Mac 2011 tiada aduan di hari bertemu pelanggan !

Untuk makluman MPM juga mempunyai e-aduan untuk rakyat membuat aduan. Lihat http://www.mpmuar.gov.my/web/guest/e-aduan

YB Gwee menarik perhatian YDP tentang dua buah iklan digital yang baru dipasan di Padang Nyiru dekat jambatan Sultan Ismail dan di Perhentian Bas Bentayan. Menurut YDP ini projek sumbangan swasta dengan perjanjian akan diserahkan kepada MPM selepas beberapa tahun beroperasi. Ia diakui satu tarikan baru di bandar Muar tetapi YB Dr Mohammad mencadangkan supaya perjanjian ini diteliti semula supaya ia memberi manafaat sebagai sumber pendapatan dan saluran maklumat MPM. Pihak yang mengendalikan hendaklah menyediakan air-time yang secukupnya setiap hari untuk maklumat terkini tentang MPMdan  Jabatan Kerajaan

Di Perhentian Bas Bentayan
 InsyaAllah pertemuan pertama ini akan memudahkan ADUN berurusan dengan MPM. Ini adalah di antara usaha ADUN Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah rakyat melalui Jabatan Kerajaan.

0