MAJLIS BERBUKA PUASA PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG MUAR


Parti Keadilan Rakyat Cabang Muar mengadakan Majlis Berbuka Puasa sempena Program Sumbangan Ramadahan di DUN Sungai Balang Muar pada hari Khamis 18 Ramadhan 1432H. Majlis berbuka puasa di adakan di Restoran Asam Pedas Pak Ya Parit Jawa Muar.
Hampir 200 orang tetamu hadir dengan di serikan dengan kehadiran Dato Chua Jui Ming, Pengerusi PKR Johor, YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, kepimpinan PAS Ustaz Abu Bakar Lajat dan Tn Hj Malik Md Diah serta tuan rumah Sdr Yati Sarpan dan Sdr Hizwan Ahmad. Sdr Ahmad Anwar Asyraf juga hadir.

Pada sebelah siang Sdr Hizwan Ahmad, selaku Pengerusi Keadilan Parlimen Muar dengan diiringi oleh Sdr Yatin Sarpan, Ketua PKR Cabang Muar telah menziarahi lebih 40 orang penerima sumbangan dalam DUN Sungai Balang Muar. Sumbangan  dihantar rumah ke rumah.


 Majlis Berbuka Puasa PKR Muar di Parit Jawa Muar.

Ustaz Abu Bakar Lajat (YDP PAS Muar), Sdr Hizwan Ahmad (Pengerusi
PKR Parlimen Muar) dan YB Dr Mohammad menunggu waktu berbuka.

Ketibaan Dato' Chua Jui Ming (Pengerusi PKR Johor) dan Dato' KC 
disambut oleh YB Dr Mohammad dan Ustaz Abu Bakar.


Mesra... Tuan Haji Malik Md Diah bersama Dato' Chua dan Dato' KC.


Amanat Dato' Chua Jui Ming.



Hidangan berbuka puasa oleh Chef Pak Yahya yang terkenal
dengan Asam Pedas Parit Jawanya.



Berbuka Puasa....YB Dr Mohammad, Sdr Yatin, Dato Chua dan Sdr hizwan.
Ustaz Abu Bakar terlindung.



Sebahagian daripada jemputan sedang berbuka puasa.
Fullhouse........

PPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPKKKKKKKKKKKKKRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR


Program Bubur Lambuk Percuma tajaan PKR Muar diadakan 
di DUN Sungai Balang baru-baru ini.

0