SUMBANGAN HARI RAYA DI SURAU AL-EHSAN PARIT AMAL MUAR




SURAU AL-EHSAN PARIT AMAL JALAN JONED MUAR dengan Pengerusinya Ustaz Hamzah terus berbakti sempena Hari Raya tahun ini. 
Pada petang Rabu 17 Ramadhan 1432H telah diadakan majlis penyampaian sumbangan beras, barangan dapur dan wang tunai RM150.00 seorang kepada 44 orang penerima OKU, fakir miskin dan ibu tunggal. Mereka yang terpilih tinggal di  Kg Parit Amal dan kawasan sekitarnya.
Seorang dermawan di kampung ini telah bermurah hati menyumbangkan wang tunai untuksemua penerima. Sumbangan telah disempurnakan oleh YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani.


YB Dr Mohammad bersama Pengerusi Surau Al-Ehsan, Ustaz Hamzah.

Sebahagian daripada penerima sumbangan.


 Ucapan Perasmian oleh YB Dr Mohammad Taslim.


 Ikhlas daripada kami......
 
 
 Moga dapat meringankan tanggungan untuk menyambut hari raya.
 
 
 
 Gembira  dapat bersama menyambut hari Raya dengan lebih sempurna.
 
Selepas selesai penyampaian sumbangan satu majlis tahlil dan doa selamat telah diadakan diikuti dengan Majlis Berbuka Puasa, Solat Mahgrib, Solat Isyak dan Tarawikh.

0