KEM SEMARAK RAMADHAN KE 11 TAHUN 2O11,MUAR


PEMUDA PAS KAWASAN MUAR sekali lagi menunaikan tanggungjawab mendidik dan berdakwah kepada pelajar-pelajar sekolah sempena Bulan Ramadhan.Ini bermakna sudah 10 tahun program tahunan ini dijalankan dengan sambutan yang semakin bertambah setiap tahun. Menurut Pengarah Kem, Ustaz Yuhanas, permohonan terpaksa dihadkan apabila 170 pelajar telah mendaftar seminggu sebelum program dimulakan.
Tahun ini Kem ini diadakan di tempat baru yang lebih selesa di D'Impian Resort & Traininig di Parit Kasim Jalan Abdul Rahman Muar. Program 3 hari 2 malam ini bermula dari 12 -14 Ramadhan dengan bayaran hanya RM50.00 sahaja.
Kem ini di ketuai oleh Kem Komandan, Sdr Abdul Razak Sulaiman dengan dibantu oleh Penolongnya, Ustaz Khairul Nor Mohamad dan AJKnya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibubapa dan peserta juga semua yang menyumbang untuk menjayakan program ini.
YB Dr Mohammad Taslim , ADUN Maharani, telah diberi penghormatan merasmikan Majlis Penutup Kem pada pagi Ahad, 14 Ramadhan 1432H.

D'Impian Resort & Training Center, satu nama baru dalam
industri ini. D'Impian milik bumiputera sepenuhnya juga terdapat di Pekan
Parit Raja Batu Pahat Johor dan di Shah Alam Selangor

Majlis Penutup dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhidir.

Dari kiri : Sdr Abdul Razak (Kem Komanden), Sdr Faizul Saleh (Ketua Pemuda PAS Muar),
YB Dr Mohammad Taslim, Ustaz Yuhanas Misman (Pengarah Kem) dan Puan Zauyiah (D'Impian).

Ucapan Perasmian Penutup Majlis oleh YB Dr Mohammad Taslim.

Amanat Kem Komanden, Sdr Abdul Razak Sulaiman.

Ikrar peserta....

Peserta-peserta.


Masih mampu bertahan walau ada yang tumbang...

Air mata anak solehah ketika mendengar motivasi dan nasihat daripada
Ahmad Ibrahim, Pelajar Cemerlang SPM Johor 2010 .


YB Dr Mohammad bersama Ahmad Ibrahim Zakaria, Motivator 
juga Pelajar Cemerlang Johor SPM 2010, dan fasilitator dari Darul Quran (JAKIM)

Balik Haji ?...... Ni barang-barang peserta bersedia untuk kembali ke rumah !


Tenaga Muslimat, Nisa' Muar di belakang tabir Kem Semarak Ramadhan 11.
 
 YB Dr Mohammad terpaksa meminta diri selepas perasmian kerana bergegas ke KLIA menyambut kepulangan anaknya dari Universiti Mansoura, Mesir. 
Alhamdulillah, dah selamat sampai. 
Mohd Syakirin bersama ibunya Puan Rubiah di KLIA.

WWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWW

GAMBAR-GAMBAR PENUH  SYAHDU DARIPADA Sdr Ayub Sulaiman:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.235718643133817.54950.100000870496902&type=1




Selamat datang ke Kem Semarak Ramadhan 11 di D'Impian.........
Ustaz Iskandar dan Dr Bahruddin menyingsing seluar membasuh dewan.






 Wah...nasi beriyani disediakan.........sedap hingga tergigit jari !
                                                                            

 Azan berkumandang......
 Solat dengan khusyuk dan berdoa.........
Sujud menyerah diri kepada Allah......

 
 Khusyuk.......
Kesedaran, keinsafan....
 Aktiviti luar yang mencabar
 

 Lepak........ada yang  'syahid ' ?

0