ZIARAH RAMADHAN DI CAWANGAN PAS BANDAR 'A' MUAR


SEPETANG DI CAWANGAN PAS BANDAR 'A' MUAR

Rabu, 17 Ramadhan 1432H. PAS Cawangan Bandar 'A' Muar (dalam DUN Maharani) menganjurkan Program Sumbangan Ramadhan kepada mereka yang memerlukan dalam Cawangannya dan sekitar. Selepas zohor YB Dr Mohammad Taslim dengan diiringi oleh Tuan Haji Selamat Othman (Ketua Cawangan) dan AJKnya menziarahi dan memberi sumbangan kepada mereka yang terlalu uzur dan tidak dapat hadir pada Program yang akan diadakan pada malamnnya di Surau Parit Kadhi.
Inilah di antara amal ibadat bulan Ramadhan yang dilakukan oleh Cawangan-cawangan PAS dalam DUN Maharani khususnya.Kami mensasarkan sekurang-kurangnya 10-20 orang penerima disetiap Cawangan / UPU dalam DUN Maharani. Alhamdulillah dengan dana sumbangan ahli-ahli PAS, penyokong dan dermawan setiap cawangan/UPU nampaknya dapat menyampaikan sumbangan kepada lebih ramai penerima daripada yang dijangkakan.
Menurut Ketua Cawangan PAS Bandar 'A', Tuan Haji Selamat Othman,di Cawangannya  sahaja lebih 40 orang akan menerima bantuan..

Jelas terpancar kegembiraan  di wajah seorang Down's Syndrome
yang menerima sumbangan wang tunai
 
 Simpati dan prihatin.....YB Dr Mohammad bertanya khabar seorang
pesakit buah pinggang yang membuat rawatan PERITONEAL DIALYSIS di rumah.
Kos rawatan ini mencecah RM4,000.00 sebulan.
 Mak Cik ini juga pesakit buah pinggang yang membuat rawatan HAEMODIALISIS
3 kali seminggu. Semoga bantuan kami ini meringankan sedikit kesempitan hidup beliau.
YB Dr Mohammad bersama Tuan Haji Selamat.

 Seorang lagi penerima bantuan juga pesakit buah pinggang 
yang sedang menerima rawatan Haemodialisis. Beliau redha  
walaupun penglihatanya terjejas teruk.
 Seorang lagi penerima , seorang OKU.
Inilah di antara aktiviti kami membantu masyarakat sepanjang masa, bukan di bulan ramadhan sahaja sebagai bukti kami PAS MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN. Jika diberi peluang menerajui negara insyaAllah lebih banyak bantuan yang dapat kami salurkan.

0