GOTONG ROYONG RAMADHAN DUN MAHARANI


MAMPIR RAMADHAN BERSAMA ADUN MAHARANI

Ramadhan bulan rahmat, pengampunan dan menghindar daripada api neraka. Selayaknyalah umat Islam menambah amal mudah-mudahan dipertemukan dengan malam lailatil qadar
Sebagai tanggungjawab sosial dan membangun negara berkebajikan PAS Kawasan Muar terus berbakti kepada rakyat sepanjkang masa untuk mendapat keredaan Allah.
Tahun ini dengan peruntukan daripada PAS Kawasan Muar, penderma dan penyumbang , ADUN Maharani dan AJK Majlis Tindakan DUN Maharani serta ahli-ahlinya menyediakan program kebajikan sepanjang bulan Ramadhan. Dijangkan hampir 200 buah rumah fakir miskin , ibu tunggal, pesakit kronik, OKU dan mereka yang layak akan diziarahi sambil menghulur sumbangan berupa beras, barang keperluan dapur dan sebahagiannya dengan wang tunai.

Pagi ini, Sabtu 6 Ramadhan, YB Dr Mohammad Taslim bersama-sama AJK Pusat Khidmat DUN Maharani dan MTD Maharani serta ahli-ahli PAS telah turun padang menziarahi seorang pesakit buah pinggang  di Kampung Parit  Sepayung Darat, Jalan Temenggong Ahmad, Muar. Kami datang memberi sumbangan barangan dan wang tunai sambil melakukan kerja-kerja gotong royong di sekeliling rumah beliau.



Penerima bantuan pagi ini ialah Sdr Senin bin Sam, seorang pesakit buah pinggang (gambar di atas) , yang tinggal seorang diri kerana bapanya meningal dunia ketika usianya 7 tahun sementara ibunya meninggal dunia setahun yang lalu. 4 orang adik beradiknya telah meninggal dunia kerana sakit buah pinggang.  Menurut beliau dahulu beliau bekerja buruh sambil membela kambing di belakang rumahnya. Malangnya sejak sakit buah pinggang 2 tahun yang lalu beliau kehilangan mata pencarian dan hanya mengharapkan bantuan rakan-rakan dan jiran-jiran. Beliau mengucapkan syukur kerana pihak Baitulmal Johor membantu mambayar rawatan dialisis 3 kali seminggu dengan kos lebih RM2000.00 sebulan. Beliau ada juga memohon bantauan sara hidup daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi tidak berjaya. Jika saudara ingin membantu beliau alamat beliau ialah TL 25, Kampung Parit Sepayung Darat, Jalan Temenggung Ahmad, Muar atau hubungi beliau no. telefon 0177489759.



 Masalah Sdr Senin juga mendapat perhatian daripada wartawan The Star dan Sinar Harian yang turut mengunjungi pada program sumbangan dan gotong royong (gambar di atas).

 YB Dr Mohamad dan rakan-rakan bergotong royong membersihkan kawasan.

Unit Amal PASD Muar juga turun padang.

Rumput di sekeliling rumah turut dipotong.

 Inilah reban kambing yang kosong kerana tuannya ditimpa sakit.

 Sdr Abu Bakar Ismail, Pengarah MTD Maharani, tekun bekerja.
Sdr Hamidun, Pegawai Khas YB, turut bergotong royong.


 Kemas  ....... 

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

VISIT FOR MORE NEWS
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/8/7/nation/9255037&sec=nation 
 
http://thestar.com.my/archives/2011/8/7/nation/n_16gotongRoyong_b.jpg 
Clean-up time: Dr Mohammad (left) picking up rubbish at Senin’s compound as other volunteers help out in the gotongroyong effort in Kampung Parit Sepayung, Muar yesterday. — HAMDAN RAJA ABDULLAH/The Star
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
LAPORAN SINAR HARIAN EDISI JOHOR ISNIN 8 OGOS 2011

0