MAMPIR RAMADHAN BERSAMA ADUN MAHARANI



 SALAM RAMADHAN 1432 DARIPADA
YB DR MOHAMMAD TASLIM, ADUN MAHARANI,
KEPIMPINAN PAS KAWASAN MUAR,
KEPIMPINAN MAJLIS TINDAKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI  MAHARANI
DAN SELURUH AHLI PAS MUAR.


Ramadhan yang dinanti-nanti telah menjelma. Umat Islam bersungguh beribadah mengejar ganjaran Allah.
PAS Muar sentiasa perihatin setiap kali tibanya Ramadhan. Sebagai menunaikan tanggungjawab MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN aktiviti kebajikan sudah menjadi lumrah bagi PAS sejak dahulu. Mereka yang berhak insyaAllah akan dibantu mengikut kemampuan yang ada hasil sumbangan umat yang perihatin sempena Bulan Ramadhan.
Terima kasih kepada semua yang menyumbang dengan ikhlas. 

Isnin 2 Ramadhan 1432 sebelum berbuka puasa:
YB Dr Mohammad Taslim bersama Pegawai Khasnya Sdr Hamidun Omar telah menziarahi jiran YB, seorang warga emas dan ibu tunggal, untuk menyampaikan sumbangan barang-barang keperluan harian dan sedikit wang tunai. Program ziarah. MAMPIR RAMADHAN sempena bulan Ramadhan ini  akan berterusan sepanjang bulan Ramadhan.

Inilah sedikit sumbangan daripada PAS untuk bulan Ramadhan.
Nenek ini dengan diperhatikan oleh cucunya menerima sedikit sumbangan
daripada YB  Dr Mohammad. 
Lambang bulan ditangan nenek tu sebagai tanda ukhuwah. 

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Sabtu 6 Ramadhan 1432

Program gotong royong dan menyampaikan bantuan kepada Sdr Senin Sam, pesakit buah pinggang, di Kampung Pt Sepayung, Jalan Temenggong Ahmad Muar


UNTUK LAPORAN AKHBAR SUNDAY STAR LAYARI :

WWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWW

Malam ini, 8 Ramadhan 1432H, selepas solat terawikh YB Dr Mohammad Taslim dan rombongnnya menziarah Pak Mat di Kampung Pt Hj Ali Jalan Sri Tanjung Muar yang terlantar sakit. Beliau rabun matanya dan tidak boleh bangun kerana sakit darah tinggi.Beliau dibantu oleh isterinya yang juga uzur.YB sempat merawat dan memberi ubat untuk Pak Mat. Keluarga ini juga diberi bantuan beras bulanan oleh Lajnah Kebajikan PAS Muar.


 Sdr  Shukor menyantuni Pak Mat yang begitu mesra dengannya.


 InsyaAllah Allah sembuhkan Pak Mat.......

Program Ziarah Ramadhan berterusan tanpa mengira waktu.

Tunggu laporan seterusnya.

0