UCAPAN MENJUNJUNG KASIH TITAH SULTAN OLEH ADUN MAHARANI
Posted in: UCAPAN DEWANUCAPAN PERBAHASAN MENJUNJUNG KASIH
TITAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR
SEMPENAPERASMIAN PEMBUKAAN PENGGAL PERSIDANGAN YANG
KEDUA BAGI DEWAN NEGERI JOHOR YANG KEDUA BELAS
OLEH
YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN KAWASAN MAHARANI
30 Jun 2009
Bismilahirrahmaanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat sejahtera , selamat pagi
YB Datuk Speaker
Ucapan syukur kepada Allah swt dan terima kasih kepada YB Datuk
Speaker kerana memberi peluang kepada Maharani untuk berucap dalam
perbahasan menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sempena perasmian pembukaan penggal persidangan yang kedua bagi Dewan Negeri Johor yang kedua belas.
Dalam persidangan kali ini dalam Dewan yang mulia ini Maharani merasakan beberapa perubahan,penambahbaikan dalam suasana ahli-ahli dewan bersidang,perbahasan yang kadangkala panas tetapi memberi manafaat,di mana ahli-ahli yang berhormat sentiasa alert,memberi perhatian kepada setiap isu yang dibangkitkan.Hujah dijawab dengan hujah yang berhikmah bagi menjawab segala permasaalahan.Sebagai wakil rakyat tanggungjawab kita membincang dan menyelesaikan hasrat rakyat, without fear or favour.
YB Datuk Speaker
Soalan bertulis
Mulai persidangan ini ahli-ahli YB hanya diberi peluang bertanya 5 soalan bertulis dengan tidak melebihi 40 perkataan.Walaupun peratuaran ini telah diluluskan, dewan patut menyemak semula peraturan ini kerana ia menghadkan ahli-ahli YB bertanya banyak maklumat dan permasaalahan yang perlu diselesaikan.Inilah saluran terbaik untuk kerajaan memberi maklum balas.Tambahan pula biasa apabila sesuatu perkara itu dibawa ke dalam dewan barulah tindakan susulan dilakukan dengan pantas.Samalah seperti apabila sesuatu masaalah itu disiarkan dalam akhbar atau media elektronik barulah tindakan segera dilakukan.
Maharani ingin mencadangkan supaya setiap ahli-ahli YB dibenarkan menghantar 3 soalan bertulis setiap bulan melalui jurutulis untuk dijawab oleh jabatan yang berkenaan.Adakan OSC (one stop centre) untuk wakil rakyat.
YB Datuk Speaker
Ucapan-ucapan Tangguhan Mesyuarat
Maharani difahamkan ucapan tangguhan tidak pernah atau jarang-jarang berlaku dalam Dewan yang mulia sebelum penggal persidangan ini.Memahami Peraturan Dewan 119 (5) nampaknya pembangkang tiada peluang membuat ucapan tangguhan.Walaupun begitu seseorang ahli yang telah terpilih dengan undi bersurat itu boleh menyerahkan haknya boleh bercakap itu kepada sebarang ahli lain. Kami ingin mencabar siapa diantara 5 orang ahli-ahli YB sanggup memberikan peluang ucapan tangguhannya kepada YB Pakatan Rakyat .
YB Datuk Speaker
Pandemik Influenza H1N1
Dalam persidangan yang lalu kita banyak berbincang tentang Chikungunya dan demam denggi.Hari ini masaalah demam denggi masih belum selesai.Malahan setelah mengisytiharkan perang ke atas demam denggi pada awal tahun,Kementerian Kesihatan hari ini mengakui di ambang kekalahan,iaitu gagal memerangi wabak ini.Ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan baru-baru ini.Malangnya doktor pula dipersalahkan kerana kononnya gagal mengesan kes atau tidak melaporkan kes berkenaan.
Hari ini kita dikejutkan dengan kes selsema babi atau sekarang dikenali di Malaysia sebagai Influenza A (H1N1):
a) Memandangkan WHO ( Pertubuhan Kesihatan Sedunia) mengumumkan bahawa virus Influenza A (H1N1) telah mencapai tahap 6 iaitu pandemik yang bermaksud jangkitan penyakit secara besar-besaran, malah virus ini boleh mencapai tahap generasi kedua,ketiga dan keempat seperti di beberapa negara lain dan ini adalah pandemic influenza pertama di dunia dalam tempoh 40 tahun bagi virus influenza A (H1N1) menurut Ketua Penolong Pengarah WHO dan virus H1N1 ini akan merebak di seluruh dunia selama satu hingga dua tahun,
b) Memandangkan vaksin khusus H1N1 dijangka hanya tiba ke Malaysia pada akhir tahun- kenyataan Menteri Kesihatan,
c) Memandangkan ubat anti-viral ada kesan sampingan
d) Memandangkan dianggarkan satu juta rakyat Amerika Syarikat dijangkiti penyakit ini berdasarkan model matematik –kenyataan Pegawai Rasmi pengawasan selsema dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC)
e) Memandangkan kes import dan jangkitan tempatan bertambah setiap hari di Malaysia dan Negara jiran
f) Memandangkan Negeri Johor adalah pintu masuk utama ke negara ini melalui udara,darat dan laut
Maka Pakatan Rakyat telah mengusulkan rundingan tergempar membahaskan langkah-langkah pencegahan dalam Dewan yang mulia ini,walaupun ditolak.
Kami bimbang kerana pandemik ini dipandang ringan oleh orang ramai terutama dengan meningkatnya kes-kes tempatan.Kawalan ketat perlu dilaksanakan sebelum ia menjadi malapetaka kepada Negara.
Di antara pendekatan ialah:
a) menyediakan membersihkan tangan menggunakan dispenser antiseptik automatik di tempat awam.
b) menyediakan topeng muka untuk mereka yang bertugas di tempat awam,sekolah dll
c) Pemeriksaan di pintu masuk utama hendaklah lebih diperketatkan kerana kebanyakan kes adalah kes import.
d) batalkan permit import daging babi untuk sementara waktu. Negara Cina dan Rusia haramkan import daging babi.
e) tindakan proaktif berterusan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama kementerian lain.
f) menyebarkan maklumat terkini tentang penyakit ini kepada orang ramai- kerajaan Thailand edar sejuta naskah buku kecil mengenai Influenza A (H1N1)
Kami mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan kerana baru-baru ini telah mengambil 10 langkah menangani H1N1 tetapi banyak lagi tugas yang belum selesai.Rakyat jangan rasa selesa dan kerajaan tidak boleh berpuas hati dengan tindakan sekarang.
YB Datuk Speaker
Isu Pendidikan
Baru-baru iniYAB Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan mewujudkan satu kategori khas biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikenali sebagai Biasiswa Nasional yang kelayakannya 100 peratus berdasarkan merit mulai tahun depan.
Rakyat didahulukan tetapi jangan lupa pelajar yang tidak dapat peluang belajar di sekolah terbaik,kemudahan terbaik,guru terbaik seperti pelajar luar bandar,pelajar miskin.
Maharani menggesa kerajaan supaya kuota biasiswa untuk bumiputra seperti termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak dilupakan.Negeri Johor dahulunya menganugerahkan Biasiswa Sultan Ibrahim kepada anak negeri,sekarang dah lenyap.
Saya yakin setiap hari ahli-ahli YB didatangi oleh ramai pelajar-pelajar yang berjaya ke menara gading mohon bantuan kewangan.Jika rakyat didahulukan mereka yang layak wajib dibantu.Kita berbangga dengan banyaknya institusi pengajian tinggi awam dan swasta tetapi jika rakyat tidak mampu bagaimana mereka dapat menaikkan taraf hidup keluarga.
YB Datuk Speaker
PRU 12 yang lalu melihat kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan.Kami ADUN Pakatan Rakyat diberi amanah yang cukup berat oleh rakyat untuk memastikan rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.Lebih setahun berlalu kami cepat belajar menjalankan amanah.
Sabda Rasulullah saw bermaksud “Setiap kamu adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan di atas apa yang kamu pimpin.Seorang pemerintah akan dipertanggungjawabkan ke atas setiap rakyat yang kamu perintah.”
Mafhum firman Allah SWT “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah terhadap manusia, dan apabila kamu berhukum (buat keputusan) maka hendaklah kamu menghukum (buat keputusan) dengan seadil-adilnya.” (Suran An Nisa’ :58)
Sedikit pengalaman saya untuk renungan bersama:
Peruntukan tahunan ADUN Pakatan Rakyat dinafi.
Pegawai Khas YAB Menteri Besar mengganti kami,
Rakyat merungut susah nak jumpa,
bantuan dipohon tak kunjung tiba,
pendirian politik di ambil kira,
rakyat nak tahu RM200,000.00 mana tandanya.
YB Datuk Speaker
Saya mengucapkan terima kasih kepada jabatan-jabatan kerajaan yang telah memberi kerjasama yang baik selama ini tetapi masih ada jabatan dan ketua jabatan yang takut bekerjasama dengan kami.Kami bimbang ada arahan-arahan mungkin dari langit atau mereka takutkan bayang sendiri yang menyebabkan mereka takut bekerjasama dengan kami.
Untuk mengadakan program bersama rakyat di dewan atau padang sekolah atas nama ADUN memerlukan kebenaran peringkat negeri yang belum pernah diberi.Jemputan di majlis rasmi sekolah jauh sekali tetapi surat mohon derma biasa diterima berkali-kali .ADUN BN bukan sahaja dijemput ke sekolah bahkan boleh menggunakan kemudahan dewan sekolah untuk majlis sambutan hari raya.
Program Mesra Rakyat anjuran JPMM,jabatan dan agensi kerajaan juga tidak mesra wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Terbaru Maharani memohon untuk mengadakan program derma darah atas nama ADUN dengan kerjasama pihak Hospital pun tidak dibenarkan.Pihak kerajaan haruslah membuat garis panduan yang memudahkan jabatan kerajaan bekerjasama denga ADUN Pakatan Rakyat tanpa bimbang dikenakan sebarang tindakan.
YB Datuk Speaker
Lawatan Mingguan YAB Menteri Besar Ke Kawasan Parlimen
Maharani menyambut baik program YAB Menteri Besar turun padang untuk menyelesaikan masaalah rakyat.Parlimen Muar sangat bertuah dipilih sebagai kawasan pertama dilawati.Seperti dijangka ADUN Pakatan Rakyat tidak dilibatkan bersama.Khabarnya banyak projek,peruntukan diberi sempena lawatan tersebut.Kita tidak mahu rakyat ternanti-nanti janji seperti janji pilihanraya.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dalam sesi Parlimen sekarang menyatakan setiap kawasan Parlimen diberi peruntukan RM 1 juta tahun ini Rakyat didahulukan, gunakan peruntukan ini untuk rakyat.
Sebagai contoh permohonan membina masjid baru di satu kawasan di utara,bukan di Johor,sudah 12 tahun diusahakan belum berhasil.Apabila YAB Timbalan Perdana Menteri melawat kawasan tersebut barulah peruntukan diluluskan serta merta.Rakyat mahu kerajaan yang telus menjalankan amanah,projek diluluskan mengikut merit,tidak menunggu kehadiran pemimpin tertinggi atau disiarkan dalam media cetak atau elektronik baru diambil tindakan.
YB Datuk Speaker
Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk menyampaikan isu-isu dalam Kawasan Maharani.
Syukur alhamdulillah pembinaan dua buah masjid baru di Kg Pt Pinang Seribu Darat dan Pt Bakar Darat ,menggantikan masjid kayu,telah bermula bulan ini.Sekurang-kurangnya setahun baru siap.Terima kasih diucapkan kepada kerajaan.Kami di Maharani nampaknya lebih beruntung daripada Kempas
Penduduk Pt Pinang Seribu Darat sekarang bersolat Jumaat di Surau Kiyai Rushdi di Kg Pt Punggur Jln Sri Tanjung.Surau yang dinaiktaraf ini perlukan peruntukan untuk menambak dan mengetarnya untuk tempat letak kereta dan kemudahan lain,dan memagarnya untuk keselamatan.
Penduduk Pt Bakar Darat pula bersolat Jumaat di surau Pt Amat Darat Jln Sri Tanjung.Keadaan surau ini sempit dan bangunan tambahan sementara tidak sesuai untuk beribadat.Mohon peruntukan untuk menaiktaraf kedua-dua surau tersebut.
YB Datuk Speaker
Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar
Rakyat Muar khususnya berbangga kerana mempunyai sebuah Hospital Pakar yang dapat memberi rawatan yang sempurna.Walaubagaimanapun ia memerlukan penambahbaikan untuk layak digelar Hospital Pakar yang sebenarnya.Oleh kerana ia menjadi pusat rujukan kes-kes sehingga ke Segamat maka tanggungjawab para doktor dan kakitangan lebih mencabar.Selain doktor pakar,pegawai perubatan juga kurang.Pegawai Perubatan yang telah berkhidmat selama 4 tahun dan meneruskan pengajian ke peringkat Masters akan berpindah ke hospital yang diiktiraf sebagai pusat pengajian lepasijazah.Untuk menyelesaikan masaalah ini Hospital ini hendaklah dinaikkan taraf dan diiktiraf sebagai pusat pengajian lepasijazah.
Bangunan baru untuk klinik pakar, unit kecemasan nampaknya masih tertangguh dari RMK 8, RMK 9 dan RMK 10.Keperluan mendesak ini minta perhatian.
YB Datuk Speaker
Iskandar Malaysia – rujuk lampiran.
YB Datuk Speaker
Maharani ingin respond kepada masaalah PPSMI dan tulisan jawi yang dibangkitkan oleh ahli YB sebentar tadi.
Siapa yang memperkenalkan PPSMI?
Siapa yang memansuhkan pembelajaran tulisan jawi?
Yang pastinya ia bukan pembangkang.
Akhir sekali Maharani menyokong usul YB Bukit Serampang.
Wabillahi taufiq walhidayah wassalumalaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2009
(148)
-
▼
Julai
(15)
- DOA KESELAMATAN DARIPADA WABAK PENYAKIT-Hj Mohd Mu...
- UTUSAN MALAYSIA MOHON MAAF KEPADA YAB DATUK MENTE...
- ADUN MAHARANI BERSAMA RAKYAT DI PARIT SAKAI LAUT
- MUSLIMAT PAS MUAR BERJIHAD DI MANEK URAI
- PROGRAM ZIARAH ADUN MAHARANI
- PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH AMAL MALAYSIA BERSAMA H...
- PILIHANRAYA MANIK URAI - UNDI PAS !
- ADUN MAHARANI PERLI YB PENGERUSI JAWATANKUASA (EXC...
- ISU ISKANDAR MALAYSIA HANGAT DI DEWAN NEGERI JOHOR
- UCAPAN MENJUNJUNG KASIH TITAH SULTAN OLEH ADUN ...
- 5 SOALAN BERTULIS ADUN MAHARANI BAGI MESYUARAT DEW...
- SOALAN-SOALAN LISAN ADUN MAHARANI DALAM PERSIDANG...
- SIDANG DEWAN NEGERI JOHOR JUN-JULAI 2009
- PUISI SASTERAWAN NEGARA DATUK A.SAMAD SAID
- PROGRAM DERMA DARAH HPSF MUAR DAN AMAL MALAYSIA DI...
-
▼
Julai
(15)
0