MUSLIMAT PAS MUAR BERJIHAD DI MANEK URAI




Team Muslimat PAS Muar , Negeri Johor dan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat Pusat



3 srikandi di hari mengundi

Ahli-ahli Dewan Muslimat PAS Muar terpanggil untuk sama-sama berjihad di Manek Urai sempena pilihanraya kecil pada hari Selasa 14 Julai 2009 yang lalu.Ketua DMPMuar Puan Fatimah Ismail di iringi oleh Timbalannya Puan Norhayati Bachok (suaminya Sdr Mustafha Ab Rahman,Bendahari BPPNJohor sebagai bodyguard cum navigator) dan Puan Rubiah Raffee (isteri YB Dr Mohammad Taslim).Mereka bertolak pada petang Sabtu 11 Julai.

Mereka ditugaskan di UPU Lata Rek sebuah kawasan yang menghijau dengan air sungai yang jernih dan kebun yang dipenuhi pokok durian yang mula gugur dan pokok dukong yang menunggu untuk dipetik.Mereka sungguh bertuah kerana dapat berkempen bersama YB Ustazah Zailah Yusof ,Ahli Parlimen Rantau Panjang dan YB Dr Siti Mariah.Tidak dilupakan Kak Zabedah Hasan,Bendahari DMPJohor yang ditugaskan memandu kenderaan YB Ustazah Zailah untuk membawa petugas berkempen dan mengangkut pengundi pada hari mengundi.
Di antara tugasan yang mereka lakukan ialah mengadakan program Yasin, tahlil dan tazkirah di rumah pengundi dan surau serta mengedar risalah.Jamuan durian di surau tidak dapat dilupakan.Kempen di Manek Urai ini unik dengan diserikan oleh program dikir barat untuk menarik pengundi di samping memberi bantuan kebajikan kepada penduduk setempat.

Mereka sempat juga bermandi-manda di sungai berhampiran yang jernih untuk menghilangkan penat selepas tidak berhenti-henti berkempen.Malam qiamulail tidak dilupakan.


Program 'turun sungai' di sungai yang jernih,tiada pencemaran

Pada hari yang ditunggu-tunggu,Selasa 14 Julai,mereka bersama-sama merayu undi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Lata Rek.Sesuatu yang tidak dijangka mereka didatangi tetamu istimewa,YBhg Datin Tuan Sabariah,isteri YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.Pengalaman yang sungguh manis,bonus pengorbanan mereka.



Kenangan manis bersama YBhg Datin Tuan Sabariah

Jam 12.00 tengahari hari mengundi mereka mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada tuan rumah dan para petugas lain sambil mendoakan kejayaan PAS-Pakatan Rakyat.

Alhamdulillah berita kemenangan mereka terima dalam perjalanan pulang ke Muar.Tahniah para pejuang Islam!

ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

 __________________________________________________________________________________

Wednesday, July 15, 2009


DATA PENGUNDI PRK N41 MANEK URAI PECAHAN IKUT SALURAN

Nah !, korang study lah, aku malas, korang nak kata apa pun, korang punya pasal lah.
scan0001

sumber: http://guanomanikurai.blogspot.com/2009/07/data-pengundi-prk-n41-murai-pecahan.html



0