SOALAN-SOALAN LISAN ADUN MAHARANI DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR JUN-JULAI 2009


Soalan A212:

Syarikat Pinjaman Wang Berlesen diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.Banyak masalah jenayah yang timbul ekoran kegiatan syarikat ini yang juga dikenali sebagai Ah Long.Ramai peminjam yang menjadi mangsa jenayah mereka.Iklan mereka yang berleluasa macam tidak boleh disekat.Mohon penjelasan.


_____________________________________________________________________


SoalanA213:

Apakah projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Ke 9 dalam DUN Maharani dan diperingkat mana status perlaksanaannya?

Jawapan Y.A.B. Menteri Besar:

Kerajaan sesungguhnya memang tidak pernah mengabaikan pembangunan di kawasan tersebut demi kesejahteraan rakyat.
Di bawah RMK-9,sebanyak 63 projek bernilai RM188.6 juta telah diperuntukkan untuk projek-projekpembangunan untuk mempertingkatkan jaringan sosial dan keselamatan termasuk menaik taraf kemudahan kesihatan,sekolah-sekolah di kawasan DUN Maharani.
23 projek sedang dalam dan lebih kurang 38% daripada jumlah projek keseluruhan dijangka siap menjelang akhir tahun ini.
14 projek telah pun siap dilaksanakan dalam tahun 2007 dan 2008.

_____________________________________________________________________


Soalan A217:

Benarkah pembinaan Lebuh Raya Persisir Pantai bernilai RM1 bilion diberikan secara rundingan terus kepada Pembinaan Kota Selat Tebrau (PKST)?
Siapakah pemegang saham PKST dan jumlah sahamnya dan kenepa tidak diberikan kerja pembinaan tersebut kepada kontraktor pembinaan bumiputra sebagaimana di war-warkan oleh YAB Menteri Besar?

Jawapan Y.A.B. Menteri Besar

Projek Lebuh Raya Persisiran Pantai diluluskan kepada SJIC Bina Sdn Bhd oleh Kementerian Kewangan, dan pihak Kementerian Kewangan telah mensyaratkan pihak SJIC Bina Sdn. Bhd. melantik Kota Selat Tebrau Sdn. Bhd. secara rundingan terus dengan kos kontrak sebanyak RM 945.8 juta.Syarikat ini adalah syarikat yang dimiliki oleh Iskandar Investment Berhad (51.2%), KPRJ (12.3%) dan Danga Bay Sdn Bhd (36.5%).

_____________________________________________________________________


Soalan A216:

Berapakah jumlah keseluruhan petak/gerai jualan yang terdapat di Pasar Awam Muar,Jalan Bentayandan siapakah mereka itu?
Minta disenaraikan penyewa dan kadar sewa yang dikenakan.



____________________________________________________________________


Soalan A214:

Pakej Rangsangan Ekonomi
Pertama melibatkan sejumlah wang RM7 bilion manakala Pakej Kedua RM60 bilion.
Apakah faedah yang telah diperolehi oleh Negeri Johor khususnya DUN Maharani di bawah pakej ini,minta penjelasan.

Jawapan Y.A.B. Dato' Menteri Besar Johor:

Johor menerima peruntukan sebanyak RM495.6 juta untuk 3,3704 projek di bawah pakej rangsangan pertama.
Kerja-kerja untuk 2,001 projek (54%) sedang dijalankan dan 839 projek (22.7%) telah siap.
Sebanyak 846 projek sedang dalam proses menyediakan dokumentasi dan tender.
Semua projek di bawah pakej rangsangan ekonomi pertama perlu disiapkan sebelum akhir tahun ini.

Dalam pakej rangsangan ekonomi kedua sebanyak 280 projek bernilai RM55.5 juta sedang dilaksanakan. Sebanyak 240 projek lagi bernilai RM994 juta akan menyusul.

Projek-projek tersebut termasuklah projek perumahan untuk golongan berpendapatan rendah,menghapuskan kemiskinan,menaiktaraf kemudahan pendidikan dan kemudahan awam.

Seramai 994 kontraktor Kelas F mendapat manafaat daripada kedua-dua pakerj tersebut untuk projek bernilai RM200,00 atau kurang melalui undian di Pejabat Daerah.

______________________________________________________________________


Soalan A215:

Umum mengetahui sebanyak RM200,000.00 diperuntukkan kepada setiap DUN setahun di bawah Pejabat Menteri Besar.Mulai Mac 2008 hingga Mei 2009, apakah projek program yang telah diseliakan oleh Pegawai Khas Menteri Besar DUN Maharani di bawah peruntukan ini?

Jawapan Y.A.B. Dato' Menteri Besar:

Pegawai Khas Menteri Besar Johor selaku Pengerusi JPMM DUN Maharani turut memberi bantuan termasuklah peralatan pejabat,alat siar raya,komputer serta peralatan masyarakat kepada badan-badab kebajikan,persatuan-persatuan serta pertubuhan-pertubuhan.

Di samping itu beliau turut menganjurkan majlis sambutan maulidursul,sambutan hari kemerdekaan dan program-program pemimpin bersama rakyat pejabat JPMM DUN Maharani.

____________________________________________________________________


















0