ADUN MAHARANI BERSAMA RAKYAT DI PARIT SAKAI LAUT


Baru-baru ini Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Sri Jong Muar telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Pendidikan Kesihatan dan Perangi Denggi dengan kerjasama Pejabat Kesihatan dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar (HPSF) di Balai Raya Parit Sakai Laut,Muar.

Diantara program yang dijalankan ialah Ceramah Pap Smear dan Kanser Pangkal Rahim oleh Dr Suzi dari HPSF Muar dan Ceramah Denggi dan Chikungunnya oleh PKP Abu Shahir Ahmad.

Untuk kanak-kanak seorang dentis disediakan untuk memeriksa gigi mereka di samping kuiz teka bilangan kacang dalam botol dan kuiz silang kata dengan hadiah-hadiah yang sangat menarik.

Ramai jururawat hadir untuk membantu menjayakan program ini dengan kehadiran ramai penduduk dan kanak-kanak dari sekitar kampung tersebut.

Ketua Kampung Sri Jong Encik Mohamad bin Hussin dalam ucapan alu-aluannya menyampaikan setinggi penghargaan kepada pihak HPSF dan Pejabat Kesihatan serta kakitangan yang terlibat pada hari tersebut.

YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani turut hadir dalam majlis tersebut.Beliau mengucapkan setinggi-tingi terima kasih kerana dapat bersama rakyat untuk memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Kampung dan ahli-ahli JKKK Sri Jong yang berjaya menganjurkan majlis tersebut dengan kerjasama HPSF dan Pejabat Kesihatan Muar serta para petugas.


YB Dr Mohammad bersama Dentis yg bertugas di Balai Raya Parit Sakai Laut,Muar


En. Mohamad Hussin (kiri) dan YB Dr Mohamad Taslim sedang menyampaikan amanat.
Kelihatan juga
Dr Suzi dan Tuan Imam Hj Hassan Mahmod Al Hafiz.

0