5 SOALAN BERTULIS ADUN MAHARANI BAGI MESYUARAT DEWAN NEGERI JOHOR JUN-JULAI 2009


Awal tahun ini Peraturan Dewan Negeri Johor telah dipinda.
Bil 26.(2) CARA-CARA MENYOAL dipinda di mana setiap ADUN hanya boleh menghantar 5 soalan bertulis sahaja.
Sebelum ini jumlah soalan bertulis tidak dihadkan.
______________________________________________________________

Soalan B107:

Berapakah keluasan Tanah Rezab Melayu (Malay Reserved Land) Negeri Johor pada tahun 1960 (awal merdeka), 1990 ( selepas tamatnya DEB) dan 2008 (terkini) dan berapa banyak yang telah ditukar status kepada Tanah Bebas (Freehold) bagi 3 tahun yang dinyatakan tadi?

Jawapan:

Tanah-tanah rizab Melayu yang dimaksudkan adalah di bawah Seksyen 3 Enakmen Rizab Melayu 1936 iaitu pengisytiharan secara kawasan.

Bagi keluasan tanah Rizab Melayu sebelum 1960 (sebelum merdeka), 1990 ( selepas tamat DEB) dan terkini mengikut pecahan daerah adalah sebagaimana berikut:

Daerah 1960 1990 terkini

Johor Bahru 2,057.62 hektar 66,822.205 hektar 68,879.825 hektar

Kluang 9,194.46 hektar 12,722.50 hektar 21,916.962 hektar

Segamat/Labis 39,072.83 hektar 5,552.99 hektar 44,625.83 hektar

Kulaijaya 10,599.00 hektar 14,249.78 hektar 24,848.78 hektar

Mersing 7,709.26 hektar 12,303.86 hektar 20,013.12 hektar

Pontian 5,503.71 hektar 10,952.92 hektar 16,456.63 hektar

Batu Pahat/Rengit 28,631.51 hektar 11,448.67 hektar 40,080.18 hektar


Ledang 5,317.83 hektar 15,050.33 hektar 20,368.16 hektar

Kota Tinggi/Pengerang 28,676.19 hektar 62,121.89 hektar 90,798.08 hektar

Muar 15,651.23 hektar 40,524.36 hektar 56,175.59 hektar

Bagi tanah-tanah Rizab Melayu yang ditukar statusnya menjadi bebas,tindakan penggantian tanah akan dibuat selaras dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan Per. 89(3).
Sehingga kini julah tanah Rizab Melayu yang telah ditukar status adalah berjumlah 2,1559.93
hektar dan telah diwarta ganti seluas 1,575.03 hektar dan seluas 872.56 hektar dalam proses pengwartaan ganti.

____________________________________________________________________
Soalan B108:

Minta nyatakan bilangan Rumah Mesra Rakyat yang telah dibina di negeri ini amnya dan di DUN Maharani khususnya untuk tempoh Mei 2008 hingga 2009 termasuk pecahan mengikut kaum Melayu,Cina dan India.

Jawapan:

Bilangan unit Rumah Mesra Rakyat yang telah dibina di seluruh Negeri Johor untuk tempoh masa dari Mei 2008 hingga 2009 ialah sebanyak 1,070 unit.

Bagi DUN Maharani,sehingga kini sebanyak 91 permohonan yang telah diterima oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad dan dari jumlah tersebut sebanyak 70 permohonan telah diluluskan.14 permohonan telah ditolak kerana tidak melepasi syarat dan 7 permohonan masih dalam proses temuduga dan lawat tapak.

Dari jumlah 70 permohonan yang telah diluluskan,sebanyak 32 unit yang telah dibina dan bakinya masih dalam proses menandatangani perjanjian dan perlantikan kontraktor.
Bagi DUN Maharani semua permohonan adalah dari kaum Melayu.

____________________________________________________________________
Soalan B109

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam kenyataan akhbarnya baru-baru ini mendapati lebih 15 alur tikus digunakan penyeludupan untuk kegiatan keluar-masuk manusia,rokok dan dadah di perairan Teluk Ramunia,Pengerang,Kota Tinggi,Pontian,kukup dan Muar.
Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan?

Jawapan:

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengenal pasti dengan lebih dekat kesemua laluan tikus tersebut melalui pengumpulan maklumat yang lebih terperinci dan tepat berhubung persekitaran laluan dan modus operandi penyeludup bagi setiap laluan tersebut.Ini bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan yang lebih tepat dan berkesan bagi membendung aktiviti penyeludupan dapat dilakukan.

APMM juga telah meningkatkan kekerapaan rondaan dengan memberi fokus kepada pemantauan aktiviti penyeludupan di kawasan perairan laluan tersebutyang menjadi tanggungjawab agensi ini.Ini termasuklah penggunaan pesawat udara dari unit udara APMM yang baru sahaja beroperasi pada tahun ini bagi memastikan kawasan liputan rondaan yang lebih luas dan tindakanpemantauannyang lebih pantas serta lebih berkesan.

____________________________________________________________________


Soalan B110:

124 buah keluarga penduduk asal Kg. Bukit Tempurong,Gelang Patah telah dijanjikan tanah 2 ekar seorang daripada keluasan 240 ekar.Akhirnya kerajaan hanya memberikan 1 ekar seorang daripada keluasan 159 ekar.Kemanakah perginya 90 ekar tanah dan benarkah sebahagiannya tergadai pada bank oleh KPRJ.
Apakah pampasan yang akan diperolehi oleh penduduk dan kenapa tidak semua penduduk asal mendapat tanah?

Maklumat tambahan daripada PAS Johor
PAS Johor
LAGI TANAH ORANG MELAYU DI JUAL PDF Print E-mail
Written by PAS Johor
Wednesday, 01 July 2009 01:41
Dua hari yang lepas saya telah menerima panggilan dari penduduk Kampung Bukit Tempurung di kawasan Gelang Patah berkenaan dengan kampung yang telah mereka teroka pada tahun 1978 tetapi kini tanah tersebut akan di ambil oleh Pemaju. Saya hadir bersama Tuan Hj. Zul selaku Penyelia Pusat Aduan Rakyat Nusa Jaya.Kampung Bukit Tempurung yang terletak di Gelang Patah, keluasannya 240 Hektar dan berstatus tanah pertanian.Dalam pertemuan pada sebelah petang tersebut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sdr. Abd.Aziz kesal kerana mereka bakal di pindahkan tanpa sebarang pampasan.Dan pihak kerajaan berjanji akan beri penempatan baru pun tanpa pampasan dan apa yang kami kesalkan di sini rumah-rumah yang kami bina hampir 32 tahun ini bakal di robohkan bagi tujuan pembangunan.Bagi pihak Pusat Aduan Rakyat kami akan membuat satu sidang media bagi membantu penduduk kampung yang terlibat pada Jumaat ini iaitu 3hb Julai, 2009 jam 10.00 pagi bertempat di Kampung Melayu Gelang Patah.GAMBAR ATAS SDR ABD.AZIZ


Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kg Bukit Tempurung & Kg Pendas Laut Akan Menghantar Memorandum Kepada Menteri Besar Johor PDF Print E-mail
Written by PAS Johor
Thursday, 06 August 2009 00:21
MEMORANDUM KEPADA YAB DATO’ MENTERI BESAR JOHOR

Jawatankuasa Bertindak Kg. Bukit Tempurung dengan Jawatankuasa Bertindak Kg. Pendas Laut akan menghantar Memoradum Rakyat kepada YAB Dato’ Menteri Besar Johor pada Selasa, 11hb. Ogos, 2009 jam 10.30 padi di Pejabat Menteri Besar di Bukit Timbalan. Bagi J/K Bertindak Kg. Bukit Tempurung ini adalah merupakan memorandum pertama yang antara lain melibatkan isu;

1) Pertukaran nama Kg. Bukit Tempurung kepada Kg. Dato’ Aziz Sapian serta nama-nama lorong tanpa persetujuan keseluruhan penduduk kampung.
2) 21 orang didapati namanya digugurkan daripada mendapat kurniaan tanah 1 ekar walaupun merupakan peneroka asal kampung tersebut.
3) 23 peneroka asal terpaksa berpindah kerana tanah berserta rumah yang telah dibina tidak terletak dalam kawasan 150 ekar yang akan dikurniakan. Mereka tidak diberikan pampasan sedangkan mereka adalah merupakan warga tua yang tidak layak lagi membuat pinjaman dengan bank.

Jawatankuasa Bertindak Kg. Bukit Tempurung dengan Jawatankuasa Bertindak Kg. Pendas Laut akan menghantar Memoradum Rakyat kepada YAB Dato’ Menteri Besar Johor pada Selasa, 11hb. Ogos, 2009 jam 10.30 padi di Pejabat Menteri Besar di Bukit Timbalan. Bagi J/K Bertindak Kg. Bukit Tempurung ini adalah merupakan memorandum pertama yang antara lain melibatkan isu;

1) Pertukaran nama Kg. Bukit Tempurung kepada Kg. Dato’ Aziz Sapian serta nama-nama lorong tanpa persetujuan keseluruhan penduduk kampung.
2) 21 orang didapati namanya digugurkan daripada mendapat kurniaan tanah 1 ekar walaupun merupakan peneroka asal kampung tersebut.
3) 23 peneroka asal terpaksa berpindah kerana tanah berserta rumah yang telah dibina tidak terletak dalam kawasan 150 ekar yang akan dikurniakan. Mereka tidak diberikan pampasan sedangkan mereka adalah merupakan warga tua yang tidak layak lagi membuat pinjaman dengan bank.

Bagi J/K Bertindak Kg. Pendas Laut, ini adalah merupakan memorandum kali ke-2 yang akan dihantar yang antara lain merangkumi isu-isu berikut;

1) Mendapatkan senarai penuh 62 keluarga yang mendapat penempatan semula beserta 20 nama tambahan.
2) Konsep penempatan semula. Samada sewa-beli atau dijual dan berapakah jumlah bayaran yang terlibat.
3) Jaminan bahawa segala kemudahan yang terdapat di Kg. Pendas Laut akan juga dibina di penempatan baru.

Pada sesiapa yang berkelapangan bolehlah bersama-sama dengan penduduk Kg. Bkt Tempurung dan Kg. Pendas Laut untuk member sokongan moral bagi memastikan slogan kerajaan benar-benar merealisasikan slogan “Rakyat di dahulukan, Prestasi diutamakan”. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukan kepada Penyelia PAR Zon Nusajaya, Hj. Dzulkefly Ahmad 019-7555541.
Last Updated on Thursday, 06 August 2009 00:36
Jawapan:

Tanah kg. Bukit Tempurong,Gelang Patah yang terlibat dengan pencerobohan sejak 1970an ditandakan sebagai PTD 1542 seluas 215 ekar bukannya 240 ekar.Tanah ini telah dikurniakan bagaimana RM Bil. 410/97 bertarikh 2.4.1997 untuk tujuan perumahan dan komersial.Hakmilik yang didatarkan ialah HS (D) 165917 atas nama Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ Sdn. Bhd.)

Dalam lawatan Y.A.B. Menteri Besar Johor pada tahun 1999,beliau telah bersetuju sebahagian daripada tanah yang dikurniakan kepada KPRJ Sdn. Bhd. tersebut seluas 150 ekar hendaklah diserahkan kepada Kerajaan bagi dikurniakan kepada penduduk-penduduk yang terlibat.

Dalam keputusan Kerajaan,KPRJ Sdn. Bhd. adalah dipertanggungjawabkan ke atas masalah setinggan yang tinggal di atas tanah sebelum tanah dibangunkan.Tiada tindakan dapat diambil kepada arahan Y.A.B. Menteri Besar Johor sehingga tahun 2008 kerana pihak KPRJ Sdn. Bhd. belum menyerahkan 150 ekar tanah berkenaan.Hanya pada tahun 2008 KPRJ Sdn. Bhd. bersetuju menyerahkan 150 ekar tanah kepada Kerajaan dengan Borang 12B telah dikemukakan ke PTG untuk pendaftaran pada 9 Jun 2009. Dalam masa yang sama,Jawatankuasa Penduduk telah menyerahkan nama 124 orang penduduk ke Pejabat Tanah pada 26 Disember 2008.Pihak Pejabat Tanah Johor Bahru telah mengadakan bancian semula ke atas tanah di Bukit Tempurong pada 26-28 Mei 2009.Senarai penama yang kemaskini dan pelan racikan tanah sedang disediakan oleh Pejabat Tanah Johor Bahru.

Selepas penyerahan tersebut,baki tanah adalah 65 ekar yang masih dimiliki Oleh KPRJ Sdn. Bhd. Pentadbiran Tanah akan memastikan tiada penduduk asal yang tertinggal bagi tujuan kurniaan sebagai yang dijanjikan.


 Ulasan PAR Zon Nusajaya

Pihak PAR Zon Nusajaya mengucapkan terima kasih kepada YB Adun Maharani, Dr. Mohammad Taslim kerana bersetuju mengemukakan masalah Kg. Bukit Tempurung kepada persidangan DUN Johor baru-baru ini. Di dalam perenggan terakhir jawaban di atas dinyatakan bahawa Pentadbir Tanah Johor Bahru akan memastikan tiada penduduk asal yang tertinggal bagi tujuan kurniaaan. Tetapi hakikat yang berlaku adalah 21 penduduk asal seperti yang dimaklumkan kepada PAR oleh En. Abd Aziz b. Paiman, salah seorang penduduk asal yang dicicirkan nama mereka. En. Abd Aziz telahpun membina rumah diatas tapak rumahnya malangnya telah terlibat dengan kebakaran. Sepatutnya 21 nama yang digugurkan hendaklah dipanggil bermesyuarat dan dijelskan kenapa nama mereka digugurkan. Setakat ini alasan yang diberikan secara tidak rasmi adalah tidak berasas seperti kematian suami maka isteri tak layak dapat tanah walaupun merupakan peneroka kampung puluhan tahun, tak tinggal diatas tanahpun digugurkan. Sebagai contoh, En. Abd Aziz, seorang pegawal keselamatan terpaksa menyewa rumah di Kg. Melayu Gelang Patah kerana tapak rumah di Kg. Bukit Tempurung jauh darpada jalan utama bagi anak-anaknya mendapatkan pengangkutan awam kesekolah. Walaubagaimanapun beliau sering kerumah di Kg. Bkt Tempurung untuk membersihkannya sebelum kebakaran berlaku. Isunya sekarang adalah ;

1) 21 orang yang namanya digugurkan tidak dipanggil untuk diberikan penjelasan kenapa nama mereka digugurkan. Mereka tidak diberi peluang untuk membela diri.
2) PAR difahamkan penama-penama baru seramai 21 orang dimasukkan bagi menggantikan 21 nama yang digugurkan. Persoalannya siapakan mereka penama-penama baru tersebut?
3) Daripada penjelasan Kerajaan diatas jelas menunjukkan bahawa bukanlah YB Dato’ Aziz Sapian yang mengusahakan penduduk mendapatkan tanah sehinggakan sekarang nama Kg. Bukit Tempurung ditukar nama kepada Kg. Dato’ Aziz Sapian. Maklumat terbaharu diterima bukan sahaja nama kampung tetapi nama jalan-jalan dikampungpun hendak ditukar. Apa salahnya nama jalan seperti Aman, Sentosa dan Bakti yang ada dikampung tersebut? Biasanya nama seseorang diabadikan bilaman mereka telah meninggal dunia tapi YB Dato’ Aziz Sapian mengabadikan semasa beliau masih hidup! Kan pelik tu.

Kerajaan dan JKKK Bkt. Tempurung perlu tampil bagi membuat penjelasan.

1 comments


 ___________________________________________________________________

Soalan B111:

Nyatakan senarai 62 buah keluarga Kg. Pendas Laut,Gelang Patah yang mendapat penempatan semula secara sewa-beli.
Kenapa hanya 62 buah keluarga daripada 140 buah keluarga di Pendas Laut yang mendapat penempatan semula.Berapakah sewa yang perlu dibayar ole penduduk dan siapakah yang akan menguruskannay?
Kenapa sehingga sekarang tidak ada taklimat khusus diadakan antara kerajaan dan agensi terlibat bersama penduduk Kg. Pendas Laut?

Jawapan:

Penempatan semula penduduk Kampung Pendas Laut adalah program yang dilaksanakan dengan tujuan untuk memastikan unit dan persekitaran kediaman yang lebih selesa,selamat dan sihat dapat dibangunkan untuk keseluruhanpenduduk di Iskandar Malaysia.
Pada peringkat ini,seramai 62 keluarga dikenalpasti terlibat di dalam program ini berdasarkan bancian awal yang dibuat oleh Pentadbir Tanah Daerah,walau bagaimanapun kerajaan negeri telah melantik UTM menjalankan kajian profiling bagi mendapatkan maklumat yang lebih lengkap dan terperinci yang akan dijadikan asas dalam menentukan kemampuan penduduk membayar semua atau membeli tanah selain penyediaan keperlua kemudahan awam.

Taklimat awal telah diadakan kepada penduduk pada bulan Januari 2009 di Kampung Pendas Laut.Kajian profiling telah dilaksanakan pada bulan Mei 2009 dan semua ketua keluarga telah ditemuduga.

Pada masa kini pihak UTM sedang menganalisa maklumat yang telah diperolehi.Kerajaan Negeri akan mengadakan taklimat dan penerangan lanjut kepada semua penduduk selepas perincian berkaitan kadar sewa dan harga jualan ditetapkan.





 
Ulasan PAR Zon Nusajaya

Terima kasih diucapkan kepada YB ADUN Maharani yang telah mengemukakan soalan berkaitan dengan isu Kg. Pendas Laut dalam sidang DUN Johor baru-baru ini. Sebagaimana yang dijangkakan kerajaan tidak bersedia menyatakan senerai 62 keluarga yang mendapat rumah dipenempatan semula. Bahkan baru-baru ini pihak PAR Zon Nusajaya diberitahu terdapat 20 nama baru sebagai tambahan kepada 62 keluarga yang asal. Siapakah nama 20 nama tambahan tersebut? Setakat ini usaha Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kg. Pendas Laut, Sdr. Azmi untuk mengetahui senarai nama tambahan tersebut tidak diberikan kerjasama oleh pihak kerajaan termasuk ketua kampung. Seolah-olah ada perkara yang hendak disembunyikan oleh mereka.

Sehingga sekarang pihak penduduk Kg. Pendas Laut tidak mengetahui apakah konsep penempatan semula samada perlu dibayar ikut harga subsidi, sewa-beli dan sebagainya. Penduduk masih berada didalam kebingungan. Pada pandagan PAR Zon Nusajaya, kerajaan seharusnya lebih bertanggungjawab dengan memberikan taklimat terperinci kepada penduduk kampung supaya mereka benar-benar tahu apakah sebenarnya yang akan mereka hadapi dimasa hadapan. Kerajaan juga hendaklah mendedahkan senarai 82 nama penduduk yang mendapat rumah dipenempatan semula. Perkara ini perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memperlihatkan ketelusan dalam tindakan mereka dan benar-benar selari dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan”. 0 comments sumber ulasan:         http://aduanusajaya.blogspot.com/ 
______________________________________________________________
______________________________________________________________


0