ISU ISKANDAR MALAYSIA HANGAT DI DEWAN NEGERI JOHOR


VERBATIM UCAPAN ADUN MAHARANI DR MOHAMMAD BIN TASLIM TENTANG ISKANDAR MALAYSIA DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 30 JUN 2009:

Y.B. Dr Mohammad bin Taslim (Maharani):
Sikit lagi.Kali ini kita tak lupa sebab kita sekarang sudah berada di Iskandar Malaysia.Dahulu rasa jauh,saya rasa jauh tak pernah sampai ke sini.Kali ini kita sudah berada di Iskandar Malaysia,di Kota Iskandar,jadi saya mengucapkan syabas di atas kejayaan kerajaan menarik pelaburan ke Iskandar Malaysia ini.Cuma kita pastikan dari segi pelaburan dari segi projek mega tidak dinafikan,tetapi kepentingan rakyat.

Kami ADUN Pakatan Rakyat sentiasa ditemui oleh rakyat,tak kira dari mana kawasan kerana mereka yakin dengan kemampuan ADUN Pakatan Rakyat untuk menyampaikan masalah ini sampai ke dewan.Mungkin disangkakanlah,persepsi mungkin,dia kalau dihantar pada ADUN BN mungkin tak sampai ke Dewan.Jadi saya cuba sampaikan permasalahan rakyat di Iskandar Malaysia.

Dua tahun lepas.PAS Negeri Johor telah menerbitkan sebuah risalahbertajuk WPI Antara Impian Dan Realiti, itu dua tahun lepas.Dan kita telah menyenaraikan beberapa kebimbangan ekoran daripada pembangunan Iskandar Malaysia.Antara kebimbangan tersebut disebutkan dalam risalah tersebut dan sekarang ini sedang berlaku ada beberapa perkara seperti yang saya nyatakan berikut:

Berlakunya lambakan pekerja asing terutamanya dari dalam sektor binaan yang menimbulkan banyak masalah sosial,kesihatan dan keselamatan.
Penduduk asal Gelang Patah,khususnya bumiputra,semakin terpinggir dari arus pembangunan Iskandar Malaysia.
Saya ada beberapa contoh yang saya harapkan ini telah diselesaikan,kalau belum diselesaikan:

Penduduk asal Kampung Tanjung Pelepas Yang menetap di Taman Desa,Paya Mengkuang yang dapat pampasan RM300,000.00 hingga RM400,000.oo tapi sekarang dianggarkan 20 hingga 30 orang yang akan dihalau kerana tidak mampu membayar ansuran pembelian tanah, hasil daripada pendapatan pampasan itu beli rumah dan kali ini tak boleh bayar.

25 keluarga peserta FELCRA Tebing Runtuh,tapak pusat kita ni,masih tinggal di rumah yang di bina..

Y.B. Datuk Haji Abdul Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya): Yang Berhormat Datuk Speaker...

Y.B. Datuk Timbalan Speaker: Ya. Yang Berhormat?

Y.B. Datuk Haji Abdul Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya): Sebenarnya semua dah diselesikan dah.Agak Yang Berhormat yang bercakap ni,dia tak tahu.Dan kalau boleh minta dia pergilah tengok sendiri jangan dengar cakap-cakap orang.Macam apa yang dinyatakan tadi kata 2 tahun yang lepas tak jadi realiti,pada hal kalau kita tengok telah pun menjadi realiti.Banyak yang kita telah bantu.Saya sbagi tau tanpaebagai ADUN kawasan sini,saya tak terimalah kalau Yang Berhormat daripada Maharani,duduk dia jauh tapi dia tanpa melihat sendiri keafdaan tersebut.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker: O.K. Yang Berhormat jemput duduk.

Y.B. Datuk Haji Abdul Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya): Ini tak betul ini.Itu sebab saya cakap.Mula-mula masa saya cakap dulu...

Y.B. Datuk Timbalan Speaker: Jemput duduk.Tak apa. Pihak kerajaan akan memberikan penjelasan yang secukupnya.

Y.B. Datuk Haji Abdul Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya): Terima kasih.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker: Jemput Yang Berhormat Maharani.

Y.B. Dr Mohammad bin Taslim (Maharani): Terima kasih.Saya menyampaikan amanah rakyat walaupun saya tidak ada di sana,mata dan telinga saya ada...

Y.B. Datuk Haji Abdul Aziz Bin Haji Sapian (Nusajaya): Ha,ini yang tak betul.Amanah,kadang-kadang nak kena betulkan.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker: Yang Berhormat,Yang Berhormat jemput.

Y.B. Dr Mohammad bin Taslim (Maharani): Terima kasih.Mana yang tak betul,tolong betulkan.Itulah..

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : O.K. ringkas sedikit Yang Berhormat.Masa dah cukup.

Y.B. Dr Mohammad bin Taslim (Maharani) : Ok sedikit sahaja.Masalah keluarga Kampung Pendas Laut.Ha,itu kasi sebut pendek jelah.Keluarga Kampung Bukit Tempurung,Gelang Patah.Dan saya difahamkan ada juga kampung yang lama tu,yang kata sekarang dah ada nama baru.Itu tahu-tahu jelah.Dan penduduk perkampungan nelayan...

Y.B. Datuk Haji Abdul Aziz bin Hji Sapian (Nusajaya) : Yang Berhormat,ini pun tak betul juga.Ini kawasan saya...

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok,Yang Berhormat jemput.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abdul Rahman (Machap): Datuk Speaker, ini peraturan 45,salah dari segi tak boleh sampuk.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker: Ok, jemput Yang Berhormat.

Y.B. Dr Mohammad bin Taslim (Maharani): Akhir sekalilah.Dan juga,kita dapat berbanggalah kerana dengan adanya projek-projek ini,maka kontraktor-kontraktor tempatan dapatlah projek.Walau bagaimanapun untuk ingatan,kontraktor-kontraktor tempatan kena pastikan bahawa mereka dapat peluang selain daripada rakyatnya yang saya sebut tadi,kontraktor tempatan juga mestilah diutamakan supaya mereka dapat menikmati kontrak-kontrak yang ada di dalam Iskandar Malaysia ini.

Dan seperti yang telah saya sebutkan yang lepas pembinaan leburaya persisiran pantai yang melibatkan pembinaan lebuh raya 6 ke 7 interchange dan juga kita tahu siapa yang dapat kontrak dan kena pastikan bahawa, walau bagaimana apa sekalipun pastikan rakyat tempatan mendapat kemudahan.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker: Cukup Yang Berhormat.

0