PROGRAM ZIARAH ADUN MAHARANI


Sebagaimana biasa apabila ADUN Maharani,YB Dr Mohammad Taslim mendapat berita penduduk di kawasannya khususnya ditimpa musibah atau uzur, beliau akan menziarahi mereka bersama-sama Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat DUN Maharani.

Pada petang Ahad 12 Julai 2009 yang lalu YB Dr.Mohammad telah berkunjung ke Kampung Parit Raja Jalan Dato Hj. Kosai untuk menziarahi 3 orang penduduk yang ditimpa musibah - seorang mendapat stroke, seorang lumpuh ditimpa kemalangan dan seorang lagi terkena semburan ular hitam di rumahnya.
Disamping menziarahi untuk bertanya khabar, beliau juga melakukan pemeriksaan kesihatan dan membawa sedikit buah tangan.



YB sedang memeriksa mata Pn. Hjh. Noraini Bte Omar yang terkena semburan ular hitam yang memasuki rumahnnya.
Disebelah beliau adalah suaminya Tn. Hj. Muhammad Nur B. Ibrahim.


En. Mohd Saat terlantar lumpuhakibat kemalangan 7 bulan yang lalu.
YB menyampaikan buah tangan kepada isteri beliau.

Huruf condongBertanya khabar kepada Tn. Hj. Mohd Sharif B. Dekan yang mendapat stroke lebih 3 bulan.
Isteri beliau baru seminggu kembali ke rahmatullah.


YB menghulurkan buahtangan kepada Tn. Hj. Mohd Sharif. Di sebelah kiri ialah anak-anak
Tn. Hj. Mohd Sharif . Cikgu Menhad B. Mahmod,AJK DUN Maharani di sebelah kiri.

1

    saya harap program ziarah ini dpt diteruskan lagi supaya dpt mendekati rakyat selain dpt mendengar keluhan penduduk tentang masalah yang dihadapi