SUMBANGAN PERSEKOLAHAN PKR PARLIMEN MUAR DI DUN MAHARANI


Pada petang Ahad 3 Januari 2012 yang lalu Parti Keadilan Rakyat Cabang Muar telah mengadakan program ringkas menyampaikan Sumbangan Persekolah kepada 20 orang kanak-kanak India dalam DUN
Maharani. Mereka hadir bersama ibu bapa mereka untuk menerima sepasang pakaian sekolah.

Majlis ringkas tapi meriah ini dilangsungkan di pekarangan rumah seorang penduduk di Jalan Khalidi Muar. Majlis telah dirasmikan oleh Sdr Hizwan Ahmad, Penyelaras PKR Parlimen Muar.Beliau meyakinkan masyarakat bahawa Pakatan Rakyat sedia membantu rakyat yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama atau pendirian politik.Progam ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan kerjasam semua komponen parti  dalam Pakatan Rakyat. Jika Pakatan Rakyat memerintah lebih banyak lagi sumbangan akan diterima oleh rakyat. Turut hadir Ketua PKR Cabang Muar, Sdr Yatin Sarpin, ADUN Maharani, YB Dr Mohammad Taslim, Wakil Masyarakat India  Sdr Subramani dan AJK PKR Muar.

YB Dr Mohammad dalam ucapannya memberi motivasi kepada penerima sumbangan untuk belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya untuk menaikkan taraf hidup mereka.Para ibubapa digesa supaya memastikan anak-anak mereka diberi galakan untuk cemerlang dalam akademik dan juga ko-kurikulum supaya dapat menyumbang khidmat bakti kepada negara.Pelajar-pelajar nampaknya sudah tidak sabar untuk memulakan persekolahan pada esok hari.

Sumbangan disampaikan oleh Sdr Hizwan, YB Dr Mohammad Taslim, Sdr Yatin dan Sdr Subramani.Kegembiraan  pelajar ini dapat dirasakan dengan keceriaan mereka menerima sumbangan tersebut.Sumbanganyang sedikit dapat juga meringankan beban ibu bapa menghadapi persekolahan di tahun baru.

Sebelum ini pada 31 Disember 2011 PAS Kawasan Muar dengan kerjasama Urusetia Pusat Khidmat DUN Maharani telah menyampaikan 450 buah beg sekolah untuk pelajar dalam DUN Maharani. Majlis telah dijalankan di Pekan Parit Bakar, Muar.

Kepimpinan Pakatan Rakyat bersedia untuk memulakan majlis.

Ucapan perasmian oleh Sdr Hizwan Ahmad,Penyelaras
PKR Parlimen Muar
.

Penerima sumbangan berbaris menunggu giliran.


YB Dr Mohammad turut menyampaikan sumbangan.


 
Tersenyum gembira pelajar ini menerima sumbangan dpd Sdr Hizwan,

 
Terima kasih .......terima kasih.


Penerima sumbangan ceria menerima sumbangan.

Terima kasih Sdr Hizwan kerana menyediakan gambar-gfambar di atas .

0