BANTUAN PERSEKOLAH DUN MAHARANI 2012


PROGRAM BANTUAN PERSEKOLAHAN DUN MAHARANI

Pusat Khidmat DUN Maharani dengan kerjasama PAS Kawasan Muar telah mengadakan program tahunannya, Bantuan Persekolah, padapagi hari Isnin 26 Disember 2011 . Majlis diadakan di pekarangan Pejabat Pusat Khidmat ADUN Maharani di Pekan Parit Bakar Muar. Suasana meriah dan ceria dapat dirasakan pada pagi tersebut. Penerima bantuan datan berduyun-duyun sejak jam 8.00 pagi lagi.

Menurut ADUN Maharani, YB Dr Mohammad Taslim, tahun ini seramai 450 orang pelajar dipilih dari seluruh kawasan DUN Maharani untuk menerima beg sekolah. Beliau mengucapkan terima kasih kepada PAS Kawasan Muar dan semua yang memberi sumbangan untuk menjayakan majlis ini.AJK DUN Maharani dan MTD Maharani, Muslimat, Pemuda, Halwa turut menyumbang tenaga.

Majlis ini turut dihadiri oleh YDP PAS Muar sendiri, Ustaz Abu Bakar Lajat, Timbalan YDP PAS Muar Tn Hj Malik Md Diah, Ahli Parlimen Bakri YB Er Teck Hwa dan PAnya, Sdr Yatin Sarpan Ketua PKR Cabang Muar dan ramai kepimpinan Pakatan Rakyat Muar.

 
Liputan berita Program bantuan Persekolahan DUN Maharani
dalam Harakah 30 Disember 2011 

 
Suasana meriah diPekan Parit Bakar,  tempat program dijalankan.

 Sokongan padu daripada Kepimpinan Pakatan Rakyat.


Pemimpin bersama rakyat :
Dari kiri  Sdr Malik Md Diah (Penyelaran Pusat Aduan Rakyat DUN Sg Balang),
Ustaz Abu Bakar Lajat (YDP PAS Muar), Sdr Yatin Sarpan (Ketua Cabang PKR Cabang Muar), 
YB Er Teck Hwa (Ahli Parlimen Bakri), YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani), PA YB Er. 


Ibubapa dan anak-anak memenuhi ruang dalam khemah.

 
Sumbangan beg sekolah untuk 450 orang pelajar dalam DUN Maharani.
Pendaftaran penerima sumbangan.



Urusetia dengan tugasnya.
Berdiri berbau putih ialah Sdr Abu Bakar Ismail (Pengarah MTD Maharani).


Sdr Hamidun Omar (Pegawai Khas ADUN) , berbaju putih, bersama urusetia.


 
Ini untuk anda ...


 Sebahagian daripada 450 orang pelajar yang menerima sumbagan.


Dalam Program kali ini Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan di bawah Pengerusinya Tn Hj Abdul Rahman , menyampaikan sumbangan beras bulanan  (Al It'am)  kepada 31 orang penduduk yang memerlukan  dalam DUN Maharani.Sumbangan ini adalah hasil daripada sumbangan tetap ahli-ahli PAS setiap bulan yang akan dikembangkan lagi apabila lebih ramai penderma tampil untuk membuat amal jariah.


Pengerusi Lajnah Kebajikan, Tn Hj Abd Rahman Lajim dan AJKnya
menguruskan pemberian beras bulanan kepada 31  orang penerima dalam DUN Maharani.



Team "We Care" dari Lajnah Kebajikan.


Jamuan ringan di Pejabat ADUN Maharani seelepas selesai majlis.

0