KARNIVAL MUSLIMAT PAS MUAR 2012


KARNIVAL MUSLIMAT PAS MUAR 2012



DEWAN MUSLIMAT PAS MUAR dengan kerjasama PUSAT ADUAN RAKYAT DUN SG BALANG
telah menganjurkan Karnival Muslimat pada hari Ahad, 15 Januari 2012. Karnival dimulakan jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang di Pusat Tarbiyah PAS Kawasan Muar di Kg Pt Pechah Muar.

 
Gotong royong amalan mulia - persediaan tempat.


 
Di dapor ada tugasan tersendiri - memasak untuk tetamu dan petugas.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Muar, Puan Fatimah Ismail, Karnival ini adalah kesinambungan daripada Karnival Muslimat Negeri Johor sempena 60 tahun  PAS Malaysia. Puan Hjh Hasnah merupakan Pengarah Karnival dengan dibantu oleh AJK Dewan Muslimat Muar dan PAR DUN Sg Balang. Kerjasama ini telah membuahkan hasil dengan sambutan yang cukup memberangsangkan daripada ahli-ahli PAS dan penduduk setempat.

 
Ucapan Perasmian oleh Tn Hj Malik Md Diah
Berbagai-bagai aktiviti disediakan untuk kanak-kanak, remaja, muslimin dan muslimat. Diantaranya ialah Pertandingan Bayi Sihat, Pertandingan Mewarna , Pertandingan Memasak dan Explorace serta sukaneka.. . Selain daripada itu juga diadakan Taklimat Kesihatan, Pertunjukan Busana Muslimah, Demonstrasi Masakan Beefsteak. Cabutan Bertuah juga disediakan.. Pemeriksaan Percuma oleh Doktor Bertauliah juga menarik perhatian pengunjung. Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang memeriksa tekanan darah mereka dan membuat pemeriksaan gula dalam darah untuk kencing manis.


Pertandingan melipat kain untuk kanak-kanak lelaki:
Mencari bakal menantu ? 

Pertandingan melukis.

 Explorace untuk remaja perempuan.

Karnival Muslimat ini juga melibatkan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Muar yang dipengerusikan oleh Tn Hj Abdul Rahman Laji. Beliau telah menyampaikan sumbangan al-ita'am merupakan sumbangan sekampit beras setiap bulan kepada 20 orang penerima dalam DUN Sg Balang.
Di samping itu seramai 40 orang Pelajar-Pelajar Cemerlang 8A dan 9A PMR dalam DUN Sg Balang diberi hadiah wang tunai dan buku.

 
 Sebahagian daripada 40 orang pelajar cemerlang PMR yang diberi anugerah.

Tahniah di atas kejayaan anda dalam Peperiksaan PMR !


Pelajar Tionghua ini juga cemerlang .


Sumbangan al ita'am . sebulan sekampit beras, kepada 20 orang penerima 
dalam DUN Sg Balang.

Ketika berbagai-bagai acara sedang berlangsung YB Dr Mohammad dan Tn Hj Malik berkesempatan bermesra denga petugas-petugas dan melawat gerai-gerai yang disediakan. Pertandingan memasak yang cukup menarik minat kerana berpeluang merasa masakan yang dipertandingkan.Usahawan-usahawan tidak melepaskan peluang mempromosi produk masing-masing di gerai-gerai yang disediakan.

YB Dr Mohammad bermesra dengan petugas-petugas Rawatan Kesihatan Percuma.



Sebahagian daripada Petugas Urusetia Karnival.


Para Pengadil bersedia..... di ketuai oleh Ketua dewan Muslimat, Puan Fatimah.

 
 Pertandingan masak asam pedas.... pengadil kepedasan ?

 
 Cepat-cepat siapkan masakan tu......pengadil dah nak datang menghakimi....


Pengadil pening ! Mana Johan ? Semua sedap....



Pertandingan Masakan Remaja ` "Onde-Onde"

'Memang sedap asam pedas ini. Boleh menang pertandingan,' 
itulah agaknya ungkapan YB Dr Mohammad.

 
Tn Hj Malik Md Diah bermnat dengan asam pedas juga nampaknya ...



Acara yang ditunggu-tunggu .....Demonstrasi Masakan Beefsteak oleh Cef Aking.



YB Dr Mohammad dan Tn Hj Malik di gerai Dewan Muslimat



Produk usahawan tempatan yang wajib disokong.



Ini dia makanan kesihatan....cuka, madu, habatus saudak, minyak zaitun
dan macam-macam lagi....

Setelah selesai semua acara sampailah giliran upacara penutup. Puan Fatimah Ismail selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Muar dalam ucapannya melahirkan rasa bersyukur di atas kejayaan Karnival ini.Beliau berhasrat untuk meneruskan program ini di masa akan datang. Ukhuwah terjalin sudah di antara ahli-ahli PAS dan masyarakat setempat.

 
 Rawatan Kesihatan ....... macam takut je.....jangan lari ya...

YB Dr Mohammad Taslim,selaku ADUN Maharani, diberi penghormatan menutup majlis tersebut. Beliau mengucapkan tahniah kepada Dewan Muslimat PAS Muar dan PAR DUN Sg Balang yang berjaya menjalin kerjasama daiam menjayakan Karnival ini. Beliau mengucapkan tahniah kepada Pelajar UPSR dan PMR dalam DUN Sg Balang yang telah berjaya dengan cemerlang sambil mendoakan kejayaan yang berterusan.


Barisan kepimpinan di pentas utama.


Amanat Ketua Dewan Muslimat PAS Muar, Puan Fatimah Ismail.


Ucapan Perasmian Penutup oleh YB Dr Mohammad.


Undian Cabutan Bertuah.


Istimewa untung pengunjung bertuah.






Tahniah di atas kejayaan anda !

 
Cendramat untuk YB Dr Mohammad.


Cenderamata untuk Tn Hj Malik.

Cenderamata untuk Cef Aking.



Pengunjung bertuah.


 
Terima kasih Puan Pengadil.

 
Tahniah kepada pemenang pertandingan.


Santai.... tugasan selesai dua orang pemimpin PAS Muar,
Tn Hj Malik, Timbalan YDP PAS Muar dan YB Dr Mohammad, Naib YDP PAS Muar.



Terima kasih, terima kasih, terima kasih 
dan tahniah kepada penganjur Karnival.


0