ADUN MAHARANI BERSAMA DOKTOR TURUN KAMPONG


 ADUNN MAHARANI TURUN KAMPONG BERSAMA DOKTOR

Sabtu 31 Disember 2011, Tahun 2011 melabuhkan tirai. Sebagai tanggungjawab sosial, Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani bersama  sekumpulan doktor-doktor dan doktor pakar dari PAPISMA (Persatuan Perubatan Ibnu Sina Malaysia) telah mengadakan program ziarah dan rawatan kesihatan dalam kawasan DUN Maharani. Ini adalah program berkala yang dijalankan oleh Dr Mohammad dengan bantuan rakan-rakan doktor.Program yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang disertai oleh 9 orang doktor diketuai oleh Dr Suhaini seorang Doktor Pakar dari Kuala Lumpur.

Sebelum lawatan dimulakan satu sesi taklimat tentang perkembangan terkini dalam DUN Maharani telah disampaikan oleh Penyelaras Program, Sdr Abdul Razak Sulaiman.Sdr Abu Bakar Ismail, Pengarah MTD Maharani , telah menyampaikan kata-kata alu-aluan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada para doktor yang datang dari jauh meluangkan masa untuk memberi khidmat kepada pesakit-pesakit dalam DUN Maharani. YB Dr Mohammad Taslim ketika merasmikan majlis tersebut.melahirkan rasa kagum dan berterima kasih di atas sumbangan yang bukan sedikit daripada rakan-rakan doktor ini. PAPISMA telah pun membantu merawat penduduk di sini pada masa dahulu. Moga mereka diberi kesempatan untuk terus menyumbang kepakaran mereka kepada masyarakat yngmemerlukan.

Di antara kawasan yang diziarahi termasuk Kg Pt Unas, Kg Pt Samsu, Kg Pt Pinang Seribu, Kg Pt Sakai Laut, Kg Pt Raja, Taman Guru dan sekelilingnya.Para doktor ini turut diiringi oleh muslimat dan Halwa DUN Maharani ketika berkunjung dan merawat pesakit dari rumah ke rumah.

Kehadiran para Doktor sangat dialu-alukan oleh penduduk. Sebahagian daripadanya yang telah dimaklumkan terlebih dahulu menunggu dari pagi lagi di rumah masing-masing.Program yang dijangkan tamat sekitar jam 1.00 petang terpaksa dilanjutkan sehingga jam 5.00 petang untuk memenuhi permintaan lebih 40 orang pesakit yang smpat dikunjungi.

Menurut Dr Suhaini, Timbalan Presiden PAPISMA, beliau sangat berpuas hati dengan persediaan rapi oleh pihak Urusetia Program di DUN Maharani yang diketuai oleh Sdr Abdul Razak Sulaiman. Beliau dan rakan-rakan gembira dapat turun padang memberi bantuan kapada masyarakat yang memerlukan. Bukan mudah untuk mendapat peluang diziarahi oleh Doktor Pakar di rumah masing-masing tanpa dikenakan bayaran. Di samping itu mereka juga menerima sedikit oleh-oleh daripada doktor yang merawat.

Sebelum ini YB Dr Mohammad , selaku ADUN Maharani, biasa mengadakan rawatan percuma di rumah pesakit dalam DUN Maharani khususnya. Ada kalanya beliau dan pasukannya membuat rawatan percuma di tempat awam, di warong atau di rumah penduduk. Khidmat masyarakat ini telah berterusan sejak lebih sepuluh tahun yang lalu , sebelum beliau menjadi wakil rakyat lagi.

YB Dr Mohammad bersama-sama para doktor yang turun kampong.

Para doktor dan ahli jawatankuasa program mengabadikan gambar kenangan.


Petugas muslimat bersiap sedia turun kampong.


YB Dr Mohammad memeriksa seorang penduduk di Kg Pt Unas Darat, Muar.

Dr Sazlina, seoran Doktor Pakar Perbidanan dan Sakit Puan
turut turun kampong memberi khidmat percuma.


Simpati sambil bertanya khabar sebelum merawat.
Sentuhan seorang doktor meredakan kesakitan....

Bertanya khabar.....
Puan Norizan menyampaikan sumbangan.

Doktor merawat di mana-mana.

InsyaAllah cepat sembuh Mak Cik ni ......

Selepas merawat ada pula sedikit sumbangan daripada Doktor.

Terima kasih Sdr Hud, Penyelaras Program.

Terima kasih Doktor.... sila datang lagi.

Jasamu dikenang,,,, Sijil Penghargaan dan buah tangan untuk Doktor.

 Tugasan selesai.... masa untuk post-mortem.

 Muslimat menyumbang idea dan cadangan untu menambahbaik
perjalanan program.

 
 Liputan dalam Harakah keluaran 6-8 Januari 2012

0