DOKTOR TURUN KAMPUNG LAGI BERSAMA ADUN MAHARANI


DOKTOR TURUN KAMPUNG LAGI
BERSAMA ADUN MAHARANI.

Petang ini, Jumaat 20 Januari 2010, YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, turun kampung lagi bersama Sdr Abu Bakar Ismail (Pengarah Majlis Tindakan DUN Maharani), Sdr Faizul Salleh (Ketua Pemuda PAS Muar) dan Puan Norizan Adnan ( muslimat tempatan yang memandu perjalanan kami di kampung ini).. Ini adalah kesinambungan  daripada Program Doktor Turun Kampung bulan lalu yang disertai oleh 9 orang doktor bersama YB Dr Mohammad sendiri.Walau bagaimana pun program ziarah dan rawat ini telah dimulakan sejak lebih 10 tahun dalam DUN Maharani khususnya juga di kawasan Muar. Kali ini YB Dr Mohammad berkesempatan menziarahi 3 orang penduduk Parit Sakai Laut Muar yang telah uzur dan memerlukan bantuan rawatan kesihatan.

Dalam lawatan ini YB Dr Mohammad dalam menyelami perasaan dan keadaan penduduk yang menghadapi masalah kesihatan sambil memberi khidmat nasihat, pemeriksaan kesihatan  dan ubat-ubatan yang diperlukan.
Sambutan mesra dapat dirasakan dalam pertemuan ini.Di samping itu bantuan tambahan yang mereka perlukan juga akan diikhtiarkan.


Puan Raonah Bongkek (gambar di atas), 63 tahun, lumpuh badannya kerana penyakit angin ahmar sejak 2 tahun lalu. Alhamdulillah ahli keluarganya banyak membantu. Beliau mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat walau tidak mencukupi. Beliau memerlukan kerusi roda untuk bergerak.


Sedikit sumbangan daripada kami untuk Puan Raonah. Sdr Abu Bakar dan 
Puan Norizan turut serta. 



 Tuk Sulaiman Isnin (gambar di atas) juga kami ziarahi. Sudah 93 tahun umurnya, di antara penduduk tertua di kampung ini. Sebelum ini beliau masih boleh menaiki motorsikal sendiri dan membuar kerja-kerja ringan. Hari ini kesihatannya agak terjejas. Beliau tinggal berdua sahaja bersama isterinya.Semoga lawatan kami ini dapat meringankan sedikit bebanan beliau.


 
Oleh-oleh daripada kami untuk Tok Sulaiman.


 
Seorang lagi penduduk yang kami zarahi ialah Nenek Sima Khamis. Matanya kurang awas. Beliau tinggal bersama anak dan keluarganya. Walaupun sudah berusia beliau sentiasa ceria dan tabah menhadapi kehidupan yang mencabar.Syukur, anak-anak banyak membantu beliau.

 
Kegembiraan terbayang di wajah Nek Simah ketika menerima sumbangan daripada kami.

Program ini akan sentiasa berterusan sebagai sumbangan kecil kami kepada masyarakat setempat sebagai satu tanggungjawab sosial. Kami cuba membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Inilah sebahagian daripada sumbangan dalam merialisasikan Negara Berkebajikan. 

0