LAWATAN KE TEMPAT PELUPUSAN SAMPAH DI LORONG OSMAN , JALAN JUNID, MUAR


Masalah Pelupusan Sampah di Lorong Hj Osman

 
YB Dr Mohammad dan YB Gwee menerangkan sesuatu kepada wartawan.

Penduduk di sekitar Lorong Hj Osman, Jalan Junid, Muar telah beberapa kali memaklumkan kepada Majlis Perbandaran Muar tentang masaalah tempat pembuangan sampah di kawasan mereka dan juga beberapa masaalah lain. Perkara ini telah pun diambil tindakan oleh YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani dalam lawatan beliau terdahulu dengan melaporkan kepada MPM.Berita ini telah pun disiarkan oleh akhbar Sinar Harian. Malangnya belum ada tindakan positif diambil.

Petang ini, Jumaat 6 Januari 2012, YB Dr Mohammad bersama YB Gwee Tong Hiang , ADUN Bentayan, melawat tapak tersebut bersama penduduk tempatan dan wartawan-wartan akhbar Cina. Di antara masalah yang mereka hadapi ialah:


 
 Tapak Pelupusan Sampah - Asap berkepul-kepul mencemarkan alam sekitar.

1. Tempat melupuskan sampah oleh MPM di hujung Lorong Hj Osman ini kotor. Ia menjadi sarang babi hutan, biawak dan monyet mencari makan. Apabila sampah tersebut dibakar, asap dan habok mengganggu kesihatan penduduk dan menyebabkan penyakit. Mereka mohon supaya pembuangan sampah di sini dihentikan,

 
 Sang biawak mencari makan - plastik jadi habuan !

Monyet makan tebu di atas bumbung,
sambil menonton Astro?

2. Lorong Hj Osman rosak teruk kerana lori berat melaluinya setiap hari unuk membuang sampah.Jalan menjadi lecak. Mereka terpaksa menabur kasaran sendiri di tempat yang rosak,

 
 Jalan rosak, penduduk bergotong royong tabur kasaran.

3. Lorong Hj Osman ini asalnya jalan awam yang boleh dilalui dan laluan jogging hingga ke Tanjong Ketapang.Sejak laluan digunakan untuk membuang sampah ia terbiar dan jalan tar ini sudah dipenuhi rumput.Mereka minta jalan ini dibaikpulih untuk kegunaan awam,


 
 Jalan bertar ini sudah tidak diselenggara.
Dahulunya laluan jogging hingga ke Tanjung Ketapang.

4. Jalan ini juga perlu ditambah lampu jalan untuk keselamatan,

5. Kawasan di Lorong Hj Osman ini adalah kawasan banjir. Ia dinaikki air setiap kali air pasang besar atau hujan lebat.Penyelesaiannya  ialah dengan menggantikan jambatan di hujung jalan ini dengan kalvert yang lebih besar supaya air mudah surut apabila banjir, Mereka difahamkan peruntukan telah dip[ohon tetapi belum ada tanda-tanda ia akan dilaksanakan,

 
 Laluan air ke laut - calvert di bawah jambatan ini perlu diganti
dengan yang lebih besar.


 
 Parit di tepi lorong Hj Osman


Kawasan ini kawasan persendirian, bergeran. Mereka mohon supaya masalah yang sudah bertahun-tahun ini dapat diselesaikan segera.ADUN Maharani dan ADUN Bentayan akan membawa perkara ini kepada pihak yang berkenan untuk tindakan segera.


0