ADUN MAHARANI MELAWAT PADANG BOLA SEPAK SERI KUMBANG MUAR
Posted in:ADUN MAHARANI MELAWAT PADANG BOLA SEPAK SRI KUMBANG DI KG ASAM KUMBANG, JALAN JUNID MUAR
Kg Asam Kumbang di Jalan Junid Muar mungkin kurang dikenali oleh ramai penduduk Muar kerana kedudukannya yang agak jauh di Jalan Junid bersebelahan Parit Bakar. Kawasan di sebelah laut merupakan kawasan tanah kerajaan yang rasmi dikurniakan kepada penduduk pada tahun 1980an. Di kawasan ini telah direzabkan tanah seluas 3 ekar khusus untuk padang permainan yang dinamakan Padang Bola Sepak Sri Kumbang. Ia telah dirasmikan oleh seorang Wakil Rakyat, Allahyarham YB Hj Shahdan Sabtu.. Sebuah padang bola, grand stand, tandas dan bilik mandi serta sebuah setor terdapat di sini . Ia dikelolakan oleh KRT Desa Wawasan Asam Kumbang. Walaubagaimanapun tiada bekalan air atau elektrik di sini.
Belia di kampung ini menyuarakan hasrat untuk menambahbaik kemudahan di padang ini. Padang inilah tempat penduduk, belia dan pelajar sekolah bermain dan berlatih bermain bola sepak setiap petang. Mereka masih memerlukan bantuan untuk menyelenggara tempat ini dan menambah kemudahan asas dan peralatan sukan.
Pada petang hari Sabtu 21 Januari 2012 yang lalu, YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani bersama-sama AJK Pusat Khidmat DUN Maharani termasuk Sdr Abu Bkar Ismail (Pengarah Majlis Tindakan DUN Maharani), Sdr Abdul Razak Sulaiman dan Sdr Faizul Salleh (Ketua Pemuda PAS Muar) serta AJKnya berkesempatan melawat kawasan padang bola sepak ini. Mereka disambut meriah oleh AJK pengurusan padang dan para belia dan pelajar yang berlatih bola sepak di padang ini.
Sempena lawatan ini sumbangan berupa 5 biji bola sepak, jersi dan kon latihan telah disampaikanoleh YB Dr Mohammad sebagai bantuan permulaan. Sempena dengan Pertandingan Futsal Piala Ketua Pemuda PAS Muar pada 29 Januari 2012 ini 2 buah pasukan mereka ditaja untuk menyertai Pertandingan Futsal tersebut..
Padang ini sangat berpotensi untuk dijadikan satu lagi padang untuk pertandingan bola sepak dan juga aktiviti sukan lain. Dengan kerjasama semua pihak mereka sangat mengharapkan bantuan daripada pihak berwajib dan orang ramai akan merialisasikan impian mereka.Menyedari Muar kekurangan padang yang luas untuk aktiviti sukan,tempat ini sangat sesuai untuk dibangunkan.
InsyaAllah beberapa aktiviti akan diaturkan bagi memakmurkan tempat ini.
Papan tanda Padang Bola Sepak Sri Kumbang.
YB Dr Mohammad dan rombongannya bermesra sengan AJK pengurusan padang.
Penyampaian bola, jersi dan kon latihan.
Penyerahan borang tajaan menyertai Pertandingan Futsal anjuran
Dewan Pemuda PAS Muar.
Dewan Pemuda PAS Muar.
Sumbangan yang sedikit ini diharap dapat memberi semangat
kepada belia di sini mengembangkan bakat mereka.
kepada belia di sini mengembangkan bakat mereka.
Pada petang ini, hujung minggu, hampir 50 orang belia dan pelajar
memenuhi padang ini.
memenuhi padang ini.
Apa yang fikirkan oleh Sdr Abdul Razak agaknya ?
YB Dr Mohammad dan rombongan di grand stand.
Orang kuat pengurusan padang gembira dengan sokongan kami.
Ketua Pemuda PAS Muar bersama Ketua Pengurusan Padang
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2012
(62)
-
▼
Januari
(17)
- KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA PAS MUAR 2012
- MAJLIS PELANCARAN KAWAN - SUKARELAWAN PENDIDIKAN R...
- MALAM YASINAN DI MASJID JAMIK SULAIMANIAH PARIT PI...
- SUMBANGAN AL IT'AM LAJNAH KEBAJIKAN DAN KEMASYARAK...
- ZIARAH TAHUN BARU CINA BERSAMA ADUN MAHARANI DI PE...
- ADUN MAHARANI MENZIARAHI RAKAN-RAKAN TIONGHUA DI H...
- ADUN MAHARANI MELAWAT PADANG BOLA SEPAK SERI KUMBA...
- DOKTOR TURUN KAMPUNG LAGI BERSAMA ADUN MAHARANI
- SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2012
- GOTONG ROYONG MENEBANG POKOK KELAPA
- KARNIVAL MUSLIMAT PAS MUAR 2012
- ADUN MAHARANI BERSAMA DOKTOR TURUN KAMPONG
- BANTUAN PERSEKOLAH DUN MAHARANI 2012
- KEMPEN TAHUN BARU 2012 BERSAMA ADUN MAHARANI DAN A...
- LAWATAN KE TEMPAT PELUPUSAN SAMPAH DI LORONG OSMAN...
- AMANAT PERDANA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DI MUAR
- SUMBANGAN PERSEKOLAHAN PKR PARLIMEN MUAR DI DUN MA...
-
▼
Januari
(17)
0