TENANG.......KAMI DATANG UNTUK BERKHIDMAT



PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA BERSAMA YB DR MOHAMMAD TASLIM DI KG SAWAH BARU, DUN TENANG


 Dataran PAS DUN Tenang menyambut kehadiran pejuang-pejuang kebenaran.
Ahad 9 November 2010 mencatat sejarah baru bagi YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani. Dengan diiringi isteri beliau,Puan Hjh Rubiah Raffee dan anak lelakinya,Mohd Azhar, beliau telah diberi penghormatan oleh Pengerusi Kebajikan Dewan Muslimat PAS Johor untuk turun padang ke Kampong Sawah Baru dalam DUN Tenang. Pada petang tersebut satu Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma telah diadakan di rumah Tuan Haji Omar telah diadakan dari jam 4.00 -7.00 petang.

Program pada hari tersebut juga diadakan di Kg Redung bersama YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong)  dan Mantan YB Senggarang, Dr Md Ramli Kari di Ayer Panas. Mereka tidak ketinggalan menabur bakti untuk kemenangan Islam.


YB Dr Mohammad dan isteri serta sebahagian petugas sempat bergambar
dihadapan rumah Tuan Haji Omar.


Puan Hjh Rubiah,isteri YB Dr Mohammad, merakamkan gambar kenangan 
bersama muslimat PAS yang bertugas pada hari tersebut.

 Laeatan ke rumah : Kehadiran YB Dr Mohammad disambut dengan ceria
oleh Tuan Rumah walaupun beliau uzur. InsyaAllah segera sembuh.

 TuanHj Abdul Rahman,  Imam Masjid Kg Sawah Baru sempat hadir selepas mengimamkan 
solat asar di masjid. InsyaAllah beliau terus dianugerahkan nikmat sihat, iman dan Islam .

 Abang ni sihat, cuma nak pastikan je tak de darah tinggi atau kencing manis.
Lihat di belakang tu....betullah pengundi wanita melebihi lelaki dalam DUN Tenang !

 Emak dan anak tak ketinggalan membuat pemeriksaan.

Majlis berterusan hingga ke petang dengan sambutan yang sungguh menggalakkan daripada penduduk setempat. Seramai 23 orang penduduk mendapat menafaat daripada program tersebut dalam masa yanag sungguh terhad. InsyaAllah kami akan datang lagi..........

Sehari sebelum itu Doktor -Doktor daripada anak-anak Johor kembali menabur bakti dengan mengadakan lawatan rumah ke rumah memberi perkhidmatan kesihatan percuma kepada penduduk kampong ini. Terima kasih anak-anak muda profesional yang perihatin mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit demi kemenangan Islam.


0