PERTANDINGAN TAKRAW SG BALANG-MAHARANI


PERTANDINGAN TAKRAW DUN SG BALANG VS DUN MAHARANI

Satu petang di Warong Parit Amal Jalan Seri Tanjung Muar : YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, telah diberi penghormatan merasmikan Pertandingan Persahabatan Sepak Takraw di antara Pemuda DUN Sg Balang dan Pemuda DUN Maharani.Program ini dianjurkan bersama oleh Sdr Fuad dan Sdr Murad Ismail untuk mengeratkan silaturrahim di antara mereka .Ia juga memberi peluang kepada belia kita dengan tunjuk ajar daripada beberapa orang pemain veteran sepak takraw.

Sebanyak 10 pasukan telah mengambil bahagian dalam suasana meriah dengan disaksikan oleh pengunjung-pengunjung warong tersebut dan orang ramai. Semua pemain berpeluang menerima cenderamata berupa hamper setiap pasukan. InsyaAllah program ini akan diteruskan pada masa yang akan datang dengan penganjuran yang lebih besar untuk memberi peluang seberapa ramai peserta.


YB Dr Mahammad mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menarik minat belia-belia menghidupkan permainan sepak takraw yang menjadi sukan pilihan ramai satu masa dahulu.Moga ramai bakat baru dapat dicungkil untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa kelak.
 
YB Dr Mohammad bersama-sama AJK Pertandingan
dan sebahagian daripada peserta.

 Teka di mana bola....

 Masa untuk menerima cenderamata.


 Hebat...tak kenal usia.


 Cuba lagi.....


Terima kasih.....

 
 Di akhir majlis YB Dr Mohammad juga menerima hamper daripada
wakil penganjur, Sdr Fuad.


0