JOHOR KURANG GURU
Posted in: guru, jabatan pelajaranJohor perlu 559 guru ganti
JOHOR BAHRU – Masalah kekurangan guru diakui Jabatan Pelajaran Negeri dan usaha mengatasi perkara itu giat dijalankan.
Pengarah Pelajaran Neger, Markom Giran berkata, jabatan sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dan berkemungkinan ia akan diatasi keseluruhannya pada Februari depan.
Menurutnya, negeri Johor memerlukan seramai 559 guru bagi sekolah rendah dan sekolah menengah di sini dan Jabatan Pelajaran telah mengisi kekurangan tersebut dengan mengambil seramai 252 guru sandaran tidak terlatih (GSTT).
“Bagi kesemua guru sandaran ini, waktu mengajar mereka akan ditambah untuk mengelakkan pelajar tercicir dari silibus yang ditetapkan oleh pihak kementerian.
“Pada kebiasaannya, guru-guru ini akan mengajar sebanyak 25 hingga 26 jam seminggu, namun bagi mengatasi masalah ini mereka akan mengajar sebanyak 32 jam seminggu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
Markom berkata, mengikut Anggaran Belanjawan Mengurus Penjawatan (ABMP) 2011, jumlah hak guru sekolah menengah harian seramai 19,110 dan sekolah rendah seramai 26,849.
“Pihak kita akan mengisi guru sandaran khasnya buat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) terutama guru subjek Bahasa Melayu.
“Kita juga telah mengadakan rombakan semula dan guru Bahasa Melayu yang lebih di sekolah kebangsaan akan dihantar ke sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk menampung kekurangan guru,” katanya.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8584873.asp
_______________________________________________________________________________
YB DR MOHAMMAD TASLIM TELAH MENGAJUKAN SOALAN LISAN TENTANG KUMPULAN GURU SIMPANAN KERAJAAN ( KGSK) DAN GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR (11 NOVEMBER - 1 DISEMBER 2010) YANG LALU.
INILAH SOALAN DAN JAWAPANNYA:
SOALAN 8 (A172):
Berapakah bilangan guru sandaran tidak terlatih dan kumpulan guru simpanan kerajaan yang berkhidmat di Negeri Johor? Mengapakah sering berlaku kelewatan dalam menempatkan kumpulan guru simpanan kerajaan ini dan apakah cadangan JPN untuk mengatasi masalah ini?
JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI MAULIZAN BIN BUJANG
Bilangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Negeri Johor pada Oktober 2010 adalah seperti jadual berikut :
Bil. | Jenis Sekolah | Bilangan GSTT |
1 | SK | 0 |
2 | S. Agama | 85 |
3 | SJK(C) | 688 |
4 | SJI(T) | 190 |
JUMLAH | 943 |
Bilangan guru pencen yang berdaftar dalam Kumpulan Guru Simpanan Kerajaan (KGSK) du Negeri Johor adalah lebih kurang 1000 orang dan ditempatkan di seluruh Negeri Johor.Bilangan guru KGSK yang berdaftar akan berbeza dari masa ke semasa.
Guru KGSK hanya akan dilantik ke sekolah sekiranya terdapat guru-guru tetap yang tidak dapat hadir bertugas di sekolah. Contohnya terdapat guru yang bersalin, guru cuti sakit, guru menghadiri kursus dan sebagainya. Ini bererti keperluan guru KGSK adalah mengikut keperluan semasa.
Jika pada sesuatu bulan terdapat ramai guru wanita bersalin, maka keperluan guru KGSK pada bulan tersebut akan bertambah. Amat sukar bagi pihak JPN Johor atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk menganggar bilangan guru KGSK yang diperlukan pada sesuatu masa.
Masalah kelewatan pelantikan guru KGSK ke sekolah kerap berlaku disebabkan pihak sekolah lewat melaporkan keperluan guru kepada pihak PPD. Pihak PPD juga menghadapi masalah untuk mendapatkan guru KGSK yang sesuai dengan opsyen untuk keperluan sekolah dalam masa yang begitu singkat. Keperluan guru KGSK boleh berlaku di mana -mana sekolah pada bila-bila masa sahaja, tetapi guru KGSK yang tersenarai mungkin tidak mencukupi.
Untuk menyelesaikan masalah kelewatan pelantikan guru KGSK ke sekolah, pihak JPNJ telah menyediakan peruntukan yang cukup untuk pelantikan guru KGSK. Pihak PPD juga menggalakkan guru yang cukup syarat untuk berdaftar sebagai guru KGSK dan di setiap PPD telah dilantik seorang Pegawai KGSK, untuk menguruskan keperluan sekolah dengan kadar segera.
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2011
(112)
-
▼
Januari
(19)
- HARI MENGUNDI DI KG PAYA MERAH, LABIS TIMUR
- PRK TENANG - MERAYU UNDI DI FELDA
- PRK TENANG - MALAM TERAKHIR
- PRK TENANG - TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ DI FE...
- SELAMAT TAHUN BARU CINA 2011
- PRK TENANG - ADUN MAHARANI MULA BERKEMPEN DI UPU ...
- PRK TENANG - HARI PENAMAAN CALON
- PRK TENANG - CIKGU MALA SAH WAKIL PAS
- JALUR GEMILANG TETAP BERKIBAR DI PEKAN PARIT BAKAR...
- PERTANDINGAN TAKRAW SG BALANG-MAHARANI
- CALON PAS PRK DUN TENANG - NORMALA SUDIRMAN
- ISLAM MERANGKUMI SEMUA ASPEK - ADUN MAHARANI
- TENANG............KAMI BERSAMAMU
- TENANG......... KAMI DATANG LAGI !
- TENANG.......KAMI DATANG UNTUK BERKHIDMAT
- JCorp - TIADA MASALAH BAYAR BALIK HUTANG ?
- JOHOR KURANG GURU
- EDUCATIONAL AID FROM PAS MUAR
- PRK DUN TENANG : PAS UNTUK SEMUA
-
▼
Januari
(19)
0