JALUR GEMILANG TETAP BERKIBAR DI PEKAN PARIT BAKAR MUAR


JALUR GEMILANG KOYAK ?

BERITA HARIAN edisi Johor hari ini, Rabu 19 Januari 2011, menyiarkan berita tentang Jalur Gemilang yang dikibarkan di kawasan persendirian di Pekan Parit Bakar, Jalan Temenggong Ahmad, Muar.Tajuk berita berbunyi "Jalur Gemilang koyak jejaskan pemandangan".

Kawasan ini bersebelahan dengan Restoran JI dekat lampu isyarat Pekan Parit Bakar.Sejak sekian lama ia menjadi tempat Jalur Gemilang, bendera Negeri Johor dan bendera PAS dikibarkan.Di Pekan ini juga terletaknya Pusat Khidmat ADUN Maharani.


Jalur Gemilang tersebut telah berkhidmat sekian lama,berkibar bersama-sama bendera lain siang dan malam, panas dan hujan untuk menunjukkan bagaimana patriotiknya masyarakat di Pekan Parit Bakar khasnya.Pihak yang berkenaan menyedari Jalur Gemilang yang disanjung seluruh rakyat jelata telah dimamah usia.Bendera-bendera tersebut telah pun diganti dengan yang baru sebelum beritanya tersiar dalam Berita Harian hari ini.Terima kasih kepada ahli masyarakat yang perihatin. Marilah bersama-sama kibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing sebagai tanda kecintaan rakyat kepada tanah air Malaysia.


Diharapkan pihak yang berkenaan dapat memastikan Jalur Gemilang yang dikibarkan dalam DUN Maharani khususnya dipasang mengikut aturannya dan sentiasa diperbaharui jika rosak.


YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, telah dihubungi oleh Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Muar memaklumkan tentang berita yang tersiar dalam Berita Harian pagi ini.Beliau memberitahu pegawai tersebut bahawa bendera tersebut telah pun diganti baru sebelum berita itu tersiar lagi.Terima kasih petugas-petugas kami yang sentiasa perihatin dan bertanggungjawab.

Di bawah ini adalah gambar-gambar yang diambil hari ini, 19 Januari 2011 (tiada bendera yang koyak)


Jalur Gemilang berkibar megah di samping bendera PAS
di dataran Parit Bakar.

Jalur Gemilang, bendera Negeri Johor dan bendera PAS
berkibar bersama.









Dataran Parit Bakar meriah dengan kibaran bendera sepanjang masa.


0