Memaparkan catatan dengan label prk tenang. Papar semua catatan

PRK TENANG - TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ DI FELDA CEMPELAK BARAT



CERAMAH BERSAMA TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT DI FELDA CEMPELAK BARAT


 Malam ini, 27 Januari 2011, Ceramah Perdana bersama YAB Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim , Calon Cikgu Mala, dan penceramah-penceramah Pakatan Rakyat telah diadakan di Felda Cempelak Barat.
Penceramah-pencramah dari Pakatan Rakyat termasuk YB Ustaz Nasarudin Mat Isa, YB Dato' Teng (Speaker Dewan Negeri Seangor) , YB Dr Hatta Ramli, YB Azmin Ali, YB Zuraida Kamarudin, YB Dr Mohammad Taslim, Sdr Hanipa Maidin, Dato' Dr Mahfoz Mohamad, dan Ustaz  Abdullah Hussein.


Suasana sejuk dan hujan memulakan majlis tetapi teduh apabila YAB Dato' Dr Nik Abdul Aziz mula berucap.Pekarangan rumah dipenuhi dengan pemberita, blogger dan orang ramai.

Sambutan daripada masyarakat setempat sungguh menggalakkan walaupun hujan turun.

YB Dr Mohammad Taslim sedang berucap.

Amanat Tuan Guru kepada pengundi di FELDA Cempelak Barat

Ustaz Nasaruddin Mat Isa turut berucap

Sdr Hanipa Maidin dengan kes tanah zaman 'Tok Ai'

 Amanat daripada Dato' PJ, Dato' Dr Mahfoz.

NONE













YB Dato' Teng, Speaker Dewan Negeri Selangor sedang berucap.


YB Dr Mohammad mengambil peluang meminta Tuan Guru menandatangani
gambar TG ketika singgah di rumah Dr tahun lalu.

Penceramah-Penceramah yang hadir:
Dari kiri : YB Dr Mohammad, YB Dato' Teng, Penerusi Majlis,
YB Us Nasaruddin, Dato' Mahfoz (PJ PAS Johor) dan YB Zuraida.


YB Dr Mohammad bersama Dato' Sri Anwar,Dato' Mahfoz
dan YB Zuraida.
http://srv.fotopages.com/1/21996123.jpg


 YB Dr Mohammad mesra bersama YB Azmin Ali.
YB Dr Hatta Ramli berbaju kuning.


TG Nik Abdul Aziz, Us Abdullah Husin, Sdr Hanipa Maidin dan YB Dr Mohammad.
                                                                                  
 Penceramah di pentas.

VIDEO UCAPAN YAB TUAN GURU DATO' ABDUL AZIZ NIK MAT DAN
                                 YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DI FELDA CEMPELAK BARAT:





Read More

CALON PAS PRK DUN TENANG - NORMALA SUDIRMAN


UNDI PAS- UNDI PAKATAN RAKYAT !
AYUH LAKUKAN PERUBAHAN !




DANA P/raya PAS
CIMB 144900000017104
Dr Hatta Ramli 0193398659

http://n05tenang.pas.org.my/ 
KAMI MENDOAKAN KEMENANGAN CALON PAS CIKGU MALA MEWAKILI DUN TENANG DALAM DEWAN NEGERI JOHOR !




Munajat untuk kemenangan Islam.

 
 

Obor Islam di mana-mana.








Read More

TENANG............KAMI BERSAMAMU


Ziarah dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma Bersama ADUN Maharani di Tenang:

Ahad 16 Januari 2010 , TENANG : Team Pemeriksaan Kesihatan Percuma kembali menabur bakti kepada rakyat TENANG hari ini. YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, dengan diiringi isterinya,Puan Hjh Rubiah Raffee, AJK Dewan Ulamak PAS Johor, wakil PAS Perlis dan AJK PAS Tenang kembali  menzizrahi penduduk Kg Sawah Baru untuk memberi rawatankesihatan percuma sambil mengeratkan silaturrahim dengan penduduk setempat. Sambutan daripada mereka cukup baik dan mereka menerima rombongan ini dengan hati terbuka.


Program yang sama juga diteruskan di Kg Redong oleh Mantan YB Senggarang, Dr Mohd Ramli Kari. Beliau berada di sana sehari suntuk dari pagi hingga ke petang. Beliau sempat menziarahi Orang Asal di sana.Keseluruhan sambutan sangat baik.


YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh, ADUN Sg Abong, tidak ketinggalan meneruskan khidmatnya memberi khidmat kesihatan percuma.

YB Dr Mohammad Taslim dan sebahagian ahli rombongannya.
Langkah penuh yakin membawa risalah Islam.



Nenek ini penuh sopan dan kemas menerima kehadiran kami.
 

Jangan terkejut... Pak Cik ini seorang penoreh getah tetapi pendapatannya
sekarang RM6,000.00 sebulan !


Our RM6,000.00 man dengan motosikal barunya.
Beliau beritahu kami ketika banjir besar yang lalu hanya orang PAS 
beri bantuan kepadanya ! 

 
Pak Cik ini terlalu uzur, terbaring, perlukan bantuan.
JKM bantu RM300.00 sebulan. Beliau tinggal dengan seorang anak lelakinya.
Seorang menantunya orang kuat PAS , katanya.

 Dewan Datuk Hj Sulaiman Taha ini katanya dah lama siap tetapi
kuncinya disimpan oleh Ketua Kampong atau Ketua Cawangan. Tiada siapa yang mengaku.

Padang permainan dan buaian terbiar hinggalah Pilihanraya Kecil 
diumumkan....Padang bersih, kelihatan dua set tiang gol baru dihantar ,
belum sempat dipasang pun !

 
 Kami sempat bermesra dengan seorang AJK Persatuan Belia yang baru ditubuhkan.
Beliau diberi amanah menyimpan kunci Dewan ini.Katanya set ping pong baru saja sampai.
Nasib baik ada PRK, kalau tidah Dewan ini terus terbiar......

Ada sahabat bertanya,  "Ada lagi ke Dataran PAS Labis ? "
Jawapannya : dataran ada tapi tak boleh buat ceramah, tak boleh letak papan tanda....
Buat EXPO boleh. Kelihatan EXPO PAS di dataran tersebut dengan peniaga-peniaga
mengambil kesempatan berniaga sempena Pengumuman Calon PAS PRK Tenang malam ini. 

Inilah kisah dari Kg Sawah Baru yang dapat kami nukilkan.





Read More

TENANG......... KAMI DATANG LAGI !


KUNJUNGAN SUSULAN YB DR MOHAMMAD TASLIM, ADUN MAHARANI, KE KAMPONG SAWAH BARU DALAM DUN TENANG :




Hari ini, Khamis 13 Januari 2010, YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, bersama isteri, Puan Rubiah Raffee,  dan rombongan ziarah Dewan Muslimat PAS Johor membuat lawatan susulan ke Kampong Sawah Baru untuk menyhambung Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma. Jika sebelum ini program diadakan di rumah Tuan Haji Omar, kali ini mereka bergerak dari rumah ke rumah. Berbekalkan ubat-ubatan, air zam-zam, kitab Asma al Husna dan lembaran zikir dan doa mereka menyambung tugas dakwah, menerang dan menyampaikan mesej Islam kepada penduduk setempat. Sebelum ini ahli-ahli IMIJ dari seluruh negara bergilir-gilir melakukan ziarah sambil membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma.


YB Dr Mohammad dan isteri, Puan Rubiah Raffee, dan AJK PAS
merakamkan rekod kehadiran mereka di UPU  Sawah Baru.

Lawatan dan pemeriksan kesihatan bermula.

Menziarahi, merawat, berdakwah dan beramah mesra.

Alhamdulillah nikmat sihat, iman dan islam terserlah.

 OKU tidak ketinggalan diberi perhatian.

 Ya, malam ini ceramah Ramah Mesra Rakyat bersama YBHG Ustaz Dato'
Tuan Ibrahim Tuan Man di UPU Sawah Baru. YB Kena balik meraikan majlis
ceramah Tuan Hj Mohamad Sabu di Pusat Tarbiyah PAS Simpang Jeram Bakri.


Tuan Hj Mohamad Sabu, YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong), YB Er Teck Hwa (Ahli Parlimen Bakri) dan YB Dr Mohammad Taslim  (ADUN Maharani)


Read More

TENANG.......KAMI DATANG UNTUK BERKHIDMAT



PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA BERSAMA YB DR MOHAMMAD TASLIM DI KG SAWAH BARU, DUN TENANG


 Dataran PAS DUN Tenang menyambut kehadiran pejuang-pejuang kebenaran.
Ahad 9 November 2010 mencatat sejarah baru bagi YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani. Dengan diiringi isteri beliau,Puan Hjh Rubiah Raffee dan anak lelakinya,Mohd Azhar, beliau telah diberi penghormatan oleh Pengerusi Kebajikan Dewan Muslimat PAS Johor untuk turun padang ke Kampong Sawah Baru dalam DUN Tenang. Pada petang tersebut satu Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma telah diadakan di rumah Tuan Haji Omar telah diadakan dari jam 4.00 -7.00 petang.

Program pada hari tersebut juga diadakan di Kg Redung bersama YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong)  dan Mantan YB Senggarang, Dr Md Ramli Kari di Ayer Panas. Mereka tidak ketinggalan menabur bakti untuk kemenangan Islam.


YB Dr Mohammad dan isteri serta sebahagian petugas sempat bergambar
dihadapan rumah Tuan Haji Omar.


Puan Hjh Rubiah,isteri YB Dr Mohammad, merakamkan gambar kenangan 
bersama muslimat PAS yang bertugas pada hari tersebut.

 Laeatan ke rumah : Kehadiran YB Dr Mohammad disambut dengan ceria
oleh Tuan Rumah walaupun beliau uzur. InsyaAllah segera sembuh.

 TuanHj Abdul Rahman,  Imam Masjid Kg Sawah Baru sempat hadir selepas mengimamkan 
solat asar di masjid. InsyaAllah beliau terus dianugerahkan nikmat sihat, iman dan Islam .

 Abang ni sihat, cuma nak pastikan je tak de darah tinggi atau kencing manis.
Lihat di belakang tu....betullah pengundi wanita melebihi lelaki dalam DUN Tenang !

 Emak dan anak tak ketinggalan membuat pemeriksaan.

Majlis berterusan hingga ke petang dengan sambutan yang sungguh menggalakkan daripada penduduk setempat. Seramai 23 orang penduduk mendapat menafaat daripada program tersebut dalam masa yanag sungguh terhad. InsyaAllah kami akan datang lagi..........

Sehari sebelum itu Doktor -Doktor daripada anak-anak Johor kembali menabur bakti dengan mengadakan lawatan rumah ke rumah memberi perkhidmatan kesihatan percuma kepada penduduk kampong ini. Terima kasih anak-anak muda profesional yang perihatin mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit demi kemenangan Islam.


Read More