PRK TENANG - ADUN MAHARANI MULA BERKEMPEN DI UPU SAWAH BARU


BERSAMA ADUN MAHARANI DI UPU SAWAH BARU DUN TENANG

Petang Ahad 23 Januari 2010 - Sekali lagi, di atas permintaan ramai, team YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, diberi penghormatan  kembali menjalankan  tugas di Kg Sawah Baru, DUN Tenang.Kali ini seperti biasa beliau diiringi oleh isterinya, Puan Rubiah Raffee, muslimat Kg Parit Sawah Baru dan muslimat dari Seri Gading Batu Pahat. Sungguh bersemangat team ini nampaknya.


Hari ini YB Dr Mohammad di sambut dengan  senyuman oleh calon PAS DUN Tenang, Cikgu Mala. Posternya je.......Tak mengapa, Cikgu Makrof Abd Mutalib bersama anak lelakinya ada in person di UPU Sawah Baru ini. Beliau menghadiahkan kami JUS FAQIH, satu produk minuman sunnah yang baru dalam pasaran. Terima kasih Cikgu. Bertuah calon kita mendapat sokongan padu daripada suami tercintanya Rasanya macam dah menang kita... InsyaAllah. Teruskan perjuangan !

YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh, ADUN Sg Abong , berkempen di UPU Labis, juga mengadakan pemeriksasan perubatan percuma. Mantan YB Senggarang, Dr Ramli Kari pula bertugas di UPU Redong  termasuk di kawasan orang asli.


 Cikgu Mala tersenyum  menyapa semua pengundi......UNDILAH PAS !


YB Dr Mohammad di pagar masuk ke SKB Sawah Baru, Pusat Mengundi UPU Sawah Baru 


Ya, projek segera, dapat pagar baru sekolah ini. 

  
Satu lagi projek instant - parit baru ! 
Rakyat perlukan pembangkang dalam Dewan Negeri
supaya projek diagihkan secara adil, tidak menunggu pilihanraya sahaja.


YB Dr Mohammad dan rombongan disambut oleh Ustaz Hashim Jusoh (YDP Sri Gading) 
yang mengetuai UPU Sawah Baru.UPU ini juga dijayakan bersama ahli-ahli PAS dari
Sri Gading, Perlis dan Sabah.


Memang kami bertuah dapat  bertemu Cikgu Makrof, suami Cikgu Mala di UPU Sawah Baru.
YB Dr Mohammad dan isteri tidak melepaskan peluang merakamkan  pertemuan ini.


Tugasan bermula ....YB Dr Mohammad dan teamnya bertemu pemgundi.
Kakak ini cukup menghormati tetamu.Kami dipersilakan duduk di kerusi 
tetapi beliau selesa di lantai sahaja.


Anak muda ini memberi kami semangat.Sebenarnya di mana sahaja 
ada penyokong gerakan Islam.
 

 Warga emas disantuni, yang sakit dirawat.


Pak Cik ini rupaya berasal dari kampong bersebelahan kampong Dr Mohammad di Muar !
Jangan bimbang, walaupun dacing ditampal di dinding rumahnya, undinya belum tentu ! 


 YB Dr Mohammad dan isteri merakamkan pertemuan dengan orang kampongnya.


Ya, T-shirtnya menunjukkan prinsipnya tetapi YB tidak putus asa...lambang BULAN
ditunjukkan dan poster ini kami hadiahkan  untuk beliau buat pilihan.


Pak Cik ini juga asalnya dari Muar, baru keluar  hospital kerana terjatuh.
YB pun ada bawa ubat. Pak Cik nak bayar, tapi hari ini rawatan percuma Pak Cik !


Pangkah BULAN, undi Cikgu Mala ya Pak Cik !

 

 Nenek ini khabarnya dah tak sabar nak pergi mengundi. Doakan  beliau 
berubah hati dan beri peluang kepada PAS.
Ini sumbangan kami Nek.

Hari ini kami kembali ke markas dengan penuh kesyukuran.Misi berjaya. InsyaAllah semuanya akan berakhir dengan satu lagi kerusi DUN untuk PAS - Pakatan Rakyat. TAKBIR !!! 

Gambar-gambar sepanjang aktiviti di UPU Sawah Baru ini dirakammkan oleh Sdr Mohammad Azhar Mohammad.Terima kasih kami ucapkan kepada anak muda ini.





0