PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA ADUN MAHARANI


Program Khidmat Masyarakat "Pemeriksaan Kesihatan Percuma" yang dianjurkan oleh ADUN Maharani bersama Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan DUN MAHARANI telah diteruskan pada 15 Mac 2009 yang lalu bertempat di rumah Encik Maniam di Taman Bunga Mawar, Jalan Abdul Rahman, Muar.
Program bulanan ini bertujuan merapatkan hubungan diantara YB Dr. Mohammad (ADUN Maharani)dan AJK DUN dengan masyarakat setempat.
YB Dr Mohammad Taslim membuat pemeriksaan mengesan darah tinggi, kencing manis dan memeriksa kesihatan keseluruhan.Program ini juga memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bermesra dengan ahli-ahli jawatankuasa DUN Maharani sambil memberikan cadangan atau aduan untuk kebaikan bersama DUN Maharani dan penduduk setempat.
Gambar-gambar di bawah menunjukkan masyarakat daripada semua bangsa menyambut program ini.Ia menunjukkan perpaduan tulin dikalangan rakyat Malaysia yang telah lama menantikan perubahan dalam pemerintahan yang mementingkan kebajikan rakyat.

Gambaran perpaduan,sabar menung giliran sebelum menerima rawatan


Dah pun sampai giliran.Mudah-mudahan tak de darah tinggi atau kencing manis

0