PROGRAM GOTONG ROYONG DUN MAHARANI sempena 8 Mac


Program Gotong Royong DUN Maharani sempena kemenangan PAS menawan DUN Maharani  telah diadakan pada hari Ahad 8 Mac 2009 di Pekan Parit Bakar Muar mulai jam 8.30 pagi   hingga 12.00 tengahari.Program ini mendapat sambutan yang membanggakan daripada masyarakat setempat. Penduduk setempat mengharapkan program seperti ini diteruskan di sekitar DUN Maharani. Ini kerana ianya bukan sahaja dapat menjaga kebersihan tetapi ianya dapat merapatkan hubungan kemesraan penduduk setempat dengan YB dan AJK DUN Maharani.


Dalam program tersebut, turut hadir ialah SWM, Bomba dan Penyelamat dan Pejabat Kesihatan Muar. Pada sebelah pagi YB Dr. Mohammad Taslim,ADUN Maharani,  petugas SWM, pihak Bomba dan penduduk tempatan membersihkan longkang dan semak samun. Pada sebelah petang pihak pejabat Kesihatan telah melakukan fogging mencegah dengue di sekitar Pekan Parit Bakar.


YB Dr Mohammad Taslim mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Muar,SWM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pejabat Kesihatan Muar,SAJ dan orang ramai yang sudi hadir bagi melaksanakan dan menjayakan program gotong royong.
Ucapan perasmian oleh YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani).
Sdr Abdul Razak Sulaiman disebelahnya.

Bergambar ramai sebelum memulakan kerja
 Bersama Petugas SWM


Kempen Cintai Alam Sekitar
Bersih Pekan Parit Bakar...


Petugas Bomba membersihkan parit di hadapan 
Restoran JI Tom Yam,Parit Bakar


Pengarah MTD Maharani,Sdr Abu Bakar Ismail
dengan JCVnya

Sdr Rozi Md Noh,Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan 
dan DUN Maharani gembira kawasa di sebelah Restorannya
(Restoran JI Tom Yam) dibersihkan


Wah...Papan Tanda cawangan Pt Bakar Tengah berdiri teguh
 
YB Dr Mohammad dibantu oleh PAnya Sdr Maszalan Atan
membersihkan kawasan


Petugas SWM sebuk menjalankan tanggumg jawab


Masuk parit? Oooo..Sdr Abdul Razak membersihkan parit!


Petugas Bomba tidak ketinggalan membantu kami




0