Pegawai Penerangan Negeri Kelantan bersama YB Maharani dan YB Bentayan
Posted in:Satu lagi sejarah dicatat oleh Pakatan Rakyat apabila ADUN Maharani Dr Mohammad Taslim
dan ADUN Bentayan YB Gwee Tong Hiang menerima kunjungan hormat Encik Chia Chuan Lay,Pegawai Penerangan Negeri Kelantan, yang mewakili YB Dato' Anuar Tan (EXCO Kerajaan Kelantan) , Encik Tharuman,Pegawai Penerangan Zon Kelantan dan rombongannya pada hari Sabtu 28 Februari 2009 yang lalu.
Mereka telah dibawa melawat Pasar Awam Muar untuk bermesra dengan peniaga-peniaga pasar dan pengunjung-pengunjung.Penerangan mengenai perkembangan di negeri Kelantan sangat menarik minat mereka.
Di samping itu peniaga-peniaga juga meluahkan masaalah yang mereka hadapi seperti lantai pasar yang perlu diganti kerana lantai sekarang licin dan membahayakan orang ramai.Tempat letak motosikal juga tidak mencukupi untuk pengunjung.Mereka terpaksa meletakkan motosikal di tepi jalan besar.
Suasana mesra sepanjang lawatan tersebut mengukuhkan hubungan diantara wakil rakyat dan masyarakat.Kehadiran bersama Wakil rakyat daripada PAS dan DAP menunjukkan kerjasama erat ahli-ahli Pakatan Rakyat demi memperjuangkan kepentingan rakyat.
YB Dr Mohammad,YB Gwee,En. Chia bersama masyarakat di Pasar Awam Muar
Gambar-gambar ihsan daripada YB Bentayan
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2009
(148)
-
▼
Mac
(15)
- SEPETANG BERSAMA ADUN MAHARANI DI PT UNAS MUAR
- Gotong Royong Bersama ADUN Maharani - 8 Mac 2009
- Sambutan Maulidur Rasul SAW 1403
- PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA ADUN MAHARANI
- PROGRAM MENGATASI BANJIR DI MUAR/BAKRI-maklumat YB...
- HINGGA HARI INI MASAALAH JAMBATAN BELUM SELESAI
- Jambatan Parit Jamil Muar Masih Tergendala
- Lagi Gambar-Gambar-Gambar Gotong-Royong 8 Mac
- PROGRAM GOTONG ROYONG DUN MAHARANI sempena 8 Mac
- Selamat Menyambut Maulidur Rasul S.A.W
- YB Hj Mohd Abdul Wahid Hj Endut tunai janji temui ...
- Pegawai Penerangan Negeri Kelantan bersama YB Maha...
- Program ADUN Maharani bersama DAP
- Sambutan Tahun Baru Cina bersama DAP BAKRI
- Nik Aziz: Drop bumi term when asking for govt aid
-
▼
Mac
(15)
0